Followers

flash

Thursday, March 31, 2011

Balik BESUT

Semalam dapat berita mak mertuaku masuk hospital, so memandangkan arini Abang Botak cuti... kitorang plan balik kampung la untuk tgk Ma...risau jugak sebab dia x pernah masuk hospital sebelum ni. Lagi risau bila doktor kata bengkak dan gatal2 yang dia alami sebab ada related dengan jantung. Ma kena gatal2 yang agak teruk sampai bengkak bibir dia... mungkin allergic kot. Pagi2 lagi kitorang dah bertolak, sampai dalam kul 1 tghari. Sebelum kuar rumah tadi aku dah siap buat air milo, masak daging burger, bakar daging hancur dan sos keju. Tengah jalan berhenti beli roti jer la... Breakfast dan rehat2 kejap kat Pusat Perhentian Benta, kedai makan kat ctu pun x bukak lagi nasib kitorang bawak bekal.

Wednesday, March 30, 2011

Jozan bleh menang Maharaja LAWAK?


Jumaat ( 1/4/2011) bermulanya Maharaja Lawak yang di sertai oleh kesemua pemenang Raja Lawak dan finalist2 program tersebut. Yang pasti Johan dan Zizan turut serta dengan menubuhkan satu kumpulan JOZAN. Wah! mesti best dan gempak program Maharaja Lawak ni nanti. Tak sabar aku nak tgk telatah dorang, yang pasti saingan sengit dorang mesti lah dari Nabil, kumpulan Sepah, kumpulan kecik, Alex dan yang lain2. Nabil kalau wat stand up komedi memang superb sebab dia banyak idea tapi kalau dia berlakon ngan orang2 lain aku x berapa suka sangat.

Rebutlah peluang untuk tambah ILMU

Program Latihan 1Malaysia - GIATMARA


PELAKSANAAN PADA APRIL 2011!

KONSEP LATIHAN
Program Latihan 1 Malaysia GIATMARA adalah merupakan  latihan / kursus kemahiran berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat (Lifelong Learning/ 3L) yang dilaksanakan di GIATMARA secara Modular.

Monday, March 28, 2011

Vrus M melanda...


Lamanya tak update blog ni... virus M melanda, malas sungguh! kat umah aku ni tiap2 minggu ada kenduri kawen. Best betui tapi Abang Botak aku kerja so nak gi sorang2 tu x best betui... x da kawan. Ajak Abah pun dia x berapa nak sehat, aku kalau pergi pun kat umah kena masak gak... akhirnya x pergi la jugak kenduri2 tu. Banyak betul peristiwa berlaku dalam 2 3 minggu ni tapi nak update blog malas betulll. Bawak abah gi HUKM untuk appoinment dan operation masukkan fistula dekat tangan dia, so busy sikit la lagipun Abang botak aku cuti   3 hari gak la last week tu yang jadi malas tu. Daripada aku mengadap PC dan netbook baik aku mengadap Abang botak aku tu... lagi beshhh! hehe.

Sunday, March 27, 2011

Malaysia mungkin kena GEMPA BUMI?

Malaysia dah x selamat lagi? dulu negara kita di luar lingkaran gunung berapi tapi sekarang titik gempa telah mengalami perubahan dan mungkinkah akan datang negara kita berada dalam lingkarang gunung berapi ni? Nauzubillah... harap2 tak terjadi la tapi memandangkan keadaan negara kita yang masyarakatnya buat maksiat, murtad dan segala dosa yang lain... kalau Allah murka tak mustahil kita pun di landa bencana macam negara yang lain. Moga2 di jauhkan dari segala mala petaka... amin




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.