Dengan itu kami ingin menawarkan kepada anda platform pelaburan EMAS fizikal yang terbaik dan menguntungkan. Harga yang ditawarkan adalah lebih rendah daripada harga market dan kami boleh membantu anda untuk menggandakan stok emas anda sebanyak 3 kali Ganda daripada pembelian cara biasa. Manfaatkan 'the power of arrahnu". Stok barang kemas kami terdiri daripada Dinar, Jongkong & juga rantai EMAS 999. Bertindaklah segera sebelum nilai wang kertas anda menyusut.
KEUNTUNGAN kepada semua ;
1) Pihak kami ; untung dapat menjual EMAS dalam kuantiti yang banyak.
2) Pihak anda ; untung dapat membeli EMAS dalam kuantiti yang banyak,
dengan modal minima.
3) Pihak arrahnu ; dapat untung melalui upah simpan(lebih kurang 0.65% dari
market value)Jadi, kita dapat lihat disini bagaimana ekonomi umat Islam akan
berkembang maju.
Simulasi pengiraan pembelian pada harga emas rm160 segram;
100g EMAS ; Modal pelabur rm6k , arrahnu rm10k
200g EMAS ; Modal pelabur rm12k , arrahnu rm20k
300g EMAS ; Modal pelabur rm18k , arrahnu rm30k
|
Salah satu artikel yang aku baca di website jutawan emas... menarik ni utk di kongsi bersama
Simpanan Gold Saving Passbook di Maybank dan Public Bank
Selain membeli emas fizikal, kini anda boleh membeli emas menggunakan akaun simpanan emas.
Di Malaysia terdapat 2 bank yang menyediakan perkhidmatan ini iaitu:
1. Public bank – Gold Investment Account (GIA)
2. Maybank – Gold Saving Passbook Account (GSPA)
Saya telah pergi ke Public Bank dan Maybank untuk mendapatkan maklumat mengenai skim simpanan emas dan ingin berkongsi maklumat ini dengan anda.
Mari kita lihat satu persatu:
1. Public Bank Gold Investment Account.
Public Bank menyediakan perkhidmatan akaun pelaburan emas (Gold Investment Account).
Akaun pelaburan emas Public Bank ini tidak memberikan interest, sebaliknya keuntungan adalah daripada kenaikan harga emas.
Untuk membuka akaun ini, anda cuma pergi ke cawangan Public Bank yang berhampiran. Jumpa pegawai customer service dan beritahu bahawa anda ingin membuka akaun gold investment.
Amaun minimum untuk membuka akaun ini ialah 20 gram (ikut harga emas semasa). Untuk pembelian emas seterusnya minimum ialah 5 gram
Sebagai contoh, jika harga semasa emas ialah RM100/gram, maka anda kena sediakan RM2000 sebagai permulaan. Harga emas akan berubah hari-hari mengikut harga emas semasa. Untuk melihat rate harian anda boleh tengok link ini:
http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html
Jika anda hendak mengeluarkan wang (istilah: menjual kepada bank ) maka bank akan mengira jumlah gram emas dalam akaun anda darab harga jualan bank.
Contohnya.
Katakan rate pada 1 Julai 2008 ialah:
harga jualan emas = RM98 per gram ( harga bank jual pada anda)
harga belian emas = RM95 per gram (harga bank beli daripada anda)
Jika anda hendak membeli 5 gram emas, maka anda kena bayar RM98 x 5gram = RM490
Jika anda menjual 5 gram emas kepada bank,
maka bank akan membayar anda RM95 x 5 gram = RM475
Mengeluarkan emas fizikal.
Berdasarkan website Public bank, pelanggan akaun pelaburan emas ini boleh mengeluarkan emas tetapi mesti dengan nilai 100g, 500g dan 1000g Namun pelanggan terpaksa membayar kos insurans, penghantaran dan servis tax (jika ada).
(update: Public Bank tidak lagi menawarkan kemudahan mengeluarkan emas fizikal. Sila rujuk laman web public bank untuk maklumat lanjut)
Untuk memastikan akaun ini aktif, pelanggan perlu mengekalkan sekurang-kurangnya 2 gram didalam akaun. Servis cas RM10 akan dikenakan pada awal tahun sekiranya jumlah emas didalam buku simpanan kurang dari 10 gram pada hujung tahun.
Semasa saya ke Public bank untuk melihat harga emas (dalam lingkungan 13-23 Jun 2008)
Saya dapati harga jualan dan belian emas Public Bank adalah seperti berikut:
harga jualan = RM95.96 / gram
harga belian = RM 92.96 / gram
Ini adalah perbezaan RM3 antara harga belian dan harga jualan.
Perbezaan ini kecil dan menguntungkan pelabur.
2. Maybank Gold Savings Passbook Account.
Sebagaimana Public Bank Gold saving account, Maybank juga menyediakan akaun pelaburan emas.
Emas yang dijual adalah emas 24K (999.9).
Untuk membuka akaun ini anda cuma perlu ke Maybank cawangan berhampiran.
Amaun minima untuk membuka akaun simpanan emas Maybank adalah 5 gram.
Bagaimana melihat harga emas harian Maybank?
Harga harian emas Maybank boleh dilihat di sini:
http://www.maybank2u.com.my/rates/gold_rates.shtml
Amaun minima anda perlu simpan dalam satu-satu masa ialah 1 gram.
Untuk pembelian seterusnya, minima 5 gram diperlukan.
Pengeluaran emas fizikal.
Pemegang akaun simpanan emas Maybank boleh mengeluarkan emas fizikal jika mahu. Maybank menyediakan emas fizikal dalam berat 10gram, 20gram atau 50gram.
Pelanggan perlu membayar kos insurans dan penghantaran jika mahu mengeluarkan emas fizikal.
1. Saya dapati perbezaan harga belian dan jualan Maybank adalah lebih tinggi berbanding Public bank.
Contohnya:
Pada 9 Jun 2008 semasa saya ke Maybank untuk melihat harga emas, saya dapati harga belian dan jualan emas Maybank adalah seperti berikut:
harga jualan = RM99.81 / gram
harga belian = RM92.36 / grambersamaan 7.464% ! agak tinggi bagi saya.
Justeru itu, saya mencadangkan agar anda membuka akaun simpanan emas dengan Public bank berbanding Maybank.
Kebaikan akaun simpanan emas:
1. Kos modal yang rendah, dimana anda boleh melabur dengan kuantiti yang sedikit ( 5 gram untuk Maybank dan 20 gram untuk Public bank.
2. Mudah. Anda tak perlu risau tentang penyimpanan emas kerana transaksi jual beli direkodkan dalam buku. Kalau buku hilang pun tak kisah, boleh gi bank utk ganti.
3. Boleh withdraw emas fizikal kalau nak, tapi kena bayar kos insurans dan pengangkutan.
Kelemahan:
1. Memandangkan anda tak dapat emas fizikal, maka tak boleh gadai kalau nak pakai duit. Anda terpaksa menjual emas tersebut untuk dapat cash. Kalau anda pajak emas fizikal, sebarang kenaikan harga emas akan menguntungkan kerana emas tersebut masih milik anda.
2. Anda tak boleh lihat dan pegang emas fizikal. Memang berbeza rasanya emas fizikal dan buku simpanan emas nie.
3. Transaksi belian dan jualan boleh dilakukan waktu banking hours sahaja dan mesti melalui kaunter.
4. Kena beli pakai cash. Kalau beli kat kedai emas, boleh pakai credit card.
Kesimpulan.
Bagi anda yang ingin menyimpan emas secara sedikit-sedikit, anda boleh melabur menggunakan akaun simpanan emas. Ianya mudah. Walaupun saya lebih menggemari emas fizikal, namun membeli wang dengan kaedah ini pun ok juga.
Semoga maklumat ini membantu anda untuk menyimpan emas.
Daripada apa yg telah aku baca... better buat pelaburan emas fizikal dari saving emas. Best lagi dpt pegang emas betul dari pegang kertas je kan? dan extra best boleh manipulated emas fizikal tu dgn pajakan Ar- Rahnu ni... Iskh untung betul org yg byk duit... money make money:
1. Belilah emas fizikal. Ia jauh lebih baik dari akaun simpanan pelaburan emas kerana
boleh dimanipulasikan dengan Ar-Rahnu untuk keuntungan lebih.
2. Walaupun kita boleh gadaikan emas selama 6 bulan, tak semestinya kita letak emas
kita selama 6 bulan. Sehari pun takper. Kita cuma pinjam untuk jana untung ajer..
dah untung tebus lah balik. Boleh save sikit upah simpan.
3. Memandangkan harga emas sentiasa naik dalam jangkamasa panjang, maka kita
akan untung bila menggadaikan emas fizikal. Ini kerana nilai 65% yang diberikan
oleh Ar-Rahn akan meningkat. So kita boleh pinjam lebih banyak wang.
Lebih banyak wang maka lebih peluang.
4. Jenis peluang yang akan anda jumpa adalah berdasarkan ilmu, networking dan
business opportunity anda. Semakin banyak ilmu dan networking anda,
makin cerah peluang anda menjana keuntungan.
No comments:
Post a Comment