Followers

flash

Tuesday, October 12, 2010

KB- Kyusoku Bihaku

Tak saba rasanyer aku nak cuba produk KB ni... agak2 boleh putih tak? bukan nak putih sangat la... dapat kulit cerah sikit dan sekata pun cukup la. Sekotak RM170 beli 3 kotak ke atas dapat la murah sikit RM150. Esok baru nak bank in duit, ari selasa nanti kalau courier x da masalah... dapat la. Eeii x saba nak cuba dah ni... dah tergedik2.


PEMUTIH KULIT SECARA PERMANEN.HALAL.

GLUTATHIONE + ROSEHIP VITAMIN C.

BEST SELLING AWARD IN PHILIPINE.


This wonder whitening pill can actually make your skin achieve that rosy white glow in just 3 months or less. It has been approved by the Bureau of Food and Drugs and is highly recommended by dermatologists nationwide.


setiap pack mngandungi 30 biji glutathione + nac pill 500mg 30 biji rosehips 500mg


1.Whitens the skin

2.Helps make the skin smoother with a more even tone

3.Gives a rosy white glow

4.Delays aging


BAGAIMANAMENGGUNAKANNYA?


1 kapsul Glutanac (kapsul putih)+ 1 kapsul vitC (kapsul oren)


10 minit sebelum hidangan

pastikan perut anda kosong sebelom makan

minum banyak air masak

the more the better!

SEKALI SEHARI SAHAJA


Apakah Kebaikan Dan Kelebihan Kyusoku Bihaku Glutathione White?


*Glutathione merupakan anti oksida yang utama kerana ia melindungi tubuh badan dari serangan penyakit dan melawan radikal bebas.


*Kandungan glutathione dalam badan akan berkurangan disebabkan oleh pendedahan pencemaran sekitaran,stress,minuman alkohol,rokok,pemakanan dll.


*Glutathione dapat membantu kesulitan hamil & menambah bilangan sperma (untuk lelaki).


*Glutathione dapat mengubati penyakit kanser,HIV,parkinson,thyroid,enzema,fibroid,lelah,masalah hati,darah tinggi,jantung,melambatkan penuaan dll.


*Glutathione juga merawat kulit seperti mengecilkan pori-pori,kulit menjadi lembut,putih,berseri-seri juga boleh mencegah dari jerawat,merawat kedutan dari awal.


*Glutathione adalah untuk pencerahan kulit secara keseluruhannya.



Kajian Di USA Menunjukkan Glutathione boleh mencerahkan kulit seluruh badan!

Apakah Ciri-ciri Dan Tindakbalas Kyusoku Bihaku Glutathione White Terhadap Anda?

# Glutathione mempunyai 3 elemen yang tinggi berkesan iaitu Glutathione dikenali sebagai GSH dan L-Glutathione,Alpha Lipoic Acid dan Vitamin C.


# Glutathione mempunyai molekul yang kecil diperbuat daripada amino acid dan anti oxidant juga dikenali sebagai Master Antioxidant.


# Lebih banyak toxins masuk kedalam badan kita lebih cepat juga glutathione meresap sebab itu glutathione perlu diambil sebagai suppliment harian.


# Selain dari menyembuhkan penyakit glutathione boleh juga memutihkan kulit,glowing dan akan kelihatan muda sepanjang masa.


# Glutathione berkesan menghilangkan parut,jeragat,jerawat dan merawat kulit menjadi licin.


# Glutathione perlu diambil dengan vitamin C 500mg untuk membantu glutathione meresap bersama vitamin C.


# Jumlah yang perlu diambil enigma glutathione white adalah 20-40 mg per kilogram (kg) berat badan (bw) sehari,dibahagi kepada 2-3 capsules.


# Keberkesanan Enigma Glutathione bergantung kepada seseorang individu iaitu:-


-Kulit sederhana cerah : 1-3 bulan

-Kulit tone gelap : 3-6 bulan

-Kulit yang amat gelap : 6-12 bulan

-Kulit hitam : 18 bulan keatas.


Gambar sebelum ni... nanti kita tgk perubahan yer

Teman lama...

lama x dgr cerita tentang teman aku yg sorang ni... dah kenal dia hampir 12 tahun... tapi korang boleh caya tak... sekali pun aku x penah jumpa dia... kawan x semestinya berjumpa betul x? dulu hampir setiap hari dia cal... macam2 yg kitorang kongsi tentang kehidupan, masalah n mcm2 lagi. bila aku dalam kesusahan dan kesedihan dia antara manusia2 yg berada di sisi ku tatkala itu... tapi aku x tau mcm mana kitorang bleh lost contact... banyak sebab yg membuatkan sukar utk aku rapat dgn dia seperti dulu... "ko menolak aku secara halus" kata2 itu tak akan aku lupakan... maafkan aku teman... aku ingat perpisahan n penceraian hanya berlaku pada aku jer tapi x sangka pulak semua tu terjadi gak pada teman lama ku ni... kecian dia di saat dia jiwa kacau dan bercelaru aku x da utk at least beri nasihat n sokongan... bukan aku x nak tapi aku telah ada hati lain yg lebih penting dan perlu aku jaga. orang kata lelaki n perempuan sukar utk jadi kawan baik... akan ada perasaan yg terhiris dan ada hati2 yang perlu di jaga... kepada teman lama aku yang aku tahu dia x akan baca entry ni... aku harap ko berbahagia kerna ko sangat baik... terlalu baik... ko perlu dapat org yang baik juga utk dijadikan isterimu kelak... lupakan yang lama kerna dia memang x layak utkmu... aku tau ko tabah dalam menempuhi liku hidup ini... tuhan x menduga hambanya yang dia tahu kita mampu menempuhi dugaan yang diberi olehnya... u know who u are... my lollipop

Wednesday, September 29, 2010

Celcom Broadband

Setelah bertahun2 aku setia kepada streamyx... akhirnyer terjebak gak aku dgn berukband ni... mulanyer saja jalan kat Low Yat survey2 handphone... tup2 lain yg di cari lain plak yg dapat... boleh la start aktif balik lepas ni... yg penting sekali business kena diteruskan...

Tuesday, September 28, 2010

Buah Zuriat


Tengah syok berFB... terbaca la plak pasal buah zuriat... ye la sekarang musim haji kan... ramai la yang kirim buah zuriat ni pada org yg nak pergi haji... pada sapa2 yang masih x dapat cahayamata setelah lama berkahwin, buah zuriat salah satu cara dan usaha utk mendapatkan anak. Alhamdulillah banyak jugak pasangan yg mencuba buah zuriat telah berjaya memperoleh zuriat... kita usaha dan ikhtiar tak salahkan? apa cerita disebalik buah zuriat atau buah hawa ni? macam mana cara nak makannyer?



Isi buah zuriat.

Buah dari pokok koka, yang kayunya digunakan untuk membina bahtera Nabi Nuh a.s. Sabutnya keras betul, kena guna kudrat orang lelaki nak pecahkan untuk dapatkan isinya. Baunya sedap, macam roti bakar yang masih panas. Isi putihnya tu keras jugak.

caranya, minum air rebusan isi putih tu.. boleh rebus dengan susu unta, susu kambing atau susu lembu yang segar... kalau payah sangat rebus dgn air pun boleh.. orang kata rasanya sedap, dan tak payau... ntah la aku tak cuba lagi... Alhamdulillah aku ada sebiji buah zuriat ni, pemberian seorang rakan... nak gak cuba macam mana rasanyer... mana la tau ada rezeki nanti... insya allah... doakan ye... amin

Cara Makan Buah Zuriat
Ada beberapa cara yang di sarankan oleh mereka-mereka yang telah mencuba iaitu :-

Cara Pertama

Beberapa rakan arab memberitahu caranya dengan menggunakan sudu di ketuk-ketuk sekitar buah zuriat ( tak perlu di belah ) dan kita ibaratkan seperti kita sagat/kikis buah ini menjadi serbuk dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.

Cara Kedua


Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekali gus. Buah di belah kepada dua, dan di ingatkan buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya. Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Dan di sarankan di minum selama 44hari atau sehingga mengandung. Diminum suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah yang baru.

(Boleh diminum pada bila-bila masa sahaja,malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit,Insya Allah akan terasa kelegaannya)

Antara Surah yang boleh di amalkan semasa meminumnya ialah Surah Al-Imran ayat 38 & Selawat ke atas Nabi S.A.W


"RABBI HABLEE MINLADUNKA ZURIATUN TOIYIBBAN INNAKA SAMEE U-DOA"

Thursday, September 9, 2010

Happy Birthday to me...

Arini genap umur aku 33 tahun... adoyai tuanyer dah aku.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.