
Tengah syok berFB... terbaca la plak pasal buah zuriat... ye la sekarang musim haji kan... ramai la yang kirim buah zuriat ni pada org yg nak pergi haji... pada sapa2 yang masih x dapat cahayamata setelah lama berkahwin, buah zuriat salah satu cara dan usaha utk mendapatkan anak. Alhamdulillah banyak jugak pasangan yg mencuba buah zuriat telah berjaya memperoleh zuriat... kita usaha dan ikhtiar tak salahkan? apa cerita disebalik buah zuriat atau buah hawa ni? macam mana cara nak makannyer?
Isi buah zuriat.
Buah dari pokok koka, yang kayunya digunakan untuk membina bahtera Nabi Nuh a.s. Sabutnya keras betul, kena guna kudrat orang lelaki nak pecahkan untuk dapatkan isinya. Baunya sedap, macam roti bakar yang masih panas. Isi putihnya tu keras jugak.
caranya, minum air rebusan isi putih tu.. boleh rebus dengan susu unta, susu kambing atau susu lembu yang segar... kalau payah sangat rebus dgn air pun boleh.. orang kata rasanya sedap, dan tak payau... ntah la aku tak cuba lagi... Alhamdulillah aku ada sebiji buah zuriat ni, pemberian seorang rakan... nak gak cuba macam mana rasanyer... mana la tau ada rezeki nanti... insya allah... doakan ye... amin
Cara Makan Buah Zuriat
Ada beberapa cara yang di sarankan oleh mereka-mereka yang telah mencuba iaitu :-
Cara Pertama
Beberapa rakan arab memberitahu caranya dengan menggunakan sudu di ketuk-ketuk sekitar buah zuriat ( tak perlu di belah ) dan kita ibaratkan seperti kita sagat/kikis buah ini menjadi serbuk dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.
Cara Kedua
Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekali gus. Buah di belah kepada dua, dan di ingatkan buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya. Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Dan di sarankan di minum selama 44hari atau sehingga mengandung. Diminum suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah yang baru.
(Boleh diminum pada bila-bila masa sahaja,malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit,Insya Allah akan terasa kelegaannya)
Antara Surah yang boleh di amalkan semasa meminumnya ialah Surah Al-Imran ayat 38 & Selawat ke atas Nabi S.A.W
"RABBI HABLEE MINLADUNKA ZURIATUN TOIYIBBAN INNAKA SAMEE U-DOA"
No comments:
Post a Comment