Sekiranya anda mempunyai masalah sukar hamil, anda mungkin membuat pertimbangan untuk berjumpa dengan doktor pakar dan menjalani beberapa ujian kesuburan. Disini saya berikan beberapa panduan tentang apa yang doktor akan lakukan semasa temujanji kali pertama.
Sejarah kesihatan dan pemeriksaan
Sebelum sesuatu ujian dilakukan, doktor anda selalunya akan bertanya tentang sejarah perubatan dengan mendalam dan membuat pemeriksaan terutama terhadap sistem peranakan anda.
Doktor selalunya akan cuba mendapat fakta berkenaan umur, tarikh perkahwinan, berapa kerap hubungan seks dan adakah terdapat sebarang masalah semasa hubungan seks, seperti sakit, masalah penetrasi atau zakat tidak mengeras, samada anda pernah keguguran sebelumnya dan menjalani D+C atau pernah mendapat apap penyakit perubatan atau jangkitan kuman.
Soalan untuk suami atau pasangan pula termasuk; pernah mengidap penyakit beguk, merokok, meminum alkohol atau sejarah pembedahan pada zakar.
Pemeriksaan yang akan dilakukan adalah untuk memastikan yang rahim dan ovari dalam keadaan normal atau terdapat sebarang kesakitan pada tempat-tempat tertentu sekitar sistem peranakan. sekiranya rerdapat keputihan yang berlebihan, doktor mungkin akan mengambil ujian untuk mengetahui jenis jangkitan kuman yang anda anda.