Followers

flash

Monday, January 17, 2011

Anda miliki payudara yang bagaimana?

Payudara adalah salah satu harta terbesar yang dimiliki oleh seorang wanita kerana itu wanita perlu menjaga dan melindunginya. Namun berdasarkan sebuah Survey, sifat dan keperibadian seorang wanita dapat dilihat berdasarkan bentuk Payudara yang dimilikinya. Ini bukan ramalan namun hanyalah sebuah Study khusus berdasarkan bentuk payudara yang dimilikinya. Setidaknya ada 10 Bentuk payudara yang mewakili sifat wanita pada umumnya. Berikut 10 tips wanita dilihat berdasarkan bentuk payudara-nya


1. PAYUDARA BESAR :

Wanita yang memiliki payudara besar adalah wanita yang tidak suka dikongkong kebebasannya, dia seorang wanita yang berdikari. Mudah bagi wanita ini untuk memulai hubungan dengan lelaki, kerana dia suka cepat mesra dengan semua orang, ramah dan terbuka. Anda pasti senang berbual dengan wanita ini meski baru mengenalnya. Selain itu, dia juga punya pemikiran luas, rendah hati, dan baik hati, sedangkan falsafah hidupnya adalah kehidupan ini pendek. Tapi dia tidak segan memaafkan orang lain yang pernah melakukan kesalahan padanya. Wanita ini bercita-cita menikah dengan lelaki yang menghormati kebebasan serta suka gaya hidup aktif. Lelaki idolanya adalah yang bertanggung jawab, dan bersedia berkongsi masalah bersama.

2. PAYUDARA MONTOK :

Wanita berpayudara montok tidak pernah tahan dengan ikatan serius. Kadang-kadang dia tidak peduli dengan perasaan orang lain, tapi sebaliknya, jika wanita ini sudah terikat dalam komitmen, dia gemar bersama keluarganya termasuk memenuhi segala keperluan keluarga dan jujur pada suaminya. Dari luar wanita ini nampak seperti orang baik dan bertanggung jawab, namun di dalam hatinya emosinya akan meledak-ledak jika menghadapi walau sedikit masalah . Lelaki berbadan macho dan penurut adalah dambaan wanita berdada montok ini.

3. PAYUDARA DATAR :

Pemilik dada datar ini sangat menghargai kebebasan dan percaya pada teori individual. Wanita ini kerap mengalami pertentangan dengan diri sendiri atau orang namun wanita ini dengan mudah mampu mencari penyelesaian dari masalah yang dihadapinya. Wanita ini berbakat dibidang seni, seperti dekorasi interior, kerja tangan, masak, dan memelihara binatang. Lelaki yang cocok dengan wanita ini adalah lelaki yang sabar dan tidak banyak bicara. Sebab wanita ini lebih suka sedikit bicara dan banyak bekerja, meski keras kepala wanita ini penuh kehangatan, cinta, dan bisa dipercaya.

4. PAYUDARA NAIK KEATAS : 

Wanita ini sangat mudah diatur, setia pada pasangannya, selalu waspada, dan menyukai orang yang bicaranya direct to the point. Wanita ini cenderung memilih lelaki yang sesuai kriterianya. Ini kerana sekali dia jatuh cinta, maka dia akan setia pada pasangannya. bahkan dia tidak berkeberatan jika sang suami memintanya menjadi suri rumah sepenuh masa dan menjaga anak-anak. Lelaki ideal bagi wanita ini adalah yang punya rasa humor tinggi dan mempunyai kepribadian terbuka. Untuk memilih pasangan hidup, wanita ini tidak akan menilai dari harta, tapi latar belakang keluarga si lelaki.

5. PAYUDARA KECUT :

Kata gagal tidak pernah ada dalam kamus wanita berdada kecut ini. Wanita ini hobinya adalah bersukan, membaca dan amat minat pada seni, sehingga dia sangat teruja dan mengikut kata hati demi menambah pengalamannya. Wanita ini cocok berteman dengan orang yang bisa memahami dirinya, kerana dia memang mempunyai sifat besar kepala, egois dan bebas melakukan apa saja.

6. PAYUDARA AEREOLA BESAR: 

Wanita yang mempunyai kawasan aereola besar, cenderung bersifat maskulin atau tomboy. Umumnya, sifat tomboy ini beransur menghilang ketika wanita ini meningkat remaja, dan dia kemudiannya mula menunjukkan sifat feminin. Tapi wanita ini tidak menyukai tekanan atau kekangan dari orang lain. Sangat sulit baginya untuk menjadi rendah hati di hadapan orang lain, kerana harga diri atau egonya yang tinggi. Dia suka membanding-bandingkan antara teman yang satu dengan yang lain. Lelaki yang cocok buat wanita ini adalah yang boleh dipercaya dan selalu berada di sisinya ketika susah dan senang.

7. PAYUDARA MELEBAR : 

Wanita ini bersifat periang dan seorang yang berdikari. Sayangnya, wanita ini suka bercakap dan membesar-besarkan masalah. Lebih gilanya lagi, wanita ini mudah sekali marah, tidak suka dikongkong tapi cepat menolong orang lain yang perlukan pertolongan. Wanita ini selalunya jujur dan berterus terang ketika mereka berurusan dengan hal yang berkaitan dengan emosi. Meski wanita ini biasanya tidak hidup dalam kemewahan, tapi dia termasuk wanita yang pandai berjimat cermat. Ini kerana dia mudah merasa bosan jika harus berada di samping pasangannya setiap saat, makanya dia suka berdikari. Pada saat yang sama wanita ini selalu bermuka-muka. Lelak sulung tidak sesuai dengan wanita ini. Anak sulung selalunya bersifat suka mengarah. Wanita ini merasakan perkahwinan adalah satu benda yang menyusahkan tetapi setelah berkahwin wanita ini selalunya akan berubah.

8. PAYUDARA TURUN :

Pemilik payudara ini sangat sensitif. Dia akan merasa dikhianati jika kekasihnya tidak memberi perhatian yang diberikannya melalui isyarat-isyarat tertentu. Selanjutnya dia akan menangis dan kehilangan kepercayaan pada hubungan cintanya. Pola pemikiran wanita ini sangat naif dan seperti seorang yang tidak berpengalaman, wanita ini agak lambat dalam hal-hal yang berkaitan perhubungan seksual. Tapi jangan risau kerana  pengetahuan dan pengalaman seksnya akan meningkat selepas berkahwin. Dalam rumah tangga, wanita ini sangat digemari kerana sifatnya yang baik hati, terutama dalam menyambut suaminya setelah bekerja. Lelaki yang menjadi pilihan wanita ini adalah lelaki yang bertanggung jawab, berani dan tegas dalam pendirian.

9. PAYUDARA BENTUK LOCENG : 

Wanita pemilik payudara yang bentuknya seperti loceng adalah seorang yang berfikiran praktikal dan jujur. Kelemahannya adalah pelupa dan malas bekerja. Dia seringkali berperang dengan perasaan sendiri jika membuat sebarang pilihan dan mudah melenting jika ada sesuatu yang membuat mereka marah. Ini yang membuat orang tidak berani mendekati wanita ini yang mudah moody jika ada sedikit masalah yang berlaku. Walaupun begitu wanita ini mempunyai daya tarikan yang mampu membuat lelaki tertarik dan merasa bahagia disampingnya.
.
10. PAYUDARA KECIL :

Wanita ini sukar menolak permintaan orang lain. Sifatnya yang terbuka, mampu memahami orang lain, dan sabar, membuat wanita ini dikenal sebagai orang baik hati dan penolong. Mungkin kebaikan ini muncul kerana dia suka mencampuri urusan orang lain. Wanita ini bercita-cita menjadi surirumah, isteri dan ibu yang bijak bagi anak-anaknya. Pasangan yang sesuai bagi wanita ini adalah lelaki yang mempunya pekerjaan tetap kerana wanita ini tidak tahan hidup susah dan akan menghadapi stress berpanjangan. Jika mengalami stress dia akan dengan mudah terkena penyakit.

Saturday, January 15, 2011

Teka-Teki Dari Imam Al-Ghazali

Aku dapat dari email, untuk renungan kita bersama...

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya
lalu beliau bertanya ( Teka Teki ) :



Apa yg paling dekat?
Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di
dunia ini ?"
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan
kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap
yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Apa yg paling Jauh?
Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar
adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita
tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus
menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan
perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Apa yg paling besar?
Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah
HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus
hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

Apa yg paling berat?
Imam Ghazali = " Apa yang palin berat didunia "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika
Allad SWT meminta mereka menjadi khalifah
(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut
menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak
manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Apa yg paling ringan?
Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan
sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita
atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Apa yg paling tajam?
Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali didunia ini "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini
adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia
dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri " 



Kita semua ada lidah kan? So jagalah lidah masing2 dari mengeluarkan kata2 yang boleh menyakitkan hati orang lain... Luka di jari nampak berdarah, luka di hati tiada sapa yang tahu...

Friday, January 14, 2011

Makhluk tuhan paling seksi

Kalau di tanya sapa makhluk tuhan paling seksi mesti teringat Mulan Jameela kan? yang menyanyikan lagu tersebut... bukan setakat penyanyi lagu tu jer, aku rasa dia pun salah satu makhluk tuhan yang paling seksi gak.



Hot! bak kata org sekarang... bukan hot tentang berpakaian jer malahan hot jugak dengan kisah kontroversi dia bersama ahli kumpulan dia dulu Ratu tu. Teman tapi mesra... bukan jer mesra terlebih mesra gitu. Mana tak hot! best fren turr... siap COMOLOT lagi pastu alih2 jadi madu... hehe mana tak mengamuk Maya tu kan?(bekas iseri Ahmad Dhani).


Tapi selepas kawen ngan Ahmad Dhani dan dengar2 dah mengandung pun anak pertama dorang, makhluk tuhan paling seksi ni dah berhijrah ke arah yang lebih baik. Alhamdulillah dia dah x seksi dah! dah jadi makhluk tuhan paling sopan.


Gambar Mulan semasa melawat adik Ahmad Dhani yang baru lepas bersalin. Lain betul muka Mulan tanpa make up tapi masih cantik dan natural beauty. Alhamdulillah... semoga artis kita pun ada yang akan melakukan perubahan seperti Mulan ni selain Noor Kumalasari yang totally berubah sekarang. Amin

Wednesday, January 12, 2011

Tgk wayang kat umah jer

Jika ada yang pernah terfikir mahu menonton wayang atau filem terbaru di rumah, kini ianya akan menjadi kenyataan apabila stesen televisyen berbayar Astro bakal memperkenalkan sebuah lagi saluran baru iaitu Astro First yang menawarkan perkahidmatan tersebut.


Bermula dari 13 Januari 2011 ini, pelanggan Astro boleh menggunakan perkhidmatan tersebut dengan hanya perlu membayar RM15 bagi setiap judul filem yang ingin ditonton. Filem-filem ini mampu dinikmati selepas 2 minggu ianya dipawagam dalam tempoh 48 jam selepas pembelian.

Wah! lepas ni x payah la nak tgk wayang dah... kalau rm15 je dah bleh tgk ramai2 kira x yah jejak kaki kat wayang lagi la lepas ni... duk comei2 kat umah sambil makan nasi pun bleh tgk TV... hehe



Menariknya, pada peringkat permulaan, perkhidmatan Astro First bakal menyiarkan tiga filem baru iaitu Aku Masih Dara, Damping Malam dan Ngangkung dengan bayaran sebanyak RM15 bagi setiap filem.
Malah selepas tiga filem tersebut, pelanggan Astro juga boleh menyaksikan filem-filem lain seperti Hikayat Merong Mahawangsa, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Kongsi, Kembar Siang, Tolong Awek Aku Pontianak, Senjakala, Sini Ada Hantu dan sebagainya pada bulan-bulan akan datang.

So apalagi korang... jangan lupa step di bawah ni utk tgk wayang kat umah.  



Tiga langkah mudah untuk menikmati Astro First

Kunjungi media portal Astro First di Saluran Astro 480 dan;

1. Tekan butang biru di alat kawalan jauh Astro dan pilih filem kegemaran anda.
2. Tekan butang biru sekali lagi untuk pengesahan.
3. 13 digit kod SMS akan dipaparkan di televisyen. SMS BUY[13-digit code] ke 32999. Contoh: BUY 1234567891234

Anda akan menerima SMS pengesahan pembelian dan filem tersebut kini boleh ditonton dalam masa lebih kurang lima minit kemudian. Setiap pembelian akan dicajkan ke bil semasa pelanggan. Kadar caj telco akan dikenakan untuk setiap SMS. Untuk maklumat lanjut, layarilah www.astro.com.my/astrofirst

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.