Malaysia dah x selamat lagi? dulu negara kita di luar lingkaran gunung berapi tapi sekarang titik gempa telah mengalami perubahan dan mungkinkah akan datang negara kita berada dalam lingkarang gunung berapi ni? Nauzubillah... harap2 tak terjadi la tapi memandangkan keadaan negara kita yang masyarakatnya buat maksiat, murtad dan segala dosa yang lain... kalau Allah murka tak mustahil kita pun di landa bencana macam negara yang lain. Moga2 di jauhkan dari segala mala petaka... amin
TITIK GEMPA HAMPIRI MALAYSIA
Kosmo 27 Mac 2011
Oleh MOHD. ALIF ABU BAKAR dan AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
berita@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR – Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.
Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.
Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.
Sumber: kosmo.com.my
No comments:
Post a Comment