Followers

flash

Saturday, December 4, 2010

Meraikan pengantin 2010



Arini bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta... JAWI menganjurkan majlis utk meraikan pengantin bagi tahun 2010. Majlis telah di rasmikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom. Seramai 285 pasangan yang bertuah telah di pilih untuk majlis tersebut. Alhamdulillah kami antara pasangan yang terpilih. Okey lah tu... sepasang persalinan dan sumbangan wang telah diterima oleh setiap pasangan pengantin.


Semalam aku sempat pakai inai lagi... acik pun sempat buat manik kat baju... makaseh Acik... susah2 jer belikan inai dan tolong jahit manik kat baju. Thanks jugak buat Nini yang tolong make up kan aku... sekarang dah makin maju...




ATURCARA MAJLIS MERAIKAN PASANGAN PENGANTIN 1 MALAYSIA SECARA BERAMAI-RAMAI 2010 WILAYAH PERSEKUTUAN

Tarikh / Tempat : 4 Disember 2010 (Sabtu),

Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur

Aturcara Program

8.30 pagi – Ketibaan pasangan pengantin dan sesi pendaftaran

10.15 pagi – Ketibaan tetamu jemputan

10.30 pagi - Ketibaan tetamu kenamaan

10.50 pagi - Ketibaan YBhg. Dato’ Che Mat bin Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah

Persekutuan (JAWI) dan YBhg. To’ Puan Hajah Rakiah Mariana Binti Latiff.

- Ketibaan YBhg. Dato’ Haji Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan YBhg. Datin Hajah Saadiah binti Haji Ahmad Rashdi

- Ketibaan YB Senator Dato’ Mashitah binti Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan YBhg. Datuk Abdul Shakor bin Abu Bakar

11.00 pagi - YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (Bersara) Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan YBhg Datin Seri Hajah Fatmawati binti Haji Saidin.

11.10 pagi - Bacaan ayat suci Al-Quran

11.20 pagi - Ucapan Alu-aluan oleh YBhg. Dato’ Haji Che Mat bin Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

11.30 pagi - Ucapan meraikan pasangan pengantin oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil

Khir bin Haji Baharom (Bersara) Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

12.00 tgh hari - Bacaan doa

- Gimik

- Penyerahan Mock Cheque

- Penyampaian Cenderahati

- Makan tengah hari

- Sidang media

1.30 petang - Solat Zohor dan bersurai

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.