Followers

flash

Wednesday, July 13, 2016

Hari Raya Aidil Fitri 2016

Tahun ni seperti tahun2 sebelum ni... aku akan beraya di rumah mertua di Besut, Terengganu. Tahun ni x la semeriah mana bila raya kali Ini tanpa arwah Abah. Tapi hidup mesti diteruskan. Insya Allah lepas raya baru aku akan menziarahi pusara arwah Mak n arwah Abah.

Lepas sembahyang raya... Kami bermaaf-maafan di antara satu sama lain. Sedihla masa tu... Lepas tu kami ke Jertih, rumah Maksu ( Adik Ayah ) tgk Mok ( Mak Ayah ) yg tinggal bersama keluarga Maksu. Sedap makan nasi dage ngan laksa. Pastu kitorang singgah umah Cik Yah. Makan pulak lontong, kuah lodeh udang dan sambal ikan bilis. Akhir sekali baru gi umah Pok ( Adik bongsu Ma ). X larat nak makan Apa dah... Minum air dan makan tapai.

Balik letihnya sebab panas sangat. Minggu ni langsung x hujan dan cuaca sgt panas di Pantai Timur. Tapi memandangkan gambar family x tangkap lagi... Terpaksalah tangkap gambar dulu supaya ada kenangan di kemudian hari. Muka pun mcm hampeh dah dengan panasnya... Cair make up... Lantakla asal ada gambar. Lepas settle semua dptla merehat2 kan diri sambil layan budak debab yg kepanasan gak... Huhu.

Petua mencuci emas

Sebelum Hari raya yg bakal menjelang tiba mesti ramai yg nak barang kemas mereka berkilau macam baru. So selain pergi cuci Emas lama kita di kedai Emas... Kita boleh cuci sendiri di rumah. Rasanya cuci sendiri lebih selamat kerana ada kedai Emas yg menipu dengan menggunakan bahan kimia utk melarutkan sedikit Emas kita.

Menggunakan rendaman air teh semalaman dpt mengembalikan kilauan Emas kepada asal. Selepas rendam semalaman, gosok barang kemas dengan berus gigi di celah2 supaya kekotoran yg melekat dapat di keluarkan. Lap dengan menggunakan kain bersih. Hasilnya alhamdulillah berkilauan macam baru... Cubalah...

Tuesday, June 21, 2016

Selamat Hari Bapa

Rasanya tidak terlambat utk Saya mengucapkan selamat hari bapa buat bapa2 di luar sana terutamanya 3 lelaki kesayangan Saya...

Abah Saya... semoga rohnya di tempatkan dalam golongan yg beriman. Terima kaseh membesar saya dgn penuh kasih sayang dan menjadi bapa terbaik buat saya dan kawan gaduh saya semasa hayatnya... Saya sayang Abah.

Suami Saya, Abang Botak... Terima kaseh telah menjadi bapa terbaik buat anak kita, Muhammad Zhafri Aeesh. Banyak membantu Saya dari mengandung sehingga Saya melahirkan. Malahan Abang Botak jugalah yg menjaga Saya semasa saya dalam pantang. Sehingga kini pun Abang Botak x pernah kekok utk mandikan anak, tukar pampers dan melayan karenah nakal anak kami. I love U

Ayah mertua Saya, Terima kaseh telah mendidik dan membesarkan lelaki kesayangan saya. Semoga Ayah di beri kesihatan yg baik, panjang umur dan bahagia di samping kami semua. Kami semua Sayang Ayah.

Thursday, June 9, 2016

Urusan pengebumian arwah Abah

30/5/2016
Selepas subuh jenazah Abah yg berada di rumah telah dibawa ke surau untuk urusan pengebumian. Alhamdulillah segalanya sungguh mudah. Aku dapat bantuan dari pelbagai pihak terutama jiran, orang surau, saudara mara dan kawan2. Semua urusan mandi, kafan, sembahyang dan van jenazah di uruskan oleh orang surau. Tahlil malam pertama juga sponsored by surau. Tahlil malam kedua dan ketiga pula kawan baik aku Haslinda Rahman, tokei KBR (Kemunting Beach Resort) dan Cerithera Cafe sedekah. Semuanya sangat mudah... Pukul 11 pagi segalanya telah selesai. Abah telah dikebumikan di tanah perkuburan Raudathul Sakinah, Jalan Batu Muda, Batu Caves. Syukur padamu ya Allah. Semoga roh Abah jugak mudah urusannya di alam kubur sana. Dda akan doakan Mak dan Abah tenang dan tergolong dalam orang2 yg beriman.

Tuesday, June 7, 2016

Perjalanan terakhir Arwah Abah

29/5/2016 tepat 9.45pm... Abah telah meninggalkanku buat selama2nya. Aku telah menjadi yatim piatu pada umur nak masuk 39 tahun. Tiada yg aku kesalkan cuma aku tak bersama dengan Abah ketika dia menghembuskan nafasnya yg terakhir. Lewat 5 minit membuatkan aku sangat terkilan dan rasa sungguh menyesal seumur hidup. Nasibla ada doktor n nurse masa tu dan doranglah yg mengajar Abah mengucap. Doktor kata Abah cepat sgt pergi dan mudah sgt kematiannya. Alhamdulillah kami menguruskan jenazah Abah jugak sangat mudah. Pukul 11 malam jenazah telah berada di rumah. Acik dan Pakcik je yang tido dkt rumah. So memang aku ngan Abang x tido langsung la teman jenazah. Semoga Arwah Abah di tempatkan dalam golongan org yg beriman. Kami Sayang Abah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.