Followers

flash

Sunday, May 22, 2011

Sham Kamikazi yang makin bercahaya wajahnya


Alhamdulillah Sham kamikazi dah mendapat hidayah dari Allah... untungnya dapat bersalam dengan Imam besar Mekah kan? kalau Allah nak beri hidayah tu, bermacam2 cara dan kadang2 x terpikir dik akal kita. Sebelum ni Bob Lokman dan Irma Hasmi berhijrah... dan harap lebih ramai lagi artis kita yang menuju ke arah kebaikan supaya menjadi icon pada anak2 muda kita. Patut la AF9 Sham dah x da jadi band pengiring dorang. Semoga aku dan suamiku mendapat hidayah Allah juga... amin

Thursday, May 19, 2011

Qaseh Ranea Adelia


Tahniah kepada sepupuku Intan Marzuis & suami for their 3.6kg newborn Baby Girl yesterday (18/5 - 7.24pm) at Pusrawi, KL. 

Orang baru dalam family kami... setelah 3 tahun menunggu akhirnya sepupuku selamat melahirkan baby girl yang x nangis bila dilahirkan. Lahir2 je sedap je dia tgh isap ibu jari... bila doktor tarik ibu jari dia baru la dia menangis... diceritakan oleh pakcik Ranea, Shapiq... hehe. Tgk mata dia bulat jer kan? setengah jam lepas tu terus celik mata. Bijak la budak2 sekarang ni... x sabar nak tgk baby...

Sunday, May 15, 2011

10 Galaxy Indah Ciptaan Tuhan

Teleskop HubbleSpace adalah kolaborasi antara NASA dengan European Space Agency yang sudah beroperasi selama 20 tahun tidak henti-hentinya mengambil foto-foto luar angkasa. HubbleSpace merupakan salah satu teleskop terbagus NASA. Para astronom pun memilih 10 foto galaksi terindah dari sekian banyak foto galaksi yang pernah diambil oleh teleskopo HubbleSpace ini.

Berikut adalah 10 foto Galaksi terindah di Jagad raya yang fotonya pernah diambil oleh Teleskop HubbleSpace :


1. The Sombrero Galaxy


http://mycoolpix.com/files/funzug/imgs/technology/hubble_space_pictures_02.jpg


2. The Ant Nebula


http://mycoolpix.com/files/funzug/imgs/technology/hubble_space_pictures_03.jpg

Wednesday, May 11, 2011

Rahsia Kejayaan Pengasas Secret Recipe

Korang suka makan kek secret recipe tak? rasanya faberet sume orang kan... meh kita tgk sapa pengasas dia...
MENAUNGI kira-kira 3000 pekerja di seluruh negara - 95 peratus rakyat tempatan, selebihnya dari negara jiran. Lebih menarik lagi 98 peratus daripada keseluruhan pekerjanya Melayu beragama Islam. Angka itu membuatkan keterujaan mahu menyelongkar di sebalik nama Datuk Steven Sim meluap-luap. Tidak banyak tulisan mengenainya sedangkan jenama Secret Recipe yang diasaskan beliau membina nama ke peringkat antarabangsa. Secret Recipe lebih menonjol daripada tuannya - kesempatan bersembang dua jam dengan Steven cukup untuk menjawab perbandingan tersebut.
Anak kelahiran Kota Baharu, Kelantan itu hakikatnya amat merendah diri. Prinsip hidupnya antara lain jangan tamak. ''Kita dilahirkan kosong, bila mati pun tak bawa apa-apa,'' kata anak bongsu lapan beradik yang mengkategorikan kehidupan masa kecilnya susah. Suasana kampung sarat dengan kekurangan menjadikan Steven manusia kreatif. Semua permainan dibuat sendiri. Jika budak-budak lain membuat wau biasa, Steven menambah nilai misalnya memastikan wau hasil tangannya mempunyai bunyi berdengung. Untuk bermain hoki pelepah kelapa 'dikemaskan' manakala biji getah digosok hingga licin sehingga ada rakan tertarik lalu membelinya selain aktiviti menangkap ikan yang kemudiannya juga menjadi hasil jualan.

Tuesday, May 10, 2011

1st time makan Mee Kolok


Hari ke 2 menempuh hari yang panjang gak! penat makcik ikut si Nini ni menyongkit ( kuar dah bahasa perak aku... hehe ). Lepas abis kelas make up dalam kul 3 petang tu kitorang gi teman Wilma gi amik barang area Taman Melawati tu. Dah sampai sana member2 dia yang shooting tu dah gerak gi Damansara plak. So kitorang dan plan nak makan mee kolok ( gara2 laki si Nini ni la baru balik Serawak mabuk asyik nak makan mee kolok jer)... di sebabkan aku x pernah rasa, teringin gak la nak cuba.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.