Followers

flash

Friday, May 31, 2013

Restok Susu Kambing

Arini aku gi amik susu kambing. Ingatkan bulan 6 ni aku nak mulakan TTC semula. Buah kurma Ajwa aku dah order dekat member yg balik Malaysia dari Jeddah. Dah lengkap 3 cycle period aku selepas gugur aritu. Semoga ada rezeki untuk aku pregnant semula. Sepupu aku tumpang order gak 10 botol susu kambing dan dia pun siap order kurma dkt member dia yg pergi umrah. Kami ber2 pun sedang berTTC dan akan start bulan dpn ni.

Ramai pulak selepas tu yg nak order susu kambing dari aku so kepada sesiapa yang sekitar KL tengah mencari2 susu kambing bolehla dapatkan susu kambing ni dari aku. Aku beli susu kambing ni utk kegunaan sendiri tapi jika ada permintaan aku jual la. Niat utk membantu dapat gak pahala. Susu kambing ni kan minuman sunnah. Mana la tau dengan sedikit  bantuan aku ni dapat memulihkan kesakitan atau memberi zuriat buat yg sedang berTTC.

Boleh dapatkan maklumat tentang susu kambing di page aku di 


atau boleh call atau sms di talian:

Deeda: 017-6671840
Zamri: 019-9231848

Sunday, May 5, 2013

PRU 505 2013

Tempat aku jaga kali ni dekat Sek. Keb. Tmn Maluri. Pagi2 kitorang dah tercongok kat depan sekolah tu. Sampai 3 kali kitorang berpindah khemah sebab khemah yg dorang pasang tu kurang dari 50m dari Barong SPR. Last2 pindah khemah seberang jalan. Pandai2 la dorang tarik wayar utk elektrik. Apa la ketua PDM Titiwangsa kitorang x ukur kot masa pasang khemah tu.

Ni la budak2 IT bahagian PDM Titiwangsa... bukan wat keja apa pun kitorang ramai2 lepak tunggu org datang cek nama dan saluran jer. Itu pun kebanyakan dorang dah cek kat internet dan bleh cek terus kat kaunter Barong SPR dalam sekolah tu. Cuma nak kan berapa % orang yg kuar mengundi je utk pastikan semua yg layak n dah daftar mengundi keluar mengundi waktu tu.

Budak2 lelaki tu bukan IT Puteri kami tau! tapi budak2 tu daripada RELA. Dorang pun duk cari nama budak RELA yg kuar mengundi... ntah buat apa ntah.


Tuesday, April 23, 2013

Lebam dan bengkak.

Kenapa dada dan leher Abah boleh bengkak dan lebam biru macam tu? Doktor kata sepatutnya masa dialisis dekat Harmoni dorang x boleh letak 'Heparin' salah satu ubat utk mencairkan darah selepas operation. Tapi oleh kerana doktor kat HUKM tak tulis surat dekat Harmoni bgtau x leh letak so kesilapan dorang la kiranya. Harmoni gunakan sepenuh Heparin tu macam biasa dan menyebabkan darah Abah cair sbb tu la darah x berhenti2 mengalir. Abah keluar dari HUKM 30/4... so dia kena dialisis kat Harmoni seperti biasa. Harmoni call suruh hantar Abah ke HUKM sebab still bleeding dekat tempat dialisis. Adoyai Abah kena tahan wat lagi. Kalau aku saman HUKM pun bagus... saman RM1juta ke... makcikkk kayooo! hehe

Nasib baik la kali ke2 masuk wad ni x lama dalam 2 hari jer. Kena operation semula untuk betulkan wayar tu dan jahit lubang lama yg keluar darah tu. Aku lepas balik dari jaga kaunter semakan dekat PDM Titiwangsa terus gi HUKM dengan berbaju BIRU nyer... maluuu rasanya! belasah je la... hehe


Saturday, April 20, 2013

Tangan Abah blocked lagi!

Arini penamaan calon utk PRU13 so banyak jalan tutup, aku malas nak join dorang berarak x kuasa berpanas n jalan kaki dari dewan taman maluri tu ke SAB tu. So tido kat rumah je la. Sedap2 tdo Harmoni Dylisis plak call suh amik Abah sebab tangan dia blocked dan x leh wat dylisis kat tgn. Dia kena tebuk kat leher untuk dylisis. 

Bawak Abah gi HUKM terus sebab call Ampang Puteri dan Gleneagles x da doktor sebab ari sabtu. Ingat nak wat kat swasta je cepat ckit tapi dah doktor x da terus la gi HUKM lagipun Abah memang dah ada buku kat HUKM ni.
Tunggu lama sikit sbb ramai pulak orang yg kena wat JC kat leher. Abah giliran no 3 tersengguk2 aku menunggu. Lepas dah siap operation kena bawak Abah gi Harmoni Dylisis semula utk cuci darah sebab kalau nak wat kat HUKM kena tunggu malam la pulak! x larat aku nak menunggu lagi.


Lepas cuci darah dalam 3 jam je buat x sampai 4 jam pun sbb cuma nak tau JC kat leher tu boleh berfungsi atau tak je. Menunggu lagi kat Harmoni tu saambil tersengguk2... adoyaii dah la kerusi menunggu tu x best langsung!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.