Followers

flash

Friday, January 13, 2012

Suasana Di Akhirat


 I – KEADAAN-KEADAAN HARI MAHSYAR

1. Manusia semuanya berkumpul dengan berkaki ayam dan bertelanjang.
Riwayat Syaikhati daripada ‘Aisyah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Manusia pada hari mahsyar akan dikumpulkan dengan berkaki ayam dan bertelanjangan tanpa secebis pakaian (bertelanjang bulat), maka ‘Aisyah berkata: “Aku bertanya, lelaki dan perempuan semuanya dapat melihat (kemaluan) setengah mereka kepada setengah yang lain?” Sabda Rasulullah s.a.w: “Perkara yang amat dahsyat ketika itu menjadikan mereka tidak mementingkan perkara itu.”

2. Matahari menghampiri kepala-kepala makhluk.
Diriwayatkan oleh Muslim daripada al-Muqdam r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Matahari akan menghampiri makhluk pada hari kiamat sehingga jadilah mereka yang jaraknya (dengan matahari) pada kadar satu batu. Maka adalah manusia pada ketika itu di dalam peluh mengikut kadar amalan mereka, maka sebahagian daripada mereka sampai kepada buku lali, dan daripada mereka ada yang sampai kepada betis, dan ada juga sebahagian daripada mereka sampai ke pusat, dan kedapatan juga daripada mereka yang ditenggelami oleh peluh keseluruhannya, dan Rasulullah s.a.w telah menunjukkan kepada mulutnya.

Wednesday, January 11, 2012

5 ADAB, KAEDAH SAMBUT KELAHIRAN BAYI DALAM ISLAM



Azan, akikah antara amalan tanda syukuri kehadiran orang baru
Allah SWT berfirman dalam surah as-Syura ayat 49 dan 50: “Bagi Allah jualah milik segala yang ada di langit dan di bumi. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Dia mengurniakan anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya, anak-anak lelaki dan perempuan dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendaki-Nya mandul.”
Alhamdulillah, bersyukurlah kepada Allah SWT kerana dikurniakan anak. Dalam Islam ada adab-adab yang perlu diikuti agar dinilai sebagai suatu ibadat. Sebagai contoh, adab menyambut kelahiran, antaranya;

Tuesday, January 10, 2012

Alamak! TOYOL

Di ambil dari email...

Kisah yang ingin saya paparkan adalah mengenai toyol, iaitu syaitan yang menjelma sebagai budak kecil bermuka hodoh dan berkepala botak. Kerjanya curi duit.

Memang ia macam cerita karut tapi cerita ini bukan direka-reka. la betul-betul terjadi dan yang saya sedih ialah orang yang memelihara toyol itu adalah seorang Pak Aji. Toyol itu pula dia perolehi semasa mengerjakan haji di Mekah.
Kisah ini terjadi kira-kira 10 tahun yang lalu di sebuah kampung. Nama tempat dan nama negerinya tak payahlah saya sebutkan kerana mungkin boleh menimbulkan fitnah. Yang nak saya beritahu cuma jalan ceritanya sahaja supaya kita semua mendapat iktibar daripada apa yang berlaku kepada Pak Aji tersebut.

Broadband U mobile


Sekarang ni aku guna broadband Celcom tapi sebab kitorang banyak sgt download so dengan kapasiti 5GB je memang lajunya dalam 2 3 hari je lepas tu mula la lembab. Nak masuk unifi, kat rumah kitorang ni nama je duk KL tapi unifi pun x sampai lagi. Dah 2 kali dah daftar, memula dulu kat Low Yat pastu semalam kat Tesco aku daftar lagi sekali. Last2 kitorang rembat 1 lagi broadband, U mobile plak! dengar2 laju so dengan 20GB... ha amik ko paling besar kitorang amik! bulan2 x la mahal sangat RM128 lebih kurang je dengan celcom RM88 kitorang bayar bulan2.

Sebelum ni dah pernah guna maxis n P1 max tapi lembab gak la. Ingat nak guna streamyx balik kalau dalam 2 3 bulan ni Unifi still x da lagi. So sekarang ni kita guna guna U mobile. Nampak laju gak la... best2 boleh download movie banyak2...

Pizza time

Tak plan pun nak makan pizza tapi teringin la plak... sebelum makan tu tergedik2 nak makan pizza bila dah makan erm... x da la sedap sangat! tak tau la naper rasa biasa jer... hehe 

Abang Botak melapah honey chicken

Kami ber2 penggemar sos tegar

Aku suka carbonara meatball tapi yg ni x berapa sdp la plak aku rasa

Nampak pucat la plak muka aku... x makeup, malas!

Licin sudah!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.