Followers

flash

Monday, September 26, 2011

Kaabah

Kaaba ialah kiblat manusia-manusia yang memanggil dirinya seorang Muslim. Kalau kamu Muslim yang baik kamu paling kurang mengadap kaaba sebanyak 5 kali sehari. Kalau infidelic sekali setahun pun tak pasti. HAH! Dibawah ialah beberapa gambar rare dari dalam Kaaba. Tahukah anda bahagian Kaaba ini dibersihkan dua kali setahun. Upacara pembersihan dilakukan 30 hari sebelum Ramadandan 30 hari sebelum bermulanya musim haji.

Upacara pembersihan dimulakan dengan gabenor Mekah membuka pintu bersepuh emas Kaaba yang seberat 300 KG! Pintu emas ini dibina oleh Ahmad bin Ibrahim Badr pada tahun 1979 bagi menggantikan pintu perak yang dibina oleh bapanya pada tahun 1942. Kunci pintu ini pula dijaga olehBanī Shayba' yang sudah dipertanggungjawabkan memegangnya sejak turun temurun. Bahagian dalaman Kaaba dibersihkan dengan air zam zam, wangian dari air bunga ros dan penyapu.

PETUA

Petua Imam Syafi'e....

*Empat perkara menguatkan badan...
1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas

Friday, September 23, 2011

Tujuh kalimat yg harus dbiasakan.

1.Bismillahirrahmanirrahiim :)
Setiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulillah :)
Setiap habis melakukan sesuatu.

3.Astaghfirullah :)
jika melakukan sesuatu yg buruk.

4.Insya Allah :)
jika ingin melakukan sesuatu pada masa yang akan datang.

5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah :)
bila tidak bisa melakukan sesuatu yang agak berat/melihat hal yang buruk.

6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun :)
jika melihat/menghadapi musibah.

7.Lailaha illallah :)
bacalah siang & malam sebanyak2nya.

Ada 2 (dua) pilihan untuk anda :)

1. Biarkan didalam sms anda tanpa bermanfaat untuk org lain.
2. Anda sebarkan pada semua kenalan anda.

Rasulullah bersabda :)

"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang
menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala... :)

Thursday, September 22, 2011

Tanda-tanda dan Penyakit

oleh ImamKhalid

MATA – Bertindak balas dengan keadaan hati.

Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.

Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
 

Wednesday, September 21, 2011

Gambar Open House JMD- Saloma Bistro, Ampang


Abib, tokey JMD

Ibu Halimah, pengasas JMD

Pada mulanya aku ingat malas nak pergi open house Jamu Mak Dara dekat Saloma Bistro ni tapi memandangkan Abib sendiri dah ajak, x sedap plak kalau x pergi. Lagipun lama aku x jumpa Abib ni semenjak JMD dah meletup2 ni... alhamdulillah rezeki dia kan. Tahun lepas dia buat open house dekat opis dorang kat Taman Melawati jer, alhamdulillah tahun ni mungkin sebab rezeki murah JMD wat kat Saloma Bistro, Jalan Ampang plak. Ramai artis2 yg datang. Aku gi ngan Acik sebab Abang Botak baru balik keja x kan nak pergi kot, cian dia penat... dia dah bagi green light pun dah cukup baik... hehe

Sunday, September 18, 2011

Old Town White Coffee

 Lepas balik dari rumah Mimi, kitorang jumpa plak pengantin baru, Dewi... tergedik2 gak nak jumpa ktorang padahal dia baru balik dari Kuantan. So kitorang amik dia pastu gi singgah Jakel sebab Nini nak cari kain... x beli pun sebab dia kata Jakel Jalan TAR lagi murah... kat Shah Alam ni tempat org kaya so x sama harga kot! hehe.

Open House Mimi


Arini gi open house umah Mimi, kazen aku Nini amik aku dalam pukul 10pagi. Kitorang beli kek dulu kat Bakery Cottage area umah aku ni then gi amik Ieyla kat LRT Bangsar terus gi Shah Alam. Sorang lagi member kitorang Shah Frust tunggu kat sana. Besar giler umah 'makcik karipap' ni... segan kitorang nak masuk, bapak dia bekas Ketua Polis Serawak rupanya. Tapi dorang very humble n baik sangat. Kitorang di sajikan dengan nasi ayam yang Mimi masak sendiri, rajin minah ni... kueh2 raya dia sedap giler!

Friday, September 16, 2011

Haid, Nifas dan Istihadah


بسم الله الرحمن الرحيم

السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡


HAID -

1. Darah yang keluar daripada perempuan selain daripada beranak (wiladah) atau
nifas atau penyakit.

2. Sekurang-kurang umurnya 9 tahun hijrah (8 tahun 9 bulan Masihi) sehingga
putus haid (monopaus). Tiada dikira haid darah yang keluar dari perempuan yang
belum cukup umurnya 9 tahun hijrah.

3. Darah yang dikira haid adalah sekurang-kurangnya 1 hari 1 malam (24jam) dan
tidak melebihi 15 hari 15 malam (360 am), kebiasaannya antara 6 dan 7 hari. Jika
kurang dari 1 hari atau melebihi 15 hari ianya bukan lagi dikira haid, ianya darah
istihadhah. Bagi perempuan yang melebihi 15 hari maka dia wajib sembahyang atau
puasa walaupun masih keluar darah, tetapi mesti mengentahui segala syarat bagi
orang yang istihadhah untuk beribadat. (akan diterangkan selepas ini)

4. Masa antara suci dan haid (antara dua haid) adalah sekurang-kurangnya 15 hari
15 malam dan tiada dihadkan untuk yang melebihi 15 hari. Darah yang keluar
sebelum tibanya hari yang ke15 setelah sucinya, tidak dikira haid, ianya darah
istihadhah juga. Contohnya: Si A datang haid pada 1hb dan suci daripada pada
7hb, tiba-tiba pada 20hb dia keluar darah lagi. Ini tidak dikira haid kerana masa
sucinya belum mencukupi 15 hari dan wajib bagi perempuan ini sembanhyang atau
puasa,

5. Haid juga keluar dari perempuan yang mengandung tetapi amat jarang berlaku.
Hukum bagi orang ini sama dengan orang haid.

Monday, September 12, 2011

Rahsia Tapak tangan




Sememangnya terlalu banyak rahsia yang tersemadi pada tangan Kita… Walaubagaimana pun ini cuma ramalan saja Dan jangan telalu fanatik sangat untuk mempercayainya

Cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang Dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas… Setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu. Tapi jangan la panik, bukan semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang.. And of course la bentuknya juga berbeza-beza.. Ada yang kurang jelas, putus-putus Dan sebagainya. So selamat ‘menilik’.. Jangan tersalah tilik, sudah la! 

Khasiat Halia


Tumbuhan ini berasal dari Asia Selatan (India).Halia (Zingiber officinale) merupakan tumbuhan herba yang tumbuh sepanjang tahun. Hidup liar di ladang-ladang tanah lembab serta memperolehi banyak sinar matahari.

Kandungan kimiaHalia mengandungi banyak atsiri, damar, mineral sineol, fellandren, kamfer, borneol, zingiberin, zingiberol, gigerol(misalnya di bahagian bahagian merah), zingeron, lipidas, asam aminos, niacin, vitamin A, B1, C dan protein. Minyak halia berwarna kuning dan kental. Minyak ini kebanyakkannya mengandungi terpen, fellandren dan dextrokamfen.


Friday, September 9, 2011

BBQ dengan family mertua

Harini adalah sambutan harijadi aku yg paling best sekali... dari pagi tadi tak habis2 kitorang asyik makan jer, malam sesi BBQ pulak. Ni masa kitorang bakar ayam, bakar ikan, bakar sotong dan bakar sosej. Sambil berBBQ, ngah iaitu adik ipar aku pasang mercun... meriah sungguh kitorang malam tu. Aku tolong Ma.. buat ketupat palas, x pandai nak anyam tapi lepas belajar dengan mak mertuaku rasanya tahun depan dah bleh wat ketupat palas sendiri... best2... sayang Ma...

Friday, September 2, 2011

Kanser Servik

Semoga info di bawah membawa manafaat buat semua...





• Disebut juga sebagai Barah Rahim. Ia adalah diantara barah yang kerap terjadi terhadap wanita, dimana ia menyerang organ reproduksi. Ia terjadi apabila sel yang normal pada serviks (pangkal rahim) bertukar menjadi sel barah.

• Kanser servik merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara.

• Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini.

• 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik.
• 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.

Duit Syiling Baru

Bank Negara telah memperkenalkan duit syiling generasi baru bagi menggantikan duit syiling Malaysia yang sudah berusia 20 tahun..Menurut gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, duit syiling ini akan diedarkan kepada umum pada awal tahun hadapan iaitu 2012..Hal ini bagi memberi peluang kepada tauke-tauke vending machine dan seangkatan dengannya untuk menyesuaikan perubahan syiling ini dengan produk-produk keluaran mereka..Namun, duit syiling ini akan dijual sebagai syiling peringatan pada hari Selasa, 26 Julai 2011..

Jutawan Melayu


Jutawan Melayu yang berada dalam carta. Nama2 mereka dan jumlah kekayaan mereka adalah seperti berikut :

7. Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary RM 8.84 billion, 59 tahun, Yayasan AlBukhary


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.