Followers

flash

Monday, February 20, 2012

Herbalife


Korang pernah dgr tentang herbalife? produk ni dah lama since 2006 lagi kot ada kat Malaysia ni... azam tahun baru kan nak kurus, so bila tengok kawan aku dah kurus sekarang aku pun risik2 la apa rahsia dia? ari sabtu malam ari tu aku jumpa la member lama aku ni... dia kata dia makan herbalife. Memang menarik pun dengar dia cerita dan aku macam berminat la nak cuba herbalife ni tapi memandangkan aku punye BMI terlalu la obesnyer... kakak member aku ni cadang utk amik setahun punya barang utk melayakkan aku terus naik supervisor dan dapat diskaun 50%... memang la murah kalau beli banyak tapi harga dia ya ampun! bleh pengsan Abang Botak aku dengar nanti.

Sunday, February 12, 2012

Mencari prosperity burger

Kalau waktu raya cina je ada prosperity burger ni... lagipun aku tunggu waktu yg ada double prosperity.... hehe wajib beli setahun sekali. Sedap giler dengan sos lada hitam yg pedas tu... hehe lapa la pulak!

Kitorang g McD kat Cheras tu

Drive Tru je senang, malas nak makan kat cni

Ujian-ujian infertiliti

Aku copy dari email... semoga bermanafaat

Sekiranya anda mempunyai masalah sukar hamil, anda mungkin membuat pertimbangan untuk berjumpa dengan doktor pakar dan menjalani beberapa ujian kesuburan. Disini saya berikan beberapa panduan tentang apa yang doktor akan lakukan semasa temujanji kali pertama.
Sejarah kesihatan dan pemeriksaan

Sebelum sesuatu ujian dilakukan, doktor anda selalunya akan bertanya tentang sejarah perubatan dengan mendalam dan membuat pemeriksaan terutama terhadap sistem peranakan anda.

 

Doktor selalunya akan cuba mendapat fakta berkenaan umur, tarikh perkahwinan, berapa kerap hubungan seks dan adakah terdapat sebarang masalah semasa hubungan seks, seperti sakit, masalah penetrasi atau zakat tidak mengeras, samada anda pernah keguguran sebelumnya dan menjalani D+C atau pernah mendapat apap penyakit perubatan atau jangkitan kuman.

Soalan untuk suami atau pasangan pula termasuk; pernah mengidap penyakit beguk, merokok, meminum alkohol atau sejarah pembedahan pada zakar.

Pemeriksaan yang akan dilakukan adalah untuk memastikan yang rahim dan ovari dalam keadaan normal atau terdapat sebarang kesakitan pada tempat-tempat tertentu sekitar sistem peranakan. sekiranya rerdapat keputihan yang berlebihan, doktor mungkin akan mengambil ujian untuk mengetahui jenis jangkitan kuman yang anda anda.

Makanan kegemaran RASULULAH S.A.W

"MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W"

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.



2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert
rumah yang tidak ada makanan.



3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.



4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut


Saturday, February 11, 2012

Nama-Nama Yang DiLarang Dalam Islam

Nama-Nama Yang DiLarang Dalam Islam (** Cuba Check Nama Kita Ada Tak Tersenarai) :

Abkam Tidak celik, buta
Abiqah Hamba yang lari dari tuannya
Afinah Yang bodoh
Asyar Paling jahat
Asyirah Yang tidak bersyukur atas nikmat
Amah Hamba suruhan perempuan
Baghiah Yang zalim, jahat
Bahimah Binatang
Balidah Yang bodoh, bebal
Bakiah Yang menangis, merengek
Baqarah Lembu Betina
Batilah Yang batil, tidak benar
Dabbah Binatang
Dahriyah Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
Dahisyah Goncang, stress
Darakah Kedudukan yang rendah
Daniyah Yang lemah dan hina
Dami'ah Yang mengalir air matanya
Fasidah Yang rosak, yang binasa
Fasiqah Yang jahat, si fasik
Fasyilah Gagal, kalah
Fajirah Yang jahat, yang berdosa
Faji'ah Kecelakaan
Ghafilah Yang lalai, yang leka
Ghailah Kecelakaan, bencana
Ghaibah Hilang
Ghasibah Perampas, perompak
Ghamitah Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghawiah Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu
Haqidah Yang dengki
Hasidah Yang hasad
Hazinah Yang sedih
Huzn Kesedihan
Khabithah Yang jahat, yang keji
Khali'ah Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khati'ah Yang bersalah, yang berdosa
Khasirah Yang rugi
Khamrah Arak
Jariah Hamba suruhan perempuan
Jafiah Yang tidak suka berkawan
Kaibah Yang sedih
Kafirah Yang kafir, yang ingkar
Kamidah Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah Pendusta, pembohong
Lahab Bara api
Laghiah Sia-sia, tidak berfaedah
La'imah Yang tercela
Lainah Yang terkutuk
Lahifah Yang sedih, menyesal dan dizalimi
Maridah Yang menderhaka
Majinah Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah Agama menyembah api atau matahari
Munafikah Yang munafik
Musibah Celaka, bencana, kemalangan
Nariah Api
Nasyizah Yang menderhaka dan melawan suami
Najisah Yang najis dan kotor
Qabihah Yang buruk, hodoh
Qatilah Pembunuh
Qasitah Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
Qazurah Kejahatan, perzinaan
Rajimah Yang direjam, yang dilaknat
Razi'ah Kecelakaan, musibah
Razilah Yang keji dan hina
Sakitah Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Safilah Yang rendah dan hina
Sahiah Yang pelupa
Sakirah Pemabuk
Syafihah Yang bodoh
Syaridah Yang diusir
Syaqiyah Yang menderita
Syarrul Bariyyah Sejahat-jahat manusia
Syani'ah Yang buruk
Syarisah Yang buruk akhlak
Syatimah Maki hamun
Syariqah Pencuri
Talifah Yang rosak, yang binasa
Tarbiyah Yang papa kedana
Tarikah Anak dara tua
Tafihah Karut
Talihah Yang tidak baik
Yaisah Yang berputus asa
Yabisah Yang kering, yang sedikit kebaikannya
Wahinah Penakut
Waqihah Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah Yang kotor
Wasyiah Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
Wahimah Yang lemah
Wahiah Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wajilah Penakut
Wailah Bencana, keburukan
Waqi'ah Pertempuran dalam peperangan, umpatan
Zalijah Kebinasaan
Zalilah Yang hina
Zalimah Yang zalim
Zaniyah Penzina, pelacur
Zufafah Racun pembunuh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.