Followers

flash

Monday, February 28, 2011

Xcident motor

Anak buah aku, Shafiq (tengah) dengan Ayin dan Maksu Nini

Terkejut gak bila dapat tahu anak buah aku, Shafiq  xcident. Dengar teruk gak keadaan dia. Tengkuk patah, hancur separuh muka, hidung dan gigi langsung dah tak de dan patah tangan. Ngerinyer aku dengar... cal mak dia, Shafiq dalam dewan bedah lagi, belum keluar. Baru form 2 anak buah aku tu, bonceng kawan dia naik motor x pakai helmet... budak lelaki memang nakal dan tgh nak 'up' susah la kawal. Bila dah kena mcm ni aku harap dia sedar dan insaf, jangan nakal2 dan dengar cakap mak dan ayah. Tempat kejadian x jauh dari rumah dia pun... dah nak jadi kan?

Sunday, February 27, 2011

Jeles2 dengan Abang Botak

Wah! jelesnya aku dengan Abang Botak aku ni... dia beli handphone baru. HTC Touch Pro 2. Hp ni ada 2 kaler, hitam dan silver. Abang aku amik warna silver dan dia dah lengkapkan byk software dlm tu, x payah la nak cari2 lagi sebab sekali download pun mau dalam rm50. Aku memula x la berkenan sangat ngan jenama HTC ni... x glamer kan? aku suka kalau dia beli Nokia N97 ker atau Sony Xperia X10 ker tapi tolongggg jangan beli Blacberry (x berkenan tepon KETOT tu). Kalau dia beli at least aku ni bleh gak la tumpang2 pakai kan? Bila dah survey2 dan nampak ke'best'an tepon HTC ni aku pun mula berkenan. 


Saturday, February 26, 2011

Isteri GANAS tetak SUAMI

Ganas giler bini lelaki ni... nurse pun sepak terajang dan maki laki dia kan? agaknya mcm mana dia buat kat pesakit dia ye? bini macam ni pun lelaki ni still nak simpan lagi? tapi kalau betul la jantan ni ada betina lain... memang patut la kena tetak pun! sepatutnya suami2 yang kat luar sana bersyukur dpt bini yang x ganas mcm ni. Kesimpulan dari cerita ni... jangan la curang kat bini anda kalau x nak kena TETAK... hehe


JURUTEKNIK menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat sebaik keluar dari wad hospital Raja Permaisuri Bainun, di Ipoh, Jumaat lalu.



Friday, February 25, 2011

Tawaran Menunaikan Haji

Hari ni aku dapat surat yang mengatakan aku ngan Abah terpilih bagi menunaikan haji tahun ni. Alhamdulillah! tahun lepas kitorang dalam waiting list, x sangka pulak dapat tahun ni. Abah x mengharapkan sangat dia dapat pergi memandangkan keadaan dia yang kena dialisis 3 kali seminggu tu. Aku mungkin menerima la tawaran tu tapi kalau medical check up nanti aku harap2 la boleh lepas dan Abah bleh pergi buat haji tahun ni. Cian kat dia dah terasa seruan haji memanggil2 tapi kalau keadaan x mengizinkan nampaknya x da la rezeki dia. Aku harap check up nanti lulus la... amin

Wednesday, February 23, 2011

Hantu BABY


Arini Abang Botak aku cuti, so aktiviti pertama yang kitorang akan buat service keta, cuci kereta dan makan. Punya la excited nak makan kat kedai kuning kat Taman Tenaga, Cheras tapi bila pergi jer tutup plak pakcik tu arini. Apa yang best makan kat kedai kuning pakcik tu? Hehe... yang bestnya makanan kat ctu sedap, banyak pilihan lauk yang ada dan paling best... murah gilerr. Makan je la kat kedai sebelah tu, nasi kukus ayam dara dan ABC special, nasib ABC dia best! nasi pun sedap la jugak. Lepas settle sume kitorang balik rumah, perut kenyang, mata pun nyantuk... balik umah bobom la jawabnya, tapi kejap lagi abah balik, kena la masak dulu. Harini bapak aku gi dialisis.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.