Followers

flash

Wednesday, January 12, 2011

Tgk wayang kat umah jer

Jika ada yang pernah terfikir mahu menonton wayang atau filem terbaru di rumah, kini ianya akan menjadi kenyataan apabila stesen televisyen berbayar Astro bakal memperkenalkan sebuah lagi saluran baru iaitu Astro First yang menawarkan perkahidmatan tersebut.


Bermula dari 13 Januari 2011 ini, pelanggan Astro boleh menggunakan perkhidmatan tersebut dengan hanya perlu membayar RM15 bagi setiap judul filem yang ingin ditonton. Filem-filem ini mampu dinikmati selepas 2 minggu ianya dipawagam dalam tempoh 48 jam selepas pembelian.

Wah! lepas ni x payah la nak tgk wayang dah... kalau rm15 je dah bleh tgk ramai2 kira x yah jejak kaki kat wayang lagi la lepas ni... duk comei2 kat umah sambil makan nasi pun bleh tgk TV... hehe



Menariknya, pada peringkat permulaan, perkhidmatan Astro First bakal menyiarkan tiga filem baru iaitu Aku Masih Dara, Damping Malam dan Ngangkung dengan bayaran sebanyak RM15 bagi setiap filem.
Malah selepas tiga filem tersebut, pelanggan Astro juga boleh menyaksikan filem-filem lain seperti Hikayat Merong Mahawangsa, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Kongsi, Kembar Siang, Tolong Awek Aku Pontianak, Senjakala, Sini Ada Hantu dan sebagainya pada bulan-bulan akan datang.

So apalagi korang... jangan lupa step di bawah ni utk tgk wayang kat umah.  



Tiga langkah mudah untuk menikmati Astro First

Kunjungi media portal Astro First di Saluran Astro 480 dan;

1. Tekan butang biru di alat kawalan jauh Astro dan pilih filem kegemaran anda.
2. Tekan butang biru sekali lagi untuk pengesahan.
3. 13 digit kod SMS akan dipaparkan di televisyen. SMS BUY[13-digit code] ke 32999. Contoh: BUY 1234567891234

Anda akan menerima SMS pengesahan pembelian dan filem tersebut kini boleh ditonton dalam masa lebih kurang lima minit kemudian. Setiap pembelian akan dicajkan ke bil semasa pelanggan. Kadar caj telco akan dikenakan untuk setiap SMS. Untuk maklumat lanjut, layarilah www.astro.com.my/astrofirst

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.