Followers

flash

Wednesday, May 25, 2011

Malam sebelum berangkat

Hari sebelum bertolak ke Cameron tu, kitorang pergi pasar beli lauk2 untuk di masak. Mak mertua aku masakkan aku ketupat sotong ( aku ingatkan ketupat yang letak sotong dalam dia... hehe x pernah makan kan! ). Sedap... rupanya pulut sumbat dalam sotong tu... Nanti boleh la try masak bila balik rumah nanti. 


Malam tu apa lagi sibuk la kitorang memasak untuk bawak bekal ke Cameron, bayangkan la ada 3 family yang berjumlah 23 orang pumye perut untuk di isi. Faham2 je la cuti sekolah, makan kat sana pun mahal so masak sendiri lagi jimat. Adik ipar aku Kak Na (gambar atas), Dik Na (gambar bawah).



Ni plak mak mertuaku, tengah potong2 dan kupas bawang. Aku tolong gunting cili jer untuk blend buat sambal. Malam ni kitorang masak daging masak kicap, ayam masak merah dan sambal telur. Pagi2 esok dalam pukul 7 am kitorang dah atas jalan. Tapi biasalah kan dengan budak2 yang ramai tu dan janji melayu dala pukul 8 am jugak baru gerak naik Cameron.


Kue, anak buahku yang sibuk bukan nak menolong tapi nak mengacau... hehe susah betul nak suh dia pandang kamera. Namapk je macam malu tapi... dia la orangnyer...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.