Anak buah aku, Shafiq (tengah) dengan Ayin dan Maksu Nini
Terkejut gak bila dapat tahu anak buah aku, Shafiq xcident. Dengar teruk gak keadaan dia. Tengkuk patah, hancur separuh muka, hidung dan gigi langsung dah tak de dan patah tangan. Ngerinyer aku dengar... cal mak dia, Shafiq dalam dewan bedah lagi, belum keluar. Baru form 2 anak buah aku tu, bonceng kawan dia naik motor x pakai helmet... budak lelaki memang nakal dan tgh nak 'up' susah la kawal. Bila dah kena mcm ni aku harap dia sedar dan insaf, jangan nakal2 dan dengar cakap mak dan ayah. Tempat kejadian x jauh dari rumah dia pun... dah nak jadi kan?
Tempat kejadian, di jalan Taman Melati 8, Shafiq terpelanting dan muka dia langgar signboard dan berguling2 masuk dalam longkang kat ctu. Dalam sakit2 tu dia boleh panjat keluar dari longkang tu...
Selepas sehari keluar dari wad pembedahan, doktor suspek tengkuk dia patah tapi Alhamdulillah lepas X-ray otot tengkuk dia cuma koyak. Harap dia kuat dan sabar menghadapi ujian ni.
No comments:
Post a Comment