Betul ke orang kata suami yang muda daripada isteri selalunya seorang yang manja? tak kisah la muda setahun ke 2 tahun ke 15 tahun ke malahan ada yang berpuluh2 tahun. Mesti la lelaki muda tu akan manja bila dapat pompuan yang matang? hehe... tak semua lelaki muda yang x matang dan x dapat pikul tanggungjawab, ada lelaki tua pun masih x matang2 dan x bertanggungjawab, macam ne? tak kisah la lelaki tua atau muda asalkan pasangan tu serasi, memahami dan yang penting jodoh pertemuan di tentukan oleh tuhan.
Meh kita tengok carta suami paling muda ( aku kategorikan suami paling manja la... hehe)
1. Pasangan yang mengungguli carta paling atas dalam kehebatannya mendapat suami muda mesti la jatuh pada Nek Wook Kundor, 109 dan suaminya Mat Noor, 40. Beza usia 69 tahun turr...
2. Tangga kedua yang aku tau la... makcik Rosnah Mat Aris, 55 dan suaminya Tajul Effendi Isa, 29. Beza usia 26 tahun. Tapi makcik ni x nak expose gambar suami dia la... takut kena ngorat kot! al-maklum la... andartu dan mak janda sekarang suka rampas laki orang lagi la plak laki dia aku dengar2 hensem orangnya...
3. Tangga ketiga pula aku bagi kat Kak Rita Rudaini Mokhtar, 34 dan suaminya Aidil Zafuan Abdul Radzak, 23. Beza usia 11 tahun tapi Rita ni cantik x la nampak beza sangat sekarang ni... dah tua nanti baru nampak perbezaannya kot! Tapi yang x best dorang ni kawen lari kat Siam dan sekarang perkahwinan dorang tgh goyang... tapi dengan keadaan Rita yang tgh mengandung anak ke-2 aku harap semoga perkahwinan dorang berkekalan dan bahagia hendaknya.
4. Tempat keempat, lupa plak aku nak masukkan hot Mama, janda si Akhil Hay ni dalam carta aku... Maizawati, 33 dan suaminya Mohd Yassin, 23. Maiza janda anak 6 pernah 2 kali kawen sebelum ni dan ini perkahwinan ke 3 dan dapat teruna lagi... Sekarang dia tengah mengandung 6 bulan, huh! hebat kan penangan cik kak ni? Harap berpanjangan la jodoh kalian.
5. Tempat kelima si Ayu Raudah, 27 dengan suaminya Aidil Zaquan Abdul Radzak, 23. Beza usia 4 tahun. Tak la banyak mana, okey la tu bagi lelaki yang sukakan wanita matang. Lagi pun dorang memang sepadan dan mereka baru saja melangsungkan perkahwinan semalam. Selamat Pengantin Baru! semoga bahagia hingga ke akhir hayat.
6. Tempat keenam... nak interframe gak! aku dapat lelaki muda gak sebagai suami dan aku akui suami aku sangat manja... hehe but I LIKEEE... Beza usia kitorang x banyak sangat pun 2 tahun jer, lagipun aku x nampak tua sangat dari dia rasanya. Dia lebih nampak matang dari aku dari segala segi. Lagipun dia anak sulung dan aku anak tunggal... Semoga bahagia milik kami sehingga ke hembusan nafas yang terakhir, cewah! amin... insya Allah
6. Saja nak masukkan sepupu aku yang x kurang hebatnya mendapat lelaki yang lebih muda ( kitorang x panggil la anak ikan... itu kategori beza umur yang banyak sangat... kita gelarkan dapat pucuk muda... hehe). Minah ni Nini Mokhtar, 30 dan suaminya Ar Masri, 29. Beza usia setahun je berbanding dengan mak dia iaitu Mak Yung aku yang berkahwin dengan lelaki yang lebih muda. Lagi hebat aku rasa! ini baru di namakan keturunan... hehe jangan marah ye!
*** Sydina Khatijah lebih tua daripada Nabi - Nabi 25, Sydina Khatijah 40 dan Sydina Khatijahlah isteri yang paling dikasihi dalam banyak2 isteri Nabi dan hanya Sydina Khatijah sahaja yang mampu beri Nabi anak. Begitu juga Napoleon Bonaparte kawen dengan Josephine yang 7 tahun lebih tua. Walaupun Napoleon kawen dengan Puteri Austria Anna Maria yang baru 17 tahun sebagai isteri ke-2, tetapi Napoleon mati dalam dakapan Josephine de Bonnis.
Followers
flash
Sunday, January 23, 2011
Saturday, January 22, 2011
Suami KAU curang!
Apa yang korang akan buat bila dapat tau suami kepada kawan baik anda curang? Nak bagitau atau diam kan jer? Isteri kepada mamat ni ada FB tapi jarang la online tapi suami dia memang tiap2 hari aku nampak dia online... masalahnya sekarang dia dah berani tayang gambar dia berpeluk2 sakan dgn awek dia dalam FB... seperti biasa la bila jantan dah gatal dia x kan letak status dia sebagai 'married' dekat situ. So yang peliknyer adik beradik dia atau saudara mara dia yang dalam FB tu diamkan jer ke perbuatan abang dorang yang dah kawen dan beranak pinak tu ada skandal ngan anak dara tua atau janda gatal macam tu? tapi mengikut pengalaman aku family suami dia ni memang huru hara sikit... kononnya x nak jaga tepi kain orang... BULLSHIT! family x guna kalau dah sampai abang sendiri buat perangai masih nak diamkan. Tak faham aku dgn family hampeh macam tu. Kalau tak nak campur hal rumah tangga abang dia pun sekurang2nya nasihat la abang tu ni tak... tak kena kat batang hidung dorang lagi cuba kalau laki dorang wat hal macam tu tapi adik diam jer... siap coverline lagi perbuatan x bermoral abang dia... baru ko akan tau langit tinggi ke rendah!
Aku cuma kesian kan kaum pompuan macam membe aku ni... kena tipu hidup2 ngan laki tak guna dia tu. Dia duk umah jaga anak, laki dia plak kat lua duk jaga anak dara tua yang gatai ( tak pasti aku betina tu anak dara tua atau janda). Yang betina tu pun satu, cuba jangan rampas suami orang! Dah tak da jantan lagi ke dalam dunia ni? suami orang gak yang ko nak! kalau andartu memang la betina desperado! gatal B***** kalau janda plak, betina tu dah sangap sangat nak jantan la turr... kalau ikutkan hati nak jer aku bgtau tapi nanti jadi perang plak, umahtangga dorang porak peranda, kalau di diamkan cian aku dgn dia asyik mengadu masalah suami dia. Abis tu aku nak wat macam mana? Aku cuba bagi hint je la kot... lagi best kalau dia dapat tau sendiri, biar dia bukak FB dan tgk...
Tak faham aku perangai lelaki yang macam ni... dah ada isteri dan anak2 pun masih lagi nak cari bini lain, fitrah lelaki x pernah bersyukur dengan apa yang ada depan mata. Nak kata mampu sangat berbini 2... aku tgk duit tak pernah cukup pun bila dgn isteri dia tapi bila ngan betina lain cukup la plak nak bawak makan, tgk wayang dan jalan2... erm... tak paham aku dgn perangai jantan SIAL macam ni... Tak boleh gak nak salahkan semua lelaki, sebab tak semua lelaki yang gatai macam tu ada lelaki yang baik malahan sangat baik tapi bini dia pulak yang buat perangai. Kalau nak kata keturunan mungkin gak boleh mengikut... hehe kalau dah bapak dia kawen 2 3... anak dia pun berkemungkinan kawen 2 3 akan datang. Ni mengikut teori la... kalau tak keturunan mungkin kuturunan kot?
Friday, January 21, 2011
Say NO to COKE
Iklan COKE yang di siarkan di Eropah.
Renung renungkan lah wahai saudara saudari.
Jika anda cintakan MARUAH ISLAM, sebarkanlah. Kita sering melaungkan ANTI YAHUDI tapi mengapa kita masih terus menyokong produk ini. Biadap sungguh mereka MEMPERSENDAKAN Islam. Masih Nak Minum Coke Lagi .?

Thursday, January 20, 2011
Berdiam diri lebih baik
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah s.w.t.
Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.
Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersuah payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
7. Menutupi segala aib
Hadis-hadis Rasullullah mengenai kelebihan diam yang bermaksud: "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya" (Riwayat Abu Naim)
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim)
"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)
BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.
MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG LAIN.
KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang
terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasullullah s.a.w. bersabda: "Sampaikan pesanku biarpun satu ayat... "
Diam bukan bermakna sombong!! Jadi kita dinasihatkan hendaknya kita banyak
berdiam (berzikir di dalam hati) dan Senyum selalu ... kerna senyum itu adalah satu sedekah ..Insya'Allah

Tuesday, January 18, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
Setiap wanita itu cantik……
Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”