Nampak gayanya memang sah yang Yusry KRU dan Lisa Surihani sedang hangat bercinta. Aku suka kalau Yusry dengan Lisa ni yang berganda2 lagi better perangai dari Erra dulu tu. Sebab Erra tu terlalu banyak coverline... rupa je cantik tapi korang pikir sendiri la. Hopefully hubungan dorang berdua kekal hingga ke hujung nyawa. Cuba korang baca ayat yang diberi oleh Yusry semasa diinterview oleh GUA.
Memang kita berkawan rapat, sebenarnya lebih dari kawan rapat. Saya tak berselindung dan cakap hal yang betul. Kita dalam perhubungan yang matang. Tak ada istilah cinta monyet dan cintan-cintun.
Ya, saya pernah berjumpa keluarga dia dan dia juga dah jumpa keluarga saya. Kami bukan nak main-main kerana hubungan kami memang serius. Jadi bagi saya cara yang paling baik ialah berjumpa dengan keluarga masing-masing. Tidak dinafikan, keluarga sangat selesa dengan kami. Namun terlalu awal untuk cakap yang kami menuju ke arah perkahwinan. Jika jadi, Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment