Followers

flash

Monday, July 11, 2011

Akademi Redglow

Pernah dengar tentang akademi Redglow? Aku amik kursus pendek di akademi ni. Belajar makeup professional selama sebulan. Minggu ni minggu akhir la aku belajar. Kursus di sini di taja oleh MARA dan sesiapa saja boleh belajar secara percuma. Ini adalah objektil MLVK
Sijil Jurukecantikan ini mendedahkan pelajar kepada teknik-teknik sebagai seorang jurukecantikan dengan latihan melaksanakan rawatan wajah, pedicure dan manicure serta teknik-teknik komunikasi sebagai jurukecantikan.
Aku dapat tau tentang akademi Redglow adalah dari blog Redmummy. Gambar di atas adalah pengasasnya iaitu Najwa dan Arlina

Kek paling ngeri


Sorry gambar di atas sensored sikit tapi just nak share ngan korang semua... sanggup ke korang makan kek bentuk macam tu? Ni kek harijadi seorang kenalan yg diberi oleh member dia sempena hari jadi dia. Aku tengok pun x lalu nak menjamahnya... ada ke kedai kek yg jual kek macam ni yek? setau aku kek ni datangnya dari singapura. Daripada terliur tengok kek yg macam ni baik terliur tgk yang ori punyer... hehe. 

Sunday, July 10, 2011

BERSIH

Aku x tau nak komen apa tentang bersih ni tapi nak gak selit cerita tentang benda ni dalam blog aku... so aku copy n paste je la cerita yg aku ambik dari email.

Bersih 2.0: Gas Pemedih Mata & Air Ditembak Untuk Suraikan Perarakan


Anggota FRU berkawal di depan Menara Kembar KLCC. - Foto THE STAR Oleh AZHAR MAHFOF
BERIKUT merupakan perkembangan terkini di Kuala Lumpur:
6.40 petang: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, semua yang ditahan dijangka dibebaskan pada pukul 9.30 malam. Difahamkan Ambiga dan beberapa pemimpin lain telah dibebaskan.
6.30 petang: Sejumlah 1,401 ditahan, termasuk 1,273 lelaki, 115 wanita, 12 remaja lelaki dan perempuan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, mereka akan dibebaskan selepas siasatan selesai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.