Sijil Jurukecantikan ini mendedahkan pelajar kepada teknik-teknik sebagai seorang jurukecantikan dengan latihan melaksanakan rawatan wajah, pedicure dan manicure serta teknik-teknik komunikasi sebagai jurukecantikan.
Aku dapat tau tentang akademi Redglow adalah dari blog Redmummy. Gambar di atas adalah pengasasnya iaitu Najwa dan Arlina
Akademi Red Glow atau lebih terkenal dengan MLVK mendapat pengiktriafan dari kerajaan, kursus jangan pendek selama 6 bulan ini menawarkan harga yang terendak untuk you guys nak menambahkan lagi pengetahuan, ada ramai yang cita2 mahu jadi jurusolek, jadi di sini asasnya.
MLVK – Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (Sesuai buat muda-mudi lepasan SPM) sangat terkenal di kalangan pelajar yang:
- Mereka yang tidak dapat meneruskan pembelajaran akademik
- Mereka yang belum pernah mendapat latihan kemahiran bagi tujuan mendapat kerja dan berusaha sendiri
- Mereka yang hilang pekerjaan dan terpaksa mencari pekerjaan baru
- Mereka yang ingin menambahkan pengetahuan kemahiran untuk kemajuan kerjaya
- Mereka yang sedang bekerja dan memerlukan peningkatan tahap kemahiran dalam jurusan yang diceburi
- Mereka yang berminat menceburi bidang keusahawanan berasaskan kemahiran
- Mereka yang ingin belajar atas dasar Pembelajaran Sepanjang Hayat
SIJIL JURUKECANTIKAN N-011-1 (TAHAP 1)
Tempoh Program 6 bulan
Objektif Program
Sijil Jurukecantikan ini mendedahkan pelajar kepada teknik-teknik sebagai seorang jurukecantikan dengan latihan melaksanakan rawatan wajah, pedicure dan manicure serta teknik-teknik komunikasi sebagai jurukecantikan.
Peluang Pekerjaan
- Jurukecantikan
- Jurusolek dan perawat kecantikan
Pengiktirafan
Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia – SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA
Syarat Kemasukan
16 tahun ke atas
Tempoh Program 6 bulan
Objektif Program
Sijil Juruestetik merupakan sambungan daripada program Sijil Jurukecantikan. Pelajar akan didedahkan dengan lebih lanjut berkenaan penggunaan mesin-mesin kecantikan dan teknik lanjutan solekan serta penggunaan bahan kimia yang selamat untuk perawatan kecantikan.
Peluang Pekerjaan
- Jurukecantikan
- Juruestetik
- Jurusolek dan perawat kecantikan
- Konsultan Kecantikan
- Pembantu Pengurus Salon
Pengiktirafan
Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia – SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA
Syarat Kemasukan
16 tahun ke atas
Untuk keterangan lanjut sila klik link di bawah.
No comments:
Post a Comment