Followers

flash

Tuesday, June 28, 2011

Bila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuknya


WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Zahrah Shanley


Comeinya anak Jimmy Shanley, Zahrah Shanley nama dia... Semoga dengan lahirnya anak ni hubungan mereka suami isteri akan erat semula. Petikan kata Jimmy yang amat menyentuh hati...
Sudah 31 tahun saya menunggu untuk memangku bayi sendiri dan alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan kurniaan Allah ini. Saya berharap Zahrah menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada kedua ibu bapanya. Saya sudah membuat keputusan untuk menjadi bapa sepenuh masa untuk anak saya dan bekerja dari rumah. Cuma pada hari Ahad saya akan keluar untuk mengendalikan program Gala TV Plus di Astro Awani

Wednesday, June 22, 2011

Ketupat Sotong

Aku tak pernah makan ketupat sotong... ni 1st time la makan masa balik Besut aritu, sedapnya dan teringin plak nak makan lagi. Oleh sebab family Abang Botak aku duk kat Besut... sempadan Kelantan, so ketupat sotong mak mertua aku buat ala Kelantan la, dia manis coz letak gula merah sebab tu la warna dia merah disamping kulit sotong yang memang purple kaler tu.


Ni resepi ketupat sotong yg aku amik kat internet... lebih kurang macam ni la buat dia

RESEPI KETUPAT SOTONG
1 kg sotong (sederhana besar)
200 gram beras pulut
2 cawan santan cair (untuk merendam beras)
3 cawan santan pekat (untuk kuah)
Sedikit halba
2 cm halia (dimayang)
3 ulas bawang merah (dimayang)
Gula merah, garam dan perasa.

Monday, June 20, 2011

Hebat KL gangster! Dah lebih 10juta



Sinopsis Filem KL Gangster
Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Saturday, June 18, 2011

Jumpa member lama

Bila jumpa member lama yang 11 tahun x jumpa, macam2 la kisah zaman study dulu kitorang cita balik. Citer2 yang x pernah pun aku sangka terjadi pun baru sekarang aku dapat tau... x sangka! seronok mengimbau kembali zaman silam... kira2nya zaman kegemilangan la... hehe zaman muda remaja. Kalau dapat diputarkan waktu, ingin rasanya aku ubah sejarah silam, cewah! Lepas balik dari jumpa kak suzie tu apa lagi terus selak2 gambar2 lama...
Ni masa masuk pertandingan buat pelamin, menang tu pelamin aku buat

Ni la group kitorang, macam mak, kakak, adik dan makcik pengantin plak!
Ni gabungan florr dengan top mawar, lepak kat foyer bawah dewan makan

Friday, June 17, 2011

Awas dengan sos HP dan Tabasco


Jakim sahkan HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce mengandungi DNA babi

KUALA LUMPUR 15 Jun - Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.
Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.

Slot Akasia - Nora Elena


''Hakikatnya, aku suami dan kau isteri.Perkahwinan ini adalah simpulan mati..Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua..sama ada awak nak jadi isteri saya sepenuh ke, setengah ke, suku ke, saya terima,saya redha" ~~Seth~~
Drama Nora Elena ni dah habis baru aku sibuk2 nak tengok sebab dorang cakap best. Aku ni jenis malas nak ikut satu2 drama tu kalau bersambung2 ni. Nanti kalau x tgk satu hari macam x best je, nak gi mana2 pun mesti nak balik rumah tengok... hehe. So baik x yah tengok, bila dah tau best baru kita cari tengok dari episod satu sampai habis. Kalau korang nak tgk bleh klik kat link bawah dan tonton la kita ni sampai lebam... enjoy!

Thursday, June 16, 2011

Surat terbuka untuk drama --> Nora Elena

Pecah perut aku baca email kat bawah ni... aku x tgk plak drama Nora Elena ni, dengar dorang citer drama ni best! sampai sepupu aku pun berkejar2 balik rumah semata2 nak tgk drama ni. Drama yg di adaptasi dari buku novel logik la bila hero dan heroin dia la paling cantik dan sempurna tapi realiti kehidupan kita x macam drama atau novel yang kita baca. Renung2kanlah... amik sebagai pengajaran jer.

Surat Terbuka Kepada TV3 - Bantahan Terhadap Penyiaran Siri Drama Nora Elena 


Nowa, 
Kakitangan Kajaan, 
Putrajaya 

TV3 
Sri Pentas, 
No 3, Persiaran Bandar Utama 
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya 

Tuan, 

Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena
 

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan. 

Rendang pedas Itik


Korang pernah makan daging itik? sedap gak dan rasanya lagi sedap daripada daging ayam. Daging itik ni x banyak lemak so daging dia lebih berkhasiat dari daging ayam la kiranya.. Nasib baik la makcik aku datang umah tolong potong2 itik tu dan tolong aku masak rendang. hehe... bab2 nak siang2 ayam dan ikan la paling aku x gemor... kalau beli memang suh org tu siang terus la. Malas sebenarnya... banyak bagi alasan pulak yek? hehe... sayang acik, anak sedara kesayangan dia nak buat macam mana kan! :p

Wednesday, June 15, 2011

Derita seorang Suami


Kecian bila baca luahan Jimmy tentang rumahtangga dia... apa masalah dorang yek? kalau dah pompuan tu nusyuz macam tu baik ko ceraikan je Jimmy. Tak guna simpan bini x guna macam tu. Harap Jimmy tabah menempuh ujian ini. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.