Followers

flash

Tuesday, January 4, 2011

Mahalnya harga barang sekarang...


Mahal sungguh harga barang2 sekarang. Semalam gi pasar malam kat depan umah ni jer beli bukan banyak sangat pun tapi habis rm50... macam x caya jer! beli sayur2 ckit pun dah dekat rm20, mahal betui! bawang merah besar 5 ketul, bawang putih 2 ketul dan ikan bilis pun dah rm10. adoyai! kalau macam ni kena diet la... makan ala kadar jer la nampaknyer. Bagus gak bleh la menguruskan badan yang x kurus2 ni. Barang mahal tapi hati tetap nak makan jer... mcm mana tu?

Alternatif lain yang kita bleh wat untuk menjimatkan duit maybe kita bleh tanam sendiri sayur2an dibelakang umah (kalau yang ada laman atau tanah kat area umah bleh la kot, tapi kalau duk umah flat mcm aku ni? nak tanam ceruk mana ye?)... apa kata kita cuba kaedah hidroponik? harga satu set x mahal sangat tapi macam payah gak nak wat... hehe:-

Harga RM45.00 set

Kelengkapan termasuk:
Baja utk 10 kali musim
Set Takungan
Set Tanaman
Benih (3 jenis)
Manual Tanaman penjagaan


APAKAH HIDROPONIK?

Hidroponik ialah satu kaedah penanaman sayur-sayuran yang tidak menggunakan tanah.

KELEBIHAN HIDROPONIK

Hidroponik ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan sistem penanaman biasa yang menggunakan tanah seperti berikut:

  • Sistem ini boleh dipraktikkan pada kawasan yang tidak sesuai untuk penanaman secara biasa seperti tanah bertoksik, padang pasir dan lain-lain;
  • Sayur-sayuran akan cepat tumbuh dan mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi;
  • Bersih dan bebas daripada sebarang racun makhluk perosak;
  • Tidak perlu merumpai, menyiram dan mencangkul;
  • Penggunaan air dan baja yang terkawal dan efisien;
  • Pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi.

KAEDAH HIDROPONIK

Sistem Pengaliran Nutrien

Kaedah hidroponik memerlukan perbelanjaan agak rendah jika dibandingkan dengan kaedah biasa bagi mendapatkan alat-alat seperti berikut:

i) Pam air untuk aknarium.

ii) Tempat tanaman (diperbnat daripada paip PVC, dulang plastik dan bahan-bahan lain seperti kayu, papan lapis, tin besi, yang perlu dialas dengan kepingan plastik yang tebal). iii) Tangki untuk larutan nutrien. iv) Tenaga elektrik. v) Pasu plastik kecil (jika perlu).

Rajah 1 : Sistem Pengaliran Nutrien

Sistem Takung

Bagi sistem takung punca peralatan berikut adalah diperlukan:i) Takung tanaman.

ii) Penutup (diperbuat daripada polisterin, plastik). iii) Pasu plastik kecil (jika perlu).

Rajah 2 : Sistem Takung

KAEDAH PENANAMAN

Kedua-dua sistem penanaman di atas boleh menggunakan kaedah penanaman seperti berikut:-

Cara Mengubah:

  • Semai biji benih menggunakan pasir kasar atau sabut kelapa halus
  • Keluarkan anak benih (bersihkan akar anak benih)
  • Pindahkan anak benih ke tempat tanaman (Letakkan 1-2 pokok benih untuk satu lubang tanaman. Takung tanaman hannya mengandungi air sahaja.)
  • Selepas dua hari baja separuh kepekatan dilarutkan untuk menyokong pokok
  • Selepas tujuh hari, masukkan baki baja supaya larutan nutrien mencapai kepekatan penuh

Cara Semaian terus

  • Sumbatkan benang basah dan tarik untuk buat sumbu
  • Masukkan dalam lubang tempat tanaman yang mengandungi air
  • Semaikan 2-3 biji benih atas benang basah
  • Selepas 7-10 hari, masukkan baja (kepekatan penuh) dalam air

*Larutan nutrien perlu ditambah (tertakluk kepada keperluan) sehingga hasil dituai untuk kedua-dua kaedah penanaman.

Larutan Nutrien

Kadar baja yang diperlukan untuk sayur jenis daun jika larutan nutrien disediakan sendiri adalah seperti berikut :-

BAJA

BERAT (g)

UNSUR KEPEKATAN (bsj)

Ammonium nitrat

75

N 300

Kalium fosfat

40

P 80

Kalium nitrat

32

K 230

Kalsium klorida

55

Ca 200

Magnesium sulfat

18

Mg 36

Besi/Ferum (Fe-EDTA)

3.29

Fe 5

Boron

0.56

B 1.0

Manganous chloride

0.18

Mn 0.5

Kuprum sulfat

0.04

Cu 0.1

Zingkam sulfat

0.05

Zn 0.1

Ammonium molybate

trace

Mo trace

Baja komersil (Gred)

Pertanian atau industri
  • Gred teknikal


BERITA KEMENTERIAN PERTANIAN DAN PERIKANAN, JANUARI-JUN 1998, M/S 21-22




yangD33D4

2 comments:

Bangchik and Kakdah said...

mungkin mahal kos awalnya... akhirnya berbaloi...

Deeda said...

betul tu bangchik... bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.