Kena simpan cara2 anyam ketupat palas ni takut lupa. Ye la buat pun setahun sekali tu pun tolong Mak mertua yg buat. Kalau buat sendiri nampaknya x da la... Aku ketupat biasa tu memang fail langsung x reti. Pernah belajar tapi x tau la bebal sgt nak pandai hehe. Nasib ketupat palas boleh buat tapi mula2 kekok gak la sbb lupa... Kita la pewaris kalau org yg dah tua2 dah x da. Kang anak2 nak makan payah gak kalau Mak x reti buat. Pasni nak belajar gak anyam ketupat biasa tu atau ketupat bawang.
Followers
flash
Thursday, July 21, 2016
Monday, July 18, 2016
Raya ke5 : Tak jadi balik KL
Sabtu malam tu kami dah siap2 nak balik KL... Sampai dekat area Machang punya la jem sampai keta langsung x bergerak. Sejam x bergerak... Abang Botak amik keputusan patah balik. Tak larat nak tempuh jem belas2 jam. Insya Allah esok malam baru balik KL. Tgk FB memang ramailah kawan2 yang dari Pantai Timur nak ke KL semua sangkut dalam jem. Kiranya jem paling teruk tahun ni la sbb ada yang sampai 20 jam baru sampai rumah. Yati dari Kelantan 17 jam. Alhamdulillah keputusan Abang Botak patah balik Besut tu sgt tepat.
Oleh kerana kami x balik KL lagi, Ahad tu gi la beraya kat kedai Emas sekali lagi. X puas hati x da cincin dan subang. Konon2 nak cari 2 brg tu je tapi dah masuk kedai Emas rambang mata sungguh. Mak mertua aku siap cuci Emas lagi sebab free kan. Lepas cuci berkilau nampak lebih baru dari yg dia baru beli tu huhu.
Aku dpt la apa yg aku nak... Puas hati termasuk gelang sekali hehe. Cukup2 je 3 barang aku beli dengan bajet yg aku ada. Rantai tangan, cincin dan subang. Lengkaplah brg perhiasan aku... Ada rezeki kita berkunjung lagi raya haji nanti. Mak mertua aku wajib bawak sebab dia pandai tawar menawar.
Raya ke4: Emas oh Emas
Sebelum balik KL aritu aku sempat beraya kat kedai Emas... Konon2 nak survey la kalau murah. Memang la sgt murah berbanding harga di KL. Harga masa aku gi tu rm171 segram. Dekat KL rm197... Banyak beza tu. Kat Terengganu ni GST pun dia x ambik just upah je. Tapi sebelum raya Mak mertua aku pergi lagi murah rm165... Nak gi sebelum raya x larat la ramai sgt org. Masa aku gi pun barang dah x banyak x da pilihan sgt. Gila wehhh orang pantai Timur beli Emas macam beli ikan kat pasar. Mak mertua aku pun sebelum raya rm7k gelang dia...
Tgh ada duit ni memang niat nak beli rantai almaklumlah rantai pusaka arwah Mak aku dah kena rembat ngan mangkuk jamban tu... U know who U are!!! Trade in cincin dan subang lama aku dapat lah rantai dan loket idaman. Jadilah hadiah hari raya huhu.
Wednesday, July 13, 2016
Pre- Birthday Celebration
Raya ke 3 kami buatlah sambut birthday utk budak Debab ni yg ke 2 tahun. Saja sambut awal utk makan2 ngan family kat kampung. Buat nasi dagang dengan gulai seafood iaitu ikan ayer + udang + ketam yang Kak Na dan Madi ( Adik Abang Botak ) bawak dari Rompin. Puas makan udang besar2 dan Ketam harimau...
Beli la kek dekat secret recipe... Nak beli indulgence cake tapi x da pulak yg whole. Beli kek yang jenis baru ni... White chocolate ga teu. Apa ntah nama dia. Habis licin kek. Sedap la kek baru ni... Nanti beli kek lain pulak utk celebrate birthday pada 25 Julai nanti.
Happy Birthday in advance Sayang... Kejap je anak Ummi dah nak 2 tahun. Semoga Muhammad Zhafri Aeesh membesar dengan sihat dan menjadi anak yg soleh kepada Ummi dan Abi. We love U.
Bekwoh di raya ke 2
Raya ke2 pulak gi makan gulai saudara sebelah Ma dekat Pasir Puteh, Kelantan. Jem jugakla jalan semasa nak pergi tu tapi tak la jem teruk sgt. Tak da bersanding2 pun... Just buat nikah dan kenduri. Sedap molek gulai dia... Gulai daging + umbut kelapa. Daging kalau Lembut lagiilahh sedap... List sikit tapi oklah untuk yg ada gigi macam aku ni. Lemak2 daging tu yg buat sedap tu... Bertambah aku makan. Hehe tambah lauk gulai dia je bukan tambah nasi~ jgn buat tuduhan melulu... Huhu.
Budak debab ni kalau ada Tok Ayah dia memang ngada2 la semua nak duk ngan Tok Ayah... Ayah rajin melayan dia. Masuk ke dalam kereta dia tido... Kat umah pengantin pun x bangun2 dari tido... Dah sampai rumah, pijak je tangga rumah barulah dia bangun... Sabar je la wahai anak. Kita nak bagi dia makan kenduri huh dia bleh tido Lena x bangun2.
Hari Raya Aidil Fitri 2016
Tahun ni seperti tahun2 sebelum ni... aku akan beraya di rumah mertua di Besut, Terengganu. Tahun ni x la semeriah mana bila raya kali Ini tanpa arwah Abah. Tapi hidup mesti diteruskan. Insya Allah lepas raya baru aku akan menziarahi pusara arwah Mak n arwah Abah.
Lepas sembahyang raya... Kami bermaaf-maafan di antara satu sama lain. Sedihla masa tu... Lepas tu kami ke Jertih, rumah Maksu ( Adik Ayah ) tgk Mok ( Mak Ayah ) yg tinggal bersama keluarga Maksu. Sedap makan nasi dage ngan laksa. Pastu kitorang singgah umah Cik Yah. Makan pulak lontong, kuah lodeh udang dan sambal ikan bilis. Akhir sekali baru gi umah Pok ( Adik bongsu Ma ). X larat nak makan Apa dah... Minum air dan makan tapai.
Balik letihnya sebab panas sangat. Minggu ni langsung x hujan dan cuaca sgt panas di Pantai Timur. Tapi memandangkan gambar family x tangkap lagi... Terpaksalah tangkap gambar dulu supaya ada kenangan di kemudian hari. Muka pun mcm hampeh dah dengan panasnya... Cair make up... Lantakla asal ada gambar. Lepas settle semua dptla merehat2 kan diri sambil layan budak debab yg kepanasan gak... Huhu.
Petua mencuci emas
Sebelum Hari raya yg bakal menjelang tiba mesti ramai yg nak barang kemas mereka berkilau macam baru. So selain pergi cuci Emas lama kita di kedai Emas... Kita boleh cuci sendiri di rumah. Rasanya cuci sendiri lebih selamat kerana ada kedai Emas yg menipu dengan menggunakan bahan kimia utk melarutkan sedikit Emas kita.
Menggunakan rendaman air teh semalaman dpt mengembalikan kilauan Emas kepada asal. Selepas rendam semalaman, gosok barang kemas dengan berus gigi di celah2 supaya kekotoran yg melekat dapat di keluarkan. Lap dengan menggunakan kain bersih. Hasilnya alhamdulillah berkilauan macam baru... Cubalah...
Setiap wanita itu cantik……
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”