Followers

flash

Thursday, March 31, 2011

Balik BESUT

Semalam dapat berita mak mertuaku masuk hospital, so memandangkan arini Abang Botak cuti... kitorang plan balik kampung la untuk tgk Ma...risau jugak sebab dia x pernah masuk hospital sebelum ni. Lagi risau bila doktor kata bengkak dan gatal2 yang dia alami sebab ada related dengan jantung. Ma kena gatal2 yang agak teruk sampai bengkak bibir dia... mungkin allergic kot. Pagi2 lagi kitorang dah bertolak, sampai dalam kul 1 tghari. Sebelum kuar rumah tadi aku dah siap buat air milo, masak daging burger, bakar daging hancur dan sos keju. Tengah jalan berhenti beli roti jer la... Breakfast dan rehat2 kejap kat Pusat Perhentian Benta, kedai makan kat ctu pun x bukak lagi nasib kitorang bawak bekal.

Wednesday, March 30, 2011

Jozan bleh menang Maharaja LAWAK?


Jumaat ( 1/4/2011) bermulanya Maharaja Lawak yang di sertai oleh kesemua pemenang Raja Lawak dan finalist2 program tersebut. Yang pasti Johan dan Zizan turut serta dengan menubuhkan satu kumpulan JOZAN. Wah! mesti best dan gempak program Maharaja Lawak ni nanti. Tak sabar aku nak tgk telatah dorang, yang pasti saingan sengit dorang mesti lah dari Nabil, kumpulan Sepah, kumpulan kecik, Alex dan yang lain2. Nabil kalau wat stand up komedi memang superb sebab dia banyak idea tapi kalau dia berlakon ngan orang2 lain aku x berapa suka sangat.

Rebutlah peluang untuk tambah ILMU

Program Latihan 1Malaysia - GIATMARA


PELAKSANAAN PADA APRIL 2011!

KONSEP LATIHAN
Program Latihan 1 Malaysia GIATMARA adalah merupakan  latihan / kursus kemahiran berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat (Lifelong Learning/ 3L) yang dilaksanakan di GIATMARA secara Modular.

Monday, March 28, 2011

Vrus M melanda...


Lamanya tak update blog ni... virus M melanda, malas sungguh! kat umah aku ni tiap2 minggu ada kenduri kawen. Best betui tapi Abang Botak aku kerja so nak gi sorang2 tu x best betui... x da kawan. Ajak Abah pun dia x berapa nak sehat, aku kalau pergi pun kat umah kena masak gak... akhirnya x pergi la jugak kenduri2 tu. Banyak betul peristiwa berlaku dalam 2 3 minggu ni tapi nak update blog malas betulll. Bawak abah gi HUKM untuk appoinment dan operation masukkan fistula dekat tangan dia, so busy sikit la lagipun Abang botak aku cuti   3 hari gak la last week tu yang jadi malas tu. Daripada aku mengadap PC dan netbook baik aku mengadap Abang botak aku tu... lagi beshhh! hehe.

Sunday, March 27, 2011

Malaysia mungkin kena GEMPA BUMI?

Malaysia dah x selamat lagi? dulu negara kita di luar lingkaran gunung berapi tapi sekarang titik gempa telah mengalami perubahan dan mungkinkah akan datang negara kita berada dalam lingkarang gunung berapi ni? Nauzubillah... harap2 tak terjadi la tapi memandangkan keadaan negara kita yang masyarakatnya buat maksiat, murtad dan segala dosa yang lain... kalau Allah murka tak mustahil kita pun di landa bencana macam negara yang lain. Moga2 di jauhkan dari segala mala petaka... amin




Friday, March 25, 2011

Service Kereta

Sebelum balik kampung aritu nasib baik laAbang Botak aku dah service keta... kalau x susah gak. Ye la dah la balik kampung emergency jer buat rosak tgh jalan... naya la jugak! Aritu tayar keta depan sebelah penumpang pancit, punya la besar paku yang tercacak kat tayar tu... patut la bila masuk angin asyik kempis jer. 



Thursday, March 24, 2011

Video Seks DSAI adalah fitnah... orang bodoh pun tau

Kebenaran itu walaupun pahit wajib kita dedahkan ini kan pula orang yang difitnah... benda yang tak benar diada2kan? macam mana kita rasa kalau kita x buat tapi kita dituduh melakukannya? aku pernah difitnah oleh 2 mangkuk ( mangkuk ayun dan mangkuk jamban). Walaupun x seteruk fitnah di terima oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) tapi sampai mati aku x kan maafkan mangkuk2 berkenaan. Aku sangat kagum dengan ketabahan DSAI dan keluarga yang tabah menghadapi ujian begini dalam kehidupan mereka.


So baca dan berhati2lah dengan orang yang buat fitnah yang nampak baik, pandai bercakap putar belit begini yang banyak si sekeliling anda... Orang yang hanya nak menjatuhkan kita dan x senang tengok orang lain bahagia. Neraka la tempat untuk orang sebegini..

Wednesday, March 23, 2011

Selamat Tinggal Sayang...

Sedih plak bila tgk klip video Dina & Zizan ni. Sedap gak lagu ni bila first time dengar... klip video dia pun best. Kalau jodoh x kemana kan? walaupun berpisah pada waktu kecik, di pertemukan semula, kawen dan kiranya CINTA sampai mati la. Huh! harap CINTA aku pun berkekalan sehingga ke hujung nyawa macam ni. Ok gak Zizan rap kiranya mamat ni serba boleh la, nyanyi boleh berlakon pun boleh. Suara Dina x perlu dipertikaikan lagi memang superb!

Tuesday, March 22, 2011

"Nasi Lemak" tak sampai 50sen... murahan betuiiii





Hebatkan artis kita sekarang? ni baru nampak sikit... akan dtg tunjuk terus lagi bagus. Dia bleh plak kata nampak sikit jer? hehe... bendul betul la budak ni...
Nampak sikit je. Pilih baju ni sebab nak nampak kelainan

Saturday, March 5, 2011

6 Gadjet baru untuk 2011

Setiap tahun ada saja gajet terbaru yang akan muncul di pasaran. Teknologi sekarang memang kita tak dapat nak kejar..Lagi kita kejar lagi jauh dia tinggalkan kita.Ehh...Betul ke??. Teknologi yang dah ada pun belum lagi kita terpakai lagi..Untuk tahun 2011 ini kita tengok gajet-gajet yang bakal keluar seiring dengan peredaran masa dan zaman..


Friday, March 4, 2011

Kecilnya dunia...


Masa aku gi hospital besar kemarin, x sangka aku terserempak dengan janda yang jadi kegilaan husband kawan aku dulu tu. Kena baca entry sebelum ni la... bersambung2 cerita dorang ni! Korang bleh baca entry lepas--> siap ada part 1 dan part 2. Aku just pernah tgk dalam FB jer, tak sangka la plak boleh nampak dia nak melintas jalan masa tu aku dalam kereta lagi. Bila sampai je kat wad anak buah aku tup2 rupanya dia nurse jaga kat wad tu, paling best memang dia yang jaga Shafiq. Adoyai depan2 mata tuhan nak tunjukkan pompuan tu kat aku.

Thursday, March 3, 2011

Tiruan? ...tulen bang.


Cantikkan Fazura ni? aku suka tengok dia berlakon, nampak natural jer. Rasanya dia pun x da la kontroversi sangat cuma pasal kes bergaduh dan ketuk minah mana ntah dengan kasut tinggi tu je dulu. Naik mahkamah gak tapi tak silap aku dalam kes tu, dia menang. Baru2 ni, Fazura telah di lantik jadi duta sabun LUX. Murah rezeki dia. Selepas jadi duta tu ada plak gossip bodoh yang kata dia masuk hospital serdang sebab silikon breast dia pecah... lawak gak statement tu. Takkan la dia pakai silikon cup B kot... alang2 dah pakai silikon, operate lagi, sakit lagi... baik pakai cup D terus.


Wednesday, March 2, 2011

Tingkat 3, Wad 11 (Pembedahan Am)


Arini baru sempat nak tengok anak buah aku Shafiq dekat hospital. Sepupu aku datang dari Temerloh dengan mak dia so kitorang pergi Hospital Besar KL tu tengahari waktu melawat dalam pukul 12.30. Bila aku sampai mak dia ada, ayah dia ada with family mak tiri dia (FYI: mak n bapak dia dah divorce dan kedua2nya dah kawen lain). Teruk gak keadaan dia, hidung memang x nampak dah, dia x bleh cakap sebab pernafasan guna tiub yang di tebuk di leher. Dalam mata dia ada sikit pendarahan tapi nasib baik mata dia x rosak dan tangan kiri dia patah so dia still boleh sms guna tangan kanan. Walaupun sakit2 tapi rambut tetap pacak2 turr guna minyak rambut lagi dan bila dia boring malam2 tetap dengar lagu guna earphone dengan handphone dia... hehe budak2 kan. Cian dia...

Tuesday, March 1, 2011

Renung-renungkanlah...

Dapat dari email yang membuatkan aku terpikir... tak terfikir dek akal kita sebagai manusia betapa besarnya kekuasaan Allah kan? 


Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas. Firaun-firaun Mesir hanyalah membaik pulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia. Anda boleh tonton filem 10000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini. Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.