Followers

flash

Monday, January 30, 2012

Kelahiran bayi serentak tapi bukan kembar

Allah maha kuasa kan? Kalau dia nak uji pada sesiapa je Allah akan bagi ujian tu, semua yg terjadi ada hikmahnya dan kalau dia nak bagi rezeki... hah dapat 2 sekali... bestnya kalau aku jadi orang yg terpilih tu...



I got pregnant while I was already pregnant! Woman gives birth to two babies on the same day but they are NOT twins
By Ashley Van Sipma
Last updated at 1:45 AM on 1st July 2011

After struggling with infertility for three years, Julia Grovenburg and her husband Todd seriously considered adopting a baby from a foreign country in order to complete their dreams of having a family.

But in a final and desperate attempt to have children of their own, the couple gave it one last try and on one lucky Sunday afternoon in July 2009, Julia's pregnancy test finally came back positive.

However, because Mrs Grovenburg, 33, and her 34-year-old husband had been trying so hard to conceive, she actually became pregnant twice within two weeks, shocking the world with their unusual pregnancy news.



Julia Grovenburg, 33, and her husband Todd, 34, had been trying so hard to conceive that she became pregnant twice within two weeks, a phenomenon known as 'superfetation'

Sunday, January 29, 2012

Akademi Langsing Dan Jutawan Online dR Rozmey Group 2012


Aku letak gambar atas ni kat wall utk join akademi langsing Dr. Rozmey ni, x sangka la plak dkt 100 likes yg aku dpt dalam masa x sampai 24 jam. Harap2 boleh menang dan dpt 3 bulan stok jus mate 5 turr... nak beli x mampu sbb kalau x beli berterusan mana nak nampak kesan dia kan? Sebulan kalau rm500 utk 3 kotak adoyai... bleh bayar loan keta bulan2 turr... bengkok Abang Botak aku tu nant. Tarikh tutup pertandingan 1hb February 12 tengahari so aku ada 2 hari setengah je lagi utk kumpul like tu banyak2 sikit... harap2 bleh menang. So kalau korang yang badan terlebih muatan dan comel macam aku ni bleh la join contest ni gak! Good Luck!

http://www.facebook.com/AkademiLangsingDanJutawanOnline2012

Garis masa Muka Buku

Ni FB saya... bleh la add saya di yangdeeda@yahoo.com. Best gak timeline baru ni kan? sebab kita bleh letak header apa2 gambar pun kat atas tu. Actually FB ni kalau digunakan dengan betul macam2 benda berfaedah yg boleh kita dapat di samping boleh menjana pendapatan tambahan. Maklumat hanya berada dihujung jari jer... just click and search, betul tak? sebenarnya FB tak salah tetapi pengguna FB yang salah menggunakan platform tersebut.

Yang bertemu jodoh pun banyak kan di internet ni, tu yang di namakan cinta muka buku tu! padahal sebelum FB ni wujud pun dah ramai yg bercinta di internet ni... aku pun bertemu Abang Botak di laman sosial Tagged... dulu2 yang glamer frenster, tagged, myspace n sebagainya. Sekarang ni la baru budak2 nak up ni kenal FB ni. Yang best FB ni semua golongan ada x kira lapisan umur, dari yg muda sampai la yang tua. Sbb tu la kalau kita promote bisnes kat FB ni bleh masyuk...

Sebenarnya nawaitu kita adalah paling penting dalam melakukan sesuatu perkara tu, kalau niat kita baik insya Allah baik la jadinya. Jangan pulak kita upload gambar2 yang boleh mendatangkan fitnah pada diri kita. Takut jugak kan macam2 boleh berlaku sekarang ni. Selamat bersosial...

SKIM AMANAH RAKYAT (SARA) 1MALAYSIA


BORANG PINJAMAN SKIM AMANAH RAKYAT (SARA) 1MALAYSIA MULA DIEDARKAN ISNIN 
Golongan berpendapatan rendah boleh mendapatkan borang untuk menyertai Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) dari Malayan Banking Bhd, RHB Bank Bhd, CIMB Bank Bhd dan Bank Simpanan Nasional Bhd (BSN) mulai Isnin ini.
Presiden yang juga Ketua Eksekutif Kumpulan, Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata mereka yang layak berpeluang memohon pinjaman berjumlah RM5,000 bagi membolehkan mereka melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M).
Bank Yang Ambil Bahagian SARA 1Malaysia : 
  1. Malayan Banking Bhd
  2. RHB Bank Bhd
  3. CIMB Bank Bhd
  4. Bank Simpanan Nasional Bhd (BSN)

Wednesday, January 18, 2012

Ganjaran Untuk Para Isteri Oleh Allah SWT


Semoga kita semua menjadi isteri solehah buat suami...

Ganjaran Untuk Para Isteri Oleh Allah SWT

a) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

b) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

c) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

d) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

e) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

f ) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

g) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

h) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

(Hadis riwayat Anas Bin Malik)

Semoga kita semua mendapat keberkatan olehNya.

Monday, January 16, 2012

DOA SUPAYA SUAMI TAK KAHWIN LAIN.





Surah Taha ayat 109. Bacalah doa tersebut wahai isteri-isteri yang diluar sana sekiranya suami ada pasang niat nak kahwin lagi satu. Nak buka cawangan baru pula. Bukan hendak melawan takdir atau ketentuanNya. Jika itu yang tertulis di luh mahfuz, terimalah. Tapi berusahalah dengan yang cara baik kerana Allah SWT itu Maha Adil kepada hambaNya.


Jangan ikhtiar cara yang salah seperti berubat dengan bomoh-bomoh siam kerana takut nanti terlibat dengan perkara yang syirik. Syirik termasuk dosa besar yang paling besar no.1. Kekal sebagai ahli neraka selama-lamanya. Ikhtiarlah dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran.


Baca 3 atau 5 kali setiap kali selepas solat. Mohon kepada Alah SWT dengan niat suami tetap setia dengan satu isteri. InsyaAllah niat suami nak kahwin lagi akan hilang keinginannya dan akan terus tetap setia bersama anda sahaja. Selamatlah rumahtangga yang aman damai yang dibina selama ini.


Wasallam.

Azam tahun baru 2012


Ni azam aku untuk tahun ni. Nak dapat baby... aku nak lahirkan zuriat untuk abang. Tengok video kat atas, tak sabar rasanya untuk ada anak sendiri dan bergelar IBU. Harap ada rezeki kami untuk mendapat cahayamata tahun ni. Doakan untuk kami ye kawan2... amin

Cik Ta yang cantik

 Sweet jer masa ni kan? Cik Ta lagi cantik tanpa make up

Tak berapa suka tgk dia sekarang... makeup over tu buat dia nampak TUA

Friday, January 13, 2012

Gambaran Saiz Baju Nabi Adam

Patutlah makam orang dulu2 panjang kan? binatang yang dah pupus pun saiznya besar2 macam dinasaur tu. Kalau kita lihat budak2 sekarang yang darjah 1 yang baru nak mulakan persekolahan, semakin lama semakin ketot saiz badan dorang... adakah ini disebabkan faktor pemakanan?

Oleh: Biaqpila®


Gambaran Saiz Baju Nabi Adam

Suasana Di Akhirat


 I – KEADAAN-KEADAAN HARI MAHSYAR

1. Manusia semuanya berkumpul dengan berkaki ayam dan bertelanjang.
Riwayat Syaikhati daripada ‘Aisyah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Manusia pada hari mahsyar akan dikumpulkan dengan berkaki ayam dan bertelanjangan tanpa secebis pakaian (bertelanjang bulat), maka ‘Aisyah berkata: “Aku bertanya, lelaki dan perempuan semuanya dapat melihat (kemaluan) setengah mereka kepada setengah yang lain?” Sabda Rasulullah s.a.w: “Perkara yang amat dahsyat ketika itu menjadikan mereka tidak mementingkan perkara itu.”

2. Matahari menghampiri kepala-kepala makhluk.
Diriwayatkan oleh Muslim daripada al-Muqdam r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Matahari akan menghampiri makhluk pada hari kiamat sehingga jadilah mereka yang jaraknya (dengan matahari) pada kadar satu batu. Maka adalah manusia pada ketika itu di dalam peluh mengikut kadar amalan mereka, maka sebahagian daripada mereka sampai kepada buku lali, dan daripada mereka ada yang sampai kepada betis, dan ada juga sebahagian daripada mereka sampai ke pusat, dan kedapatan juga daripada mereka yang ditenggelami oleh peluh keseluruhannya, dan Rasulullah s.a.w telah menunjukkan kepada mulutnya.

Wednesday, January 11, 2012

5 ADAB, KAEDAH SAMBUT KELAHIRAN BAYI DALAM ISLAM



Azan, akikah antara amalan tanda syukuri kehadiran orang baru
Allah SWT berfirman dalam surah as-Syura ayat 49 dan 50: “Bagi Allah jualah milik segala yang ada di langit dan di bumi. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Dia mengurniakan anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya, anak-anak lelaki dan perempuan dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendaki-Nya mandul.”
Alhamdulillah, bersyukurlah kepada Allah SWT kerana dikurniakan anak. Dalam Islam ada adab-adab yang perlu diikuti agar dinilai sebagai suatu ibadat. Sebagai contoh, adab menyambut kelahiran, antaranya;

Tuesday, January 10, 2012

Alamak! TOYOL

Di ambil dari email...

Kisah yang ingin saya paparkan adalah mengenai toyol, iaitu syaitan yang menjelma sebagai budak kecil bermuka hodoh dan berkepala botak. Kerjanya curi duit.

Memang ia macam cerita karut tapi cerita ini bukan direka-reka. la betul-betul terjadi dan yang saya sedih ialah orang yang memelihara toyol itu adalah seorang Pak Aji. Toyol itu pula dia perolehi semasa mengerjakan haji di Mekah.
Kisah ini terjadi kira-kira 10 tahun yang lalu di sebuah kampung. Nama tempat dan nama negerinya tak payahlah saya sebutkan kerana mungkin boleh menimbulkan fitnah. Yang nak saya beritahu cuma jalan ceritanya sahaja supaya kita semua mendapat iktibar daripada apa yang berlaku kepada Pak Aji tersebut.

Broadband U mobile


Sekarang ni aku guna broadband Celcom tapi sebab kitorang banyak sgt download so dengan kapasiti 5GB je memang lajunya dalam 2 3 hari je lepas tu mula la lembab. Nak masuk unifi, kat rumah kitorang ni nama je duk KL tapi unifi pun x sampai lagi. Dah 2 kali dah daftar, memula dulu kat Low Yat pastu semalam kat Tesco aku daftar lagi sekali. Last2 kitorang rembat 1 lagi broadband, U mobile plak! dengar2 laju so dengan 20GB... ha amik ko paling besar kitorang amik! bulan2 x la mahal sangat RM128 lebih kurang je dengan celcom RM88 kitorang bayar bulan2.

Sebelum ni dah pernah guna maxis n P1 max tapi lembab gak la. Ingat nak guna streamyx balik kalau dalam 2 3 bulan ni Unifi still x da lagi. So sekarang ni kita guna guna U mobile. Nampak laju gak la... best2 boleh download movie banyak2...

Pizza time

Tak plan pun nak makan pizza tapi teringin la plak... sebelum makan tu tergedik2 nak makan pizza bila dah makan erm... x da la sedap sangat! tak tau la naper rasa biasa jer... hehe 

Abang Botak melapah honey chicken

Kami ber2 penggemar sos tegar

Aku suka carbonara meatball tapi yg ni x berapa sdp la plak aku rasa

Nampak pucat la plak muka aku... x makeup, malas!

Licin sudah!



Monday, January 9, 2012

Petua Mengawal Medu Angin

Tak pernah dgr pun tentang angin medu sebelum ni... sekadar berkongsi info


Petua Mengawal Medu Angin

Medu angin berpunca daripada angin kotor yang mengandungi karbon dioksida dan bahan-bahan perkumuhan lain. Angin kotor tersebut terperangkap di dalam tubuh kita yang bermula daripada perut semasa proses pencernaan makanan. Kandungan asid hidroklorik yang tinggi dalam tubuh juga akan menyebabkan urat-urat/usus pengidapnya lemah/kembang dan ini memberikan ruang kepada angin kotor untuk mendudukinya. Faktor keturunan adalah pendorong utama kepada penyakit ini. Pada umumnya, pengidap sakit ini akan selalu mengalami masalah kembung perut, lemah badan, hilang semangat dan seumpamanya.

Friday, January 6, 2012

Siti Fatimah Mukhtar: Di UK dan terus cemerlang

Harap Siti Fatimah ni kekal dengan imej yg macam ni... insya Allah.

Hangat diperkatakan seluruh negara, mahasiswa cemerlang Malaysia ke United Kingdom membuka aurat, hilang jati diri dan sebagainya. Pesan kami, jangan kita menjadi terlalu negatif, kerana kita semua manusia ada kelebihan dan kekurangan, dan ramai lagi watak cemerlang negara yang terus mengekalkan jati diri dan nama baik negara untuk kita semua teladani.

Ambillah yang jernih. Mari kita belajar daripada contoh-contoh kejayaan dan positif.

Anak Kelantan yang menduduk tempat pertama dalam SPM 2006, dengan 17 1A dan 1 2A, kini sedang membuat jurusan perubatan (Medicine) di University of Nottingham, United Kingdom. Beliau ialah Siti Fatimah Mukhtar.

Masih kekal dengan imej tudung labuh, masih kekal dengan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang Muslim. Inilah watak yang seharusnya menjadi contoh kepada seluruh anak muda dan para pelajar di seluruh negara.

 Siti Fatimah bersama dengan keputusan peperiksaan SPM 2006 beliau. Cukup cemerlang sehingga dinobatkan sebagai pelajar terbaik seluruh negara dengan 17 1A dan  1 2A.

Ada apa dengan soya?

Tak sangka pulak selama hari ini ingat minum air soya baik utk kesihatan dan orang kata plak kalau pregnant nak kulit anak putih gebu amalkan minum soya. Baru2 ni ada terbaca kalau wanita yg dalam perancangan utk mendapatkan anak air soya adalah minuman yg harus di elakkan dan semalam dapat plak artikel tentang kacang soya ni. Semoga mendapat manfaat dari artikel ini...


Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita. 

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

■Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita. 
■Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak. 
■Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak. 
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).


FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.



FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT 

Tuesday, January 3, 2012

HUKM... umah keduaku

Tahun ni je dah lebih dari 5 kali abah dimasukkan ke ward. Hampir 2 minggu Abah dalam ward 4 kali dia menjalani pembedahan... cian bapak aku. Abah dah wat graft kat tangan untuk ganti IJC yang kat leher tu (dylisis buah pinggang), pakai dalam 3 bulan graft tu plak blocked sbb ada darah beku. Abah masuk wad utk operation buang darah beku tapi luka operation dia bernanah plak.



So dorang terpaksa buang sume graft yg kat tangan tu termasuk tapak (mcm motor yg bergetar tu) sekali. Sebab dia dah warga emas kan, so x tahan untuk operation lebih dari 5 jam so dorang wat 2 kali la. Mula2 buang bahagian bawah graft pastu 3 hari kemudian baru buang balance graft n tapak tu sekali. So untuk dylisis, terpaksa la tebuk IJC kat leher tu untuk kali ke 2.


Ngeri gak bila tgk Dr. cuci luka dia tp x la sengeri bila Abah kena cubacle kat belakang dulu. Bila Abah cuci je darah mesti luka kat tgn dia akan leaking. Darah punye la banyak sampai basah cadar katil hospital tu. Aritu  darah dia pekat sebab tu la graft boleh blocked tapi sekarang darah dia cair plak... ntah la macam2 penyakit bapak aku ni.

Harap2 tahun 2012 membawa sinar baru untuk kami sekeluarga, semoga Abah sembuh sepenuhnya dan kami dapat menunaikan umrah pada tahun ni. Untuk memenuhi hajat Abah yg x dapat menunaikan haji pada tahun lepas. Dah dapat peluang untuk menunaikan haji tapi rezeki kami x da untuk berada di sana. Insya Allah tahun ni peluang untuk menunaikan umrah terlaksana. Aku doa supaya Abah panjang umur dan sehat selalu... amin

Dalam kenangan

Aku memang x da simpanan langsung gambar2 arwah Opah n Atuk aku di sebelah Abah atau sebelah arwah mak... bila kazen aku upload kat FB gambar2 mereka, aku save utk simpanan aku. Ni opah n atuk sebelah Abah. Semoga roh mereka di tempatkan di kalangan orang yg beriman... amin

Arwah Opah

Arwah Tuk

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.