Followers

flash

Friday, November 5, 2010

Penyakit Buah Pinggang



Tanda-tanda Sakit Buah Pinggang kronik

Pesakit biasanya lemah, sering demam, sering kencing lebih-lebih lagi waktu malam. Jika dibiarkan tanpa rawatan, pesakit akan kehilangan berat badan, luka, gatal-gatal dan sedu. Kulit nampak kekuningan dan garisgaris warna coklat dilihat di kuku tangan.

Rawatan

Puncanya mesti dikenal pasti dan dirawat. Batu karang boleh dikeluarkan melalui pembedahan dan jangkitan kuman dirawat dengan ubat-ubatan. Jika kedua-duanya gagal, pesakit diberikan pemakanan tinggi karbohidrat dan rendah protein. Dialisis atau pemindahan buah pinggang diperlukan jika pesakti bertambah teruk.

Adakah pesakit bergantung pada mesin dialisis sepanjang hayatnya?

Rawatan dialisis diberikan selama tiga hingga empat jam tiga kali seminggu. Selain waktu tersebut, pesakit bebas aktif seperti orang lain.

Adakah pesakit yang menerima dialisis boleh bekerja?

Dengan rawatan dialisis, pesakit buah pinggang dapat hidup secara normal. Mereka boleh bekerja asalkan tidak melakukan kerja-kerja berat seperti kerja buruh. Pesakit ini juga patut meneruskan persekolahan dan boleh mengambil bahagian dalam sukan atau aktiviti rekreasi.

Apakah kesan dialisis ke atas kehidupan pesakit?

Kegagalan fungsi buah pinggang tidak bermakna berakhirnya kehidupan. Pesakit perlu mengikuti pemakanan khusus dan mengambil ubat-ubatan yang membantu dalam rawatan.

Adakah kegagalan buah pinggang jarang berlaku?

Setiap tahun kira-kira 1,890 orang dikesan menghidap penyakit buah pinggang dan akan mati tanpa rawatan yang betul. Kebanyakan pesakit berusia antara 15 hingga 55 tahun. Setiap tahun jumlah pesakit yang menerima rawatan penyakit buah pinggang semakin bertambah.

Bagaimana mengetahui sama ada anda mengidap penyakit buah pinggang?

Bagi sesetengah penyakit buah pinggang, terdapat tanda-tanda yang boleh dikenali. Umpamanya, terdapat darah dalam air kencing, bengkak sekeliling mata serta buku lali dan sering bangun kencing waktu malam. Tanda-tanda seperti ini memerlukan rawatan. Bagaimanapun banyak kes penyakit buah pinggang berlaku dalam diam dan tidak menampakkan sebarang tanda. Ia dikesan melalui pemeriksaan air kencing yang nampak tidak normal atau tekanan darah tinggi.

Tanda-tanda kerosakan buah pinggang:

* Kerap membuang air kencing terutamanya pada waktu malam, lama- kelamaan semakin berkurangan dan jumlah air kencing juga akan berkurangan
* Retensi (penakungan) air kencing menyebabkan kaki, buku lali serta mata bengkak
* Sering gatal di bahagian badan tanpa sebab yang nyata
* Air kencing yang berbuih kerana kehadiran protein
* Cepat letih dan mengantuk
* Kerap sakit kepala
* Mengalami masalah tidur
* Kurang selera makan dan penurunan berat badan
* Terasa seperti hendak muntah, loya
* Darah di dalam air kencing

Kerosakan buah pinggang boleh dibahagikan kepada:


1) kerosakan akut (acute renal failure atau ARF): jika dirawat awal mungkin boleh sembuh seratus peratus
2) kerosakan kronik (chronic Renal Failure atau CRF): dimana lama kelamaan pesakit akan memerlukan dialysis
3) Kerosakan akut diatas kerosakan yang telah kronik (acute on chronic renal failure)

Antara punca2 utama kerosakan buah pinggang termasuk:

  • Kencing Manis,
  • Darah tinggi,
  • jangkitan kuman,
  • trauma
  • penyakit autoimmune (penyakit dimana antibodi seseorang menyerang organ sendiri),
  • Batu karang
  • Ubat2 samada diberi oleh doktor atau herba2 dan lain2 toxin
  • polycytic kidney/ketumbuhan lain

Tugas-tugas buah pinggang


-Mengawal imbangan asid/bes dalam badan
-Mengawal imbangan air dan elektrolit
-Mengeluarkan bahan-bahan kumuh dan toksik
-Mengeluarkan prostagladin dan hormon renin untuk mengawal tekanan darah
-Mengeluarkan enzim 'eryhropoetin'untuk membantu pembentukan sel darah merah
-Mengawal penyerapan kalsium dari sistem penghadaman


Ujian Darah Tahap yang disyorkan


Glukosa darah3.8 mmol/L - 6.1 mmol/L (ketika berpuasa)
Dan kurang dari 7.8 mmol/L (selepas makan)
HbA1cKurang dari 6.5%
Kolesterol LDLKurang dari 2.6 mmol/L
TrigliseridaKurang dari 1.7 mmol/L
Kolesterol HDLLebih dari 1.02 mmol/L
Tekanan darah130/80 mmHg atau kurang

Anda harus bertanya doktor atau pakar diet anda untuk mendapatkan satu pelan diet, di mana ianya akan berfokus kepada nutrien-nutrien berikut:




Protein diperlukan untuk penyelenggaraan, tumbesaran dan pembaikan tisu-tisu badan. Ia juga dapat membekalkan tenaga dan membantu anda melawan penyakit. Protein boleh diperolehi daripada ikan, telur, daging dan ayam. Apabila protein diuraikan dalan badan (proses metabolisma), ia akan menghasilkan bahan-bahan buangan. Salah satu daripada bahan buangannya dikenali sebagai urea. Kandungan urea yang tinggi dalam badan akan menyebabkan rasa loya, muntah dan hilang selera makan. Anda mungkin perlu memulakan diet yang rendah protein (tetapi tidak terlalu rendah) untuk memastikan kandungan bahan buangan masih dalam linkungan tahap yang boleh diterima disamping memastikan badan anda mendapat protein yang ia perlukan.

Natrium membantu pengaturan kandungan cecair dan tekanan darah. Sumber yang paling biasa didapati ialah garam makan, walaupun ia memang terkandung dalam kebanyakan makanan. Natrium yang berlebihan akan mengakibatkan peningkatan cecair dalam badan serta tekanan darah yang tinggi. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan natrium contohnya tidak memakan makanan yang masin dan tidak menambah garam kepada makanan anda.

Kalium diperlukan untuk saraf-saraf dan otot-otot termasuk jantung supaya berfungsi dengan normal. Makanan yang kaya dengan kalium termasuklah kentang, sayur-sayuran berdaun hijau dan pisang. Jika kandungan kalium (potassium) menjadi terlalu tinggi, ia akan menyebabkan kelemahan pada otot dan denyutan jantung yang tidak tetap. Justeru itu, anda perlu mengikuti pelan diet yang mempunyai kandungan kalium yang bersesuaian.

Kalsium dan fosforus diperlukan untuk pembentukan tisu tulang. Walaubagaimanapun, kandungan fosforus yang tinggi pada buah pinggang yang sudah gagal berfungsi boleh menyebabkan kalsium larut lesap dari tulang-tulang anda dan menyebabkan tulang menjadi lemah dan rapuh. Inilah sebabnya anda harus menghadkan pengambilan fosforus. Makanan yang mempunyai kandungan fosforus yang tinggi termasuklah susu dan produk tenusu yang lain serta kekacang.


KOMPLIKASI SEMASA RAWATAN DIALISIS



Antaranya adalah seperti berikut:

1. Hipotensi (Hypotension)
Masalah ini paling kerap terjadi dan bagi mereka yang selalu berada di Unit Hemodialisis, melihat pesakit yang mengalami hipotensi adalah kebiasaan dan mungkin akan terjadi setiap hari.
Masalah ini terjadi atas beberapa sebab. Antaranya UF terlalu tinggi (Jumlah cecair badan yang dikeluarkan dari badan), 'low sodium dialysate', penggunaan dialysate 'acetate', pesakit makan terlalu banyak semasa rawatan dialisis dijalankan, masalah kekurangan darah (low Hb), dan banyak masalah lain yang boleh menyumbang kepada hipotensi.

2. 'Disequilibrium Syndrome' (DS).
DS dilihat boleh dikenali pada pesakit yang mengalami tanda & simptom seperti mual, muntah, sakit kepala, kabur penglihatan, resah, kebingungan dan mungkin ada yang koma.
DS kerap terjadi pada pesakit kegagalan buah pinggang yang sedang menghadapi masalah strok, kecederaan kepala, perdarahan subdural, hipertensi malignan.

3. Perdarahan
Pesakit kegagalan buah pinggang menghadapi masalah perarahan yang kerap. Antara punca adalah akibat daripada platelet (platelet dysfunction), penggunaan anti koagulasi semasa dialisis, dan interaksi antara dialyser/platelet yang boleh menyebabkan thrombocytopenia.

4. 'Air Embolism'
Air embolism kemungkinan berlaku jika pesakit batu-batuk dan mengadu kesakitan dada sebelah kiri berserta kesesakan nafas yang teruk semasa dialisis. Tindakan segera kecemasan perlu dilakukan bagi mengelakkan bahaya terjadi.
Masalah ini kerap terjadi sebelum kemajuan teknologi dalam pengunaan mesin dialisis. Ini berpunca daripada kemasukan udara ke dalam saluran darah pesakit melalui saluran masuk darah semasa dialisis. Namun dengan teknologi mesin hemodialisis masalah ini dapat dikurangkan kerana mesin akan mengesan percampuran udara dalam darah dengan adanya 'air detector'.

5. Hemolisis (Perpecahan Sel Darah)
Hemolisis dikesan sekiranya warna darah yang mengalir pada saluran darah dialisis bertukar warna cerah atau merah jambu.
Ini mungkin terjadi disebabkan oleh masalah pengendalian dialiser yang tidak sempurna dan tercemar, masalah sistem rawatan air yang tidak berfungsi, saluran darah dialisis bertipat, prosedur atau peralatan dialisis yang salah dan beberapa sebab lain selain masalah yang berlaku daripada faktor kesihatan pesakit sendiri.

6. Reaksi atau Alergi pada penggunaan Dialyser
Masalah ini boleh terjadi pada seseengah pesakit yang menunjukkan tanda reaksi alergi seperti kegatalan, bengkak-bengkak alergi, batuk, bersin, kesakitan perut dan cirit. Tindakan segera seperti menghentikan rawatan dan memberi rawatan anti histamin perlu.
Juga terdapat pesakit yang tidak menampakkan tanda alergik spesifik seperti kesakitan dada yang mungkin juga disertakan dengan kesakitan belakang. jika masalah ini tidak berlarutan, teruskan dialisis.

7. Masalah kramp.
Masalah ini sering terjadi pada pesakit jika terlalu tinggi UF semaa dialisis.
Masalah boleh diatasi dengan mengurangkan kadar UF, memasukkan normal saline semasa dialisis, dan mengurangkan dialysate sodium dan lain-lain mengikut keadaan pesakit.

8. Komplikasi lain adalah seperti kontaminasi endotoksin atau mirobial dan reaksi pirogenik yang boleh berpunca daripada pengendalian dan penyelenggaraan sistem rawatan air R.O yang tidak sempurna dan penyucian dialyser yang tidak bersih dan pelbagai lagi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.