Followers

flash

Friday, September 16, 2011

Haid, Nifas dan Istihadah


بسم الله الرحمن الرحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


HAID -

1. Darah yang keluar daripada perempuan selain daripada beranak (wiladah) atau
nifas atau penyakit.

2. Sekurang-kurang umurnya 9 tahun hijrah (8 tahun 9 bulan Masihi) sehingga
putus haid (monopaus). Tiada dikira haid darah yang keluar dari perempuan yang
belum cukup umurnya 9 tahun hijrah.

3. Darah yang dikira haid adalah sekurang-kurangnya 1 hari 1 malam (24jam) dan
tidak melebihi 15 hari 15 malam (360 am), kebiasaannya antara 6 dan 7 hari. Jika
kurang dari 1 hari atau melebihi 15 hari ianya bukan lagi dikira haid, ianya darah
istihadhah. Bagi perempuan yang melebihi 15 hari maka dia wajib sembahyang atau
puasa walaupun masih keluar darah, tetapi mesti mengentahui segala syarat bagi
orang yang istihadhah untuk beribadat. (akan diterangkan selepas ini)

4. Masa antara suci dan haid (antara dua haid) adalah sekurang-kurangnya 15 hari
15 malam dan tiada dihadkan untuk yang melebihi 15 hari. Darah yang keluar
sebelum tibanya hari yang ke15 setelah sucinya, tidak dikira haid, ianya darah
istihadhah juga. Contohnya: Si A datang haid pada 1hb dan suci daripada pada
7hb, tiba-tiba pada 20hb dia keluar darah lagi. Ini tidak dikira haid kerana masa
sucinya belum mencukupi 15 hari dan wajib bagi perempuan ini sembanhyang atau
puasa,

5. Haid juga keluar dari perempuan yang mengandung tetapi amat jarang berlaku.
Hukum bagi orang ini sama dengan orang haid.


NIFAS -

1. Darah yang keluar dari perempuan yang melahirkan anak dan tidak semestinya semua kelahiran ada darah nifas tetapi kebiasaan bagi orang yang beranak atau bersalin itu keluar darah nifas.

2. Darah yang keluar sebelum atau semasa (beserta) kelahiran itu bukannya darah nifas,, ianya darah 'fasid' (rosak) Darah nifas adalah darah yang yang keluar setelah melahirkan anak atau mengiringi kelahiran tersebut.

3. Waktu keluarnya darah nifas adalah antara waktu selepas bersalin hingga 15 hari daripada bersalin. Jika keluar darah selepas 15 hari daripada waktu bersalin, ianya bujan lagi nifas, ianya haid dan perlu diingat haid hanya dikira dalam jangka waktu 15 hari 15 malam sahaja. 


Contoh: Si A bersalin pada 1hb dan tiada darah yang mengirinya dalam masa 15 hari kecuali darah fasid semasa bersalin, maka pada 17hb Si A keluar darah, ini adalah dikira haid dan bukan lagi nifas, oleh itu Si A akan kembali suci setelah kering darahnya sebelum terlepas jangkamasa 15 hari tersebut. Ini bermakna Si A akan berkeadaan suci pada 2hb yang berikutnya. (dikira 30 hari sebulan)

4. Jangkamasa keluarnya darah nifas ini adalah sekurang-kurangnya satu 'lahzhoh' (1saat) dan sebanyak-banyaknya 60 hari, tetapi yang kebiasaannya adalah 40 hari.

*Larangan bagi orang haid dan nifas adalah sama, tiada diwajibkan orang yang haid dan nifas itu qadha' senbahyangnya kecuali puasa Ramadhan dan puasa nazar. Qadha' sembahyang kerana haid dan nifas adalah makruh mengikut pendapat yang lebih

'ashah' dan haram mengikut pendapat yang lain.

ISTIHADHAH -

1. Darah yang keluar dari perempuan bukan kerana bersalin atau nifas dan bukannya haid. Ada perempuan yang terus menerus keluar darah dari kemaluannya selama 3 bulan malah boleh mencapai lebih 2 tahun. Inilah darah istihadhah.

Contoh Si A datang haid pada 1 hb dan tidak berhenti sehingga beberapa bulan. Diantara 1 hb hingga 15hb dia dikira haid dan antara 16hb hingga 30hb dikira istihadhah dan 1hb yang berikutnya dia kembali dikira haid sehingga 15hb juga dan begitulah seterusnya.

2. Wajib sembanhyang dan puasa bagi orang yang keluar darah istihadhah (mustahadhah), dan syarat bagi orang mustahadhah sembahyang adalah seperti berikut:

i) Menunggu masuk waktu sesuatu sembahyang sebelum memulakannya. Contohnya dia hendak sembahyang Asar, maka hendaklah dia menunggu waktu asar dahulu baru dia mula membasuh darah dari kemaluannya dan hendaklah dia 'muwalat' (bersambung masa) antara basuh, tampal kebocoran, wuduk dan sembahyang. Tidak boleh diselangi suatu perkerjaan yang lain setelah dia mula membasuhnya. Jika tiada muawalat wajib baginya mengulangi pada permulaannya.

ii) Basuh kemaluannya daripada darah serta lain-lain najis jika ada.

iii) Pakaikan tuala wanita atau kapas yang diikatkan bagi menghalang darahnya menitik.

iv) Berwuduk

v) Sembahyang, dan perlu diingat hanya satu sembahyang fardhu sahaja boleh dilakukan dalam satu masa dan untuk sembahyang yang lain perlu ia ulanginya dalam waktu sembahyang yang lain pula. Hanya sembahyang sunat rawatib (qabliyah dan ba'diyah) serta baca Quran sebelum habis waktu sembahyang itu.

PERKARA YANG DILARANG SEMASA HAID DAN NIFAS
1. Duduk atau diam dalam masjid walaupun seketika, dimaafkan jika hanya lalu di dalam masjid tanpa berhenti.

2. Puasa fardhu atau sunat walaupun puasa qadha'.

3. Haram atas suaminya menceraikan isterinya dalam waktu ini.

4. Haram atas suaminya bergurau senda dengan isterinya antara pusat dan lutut termasuk jima' (bersetubuh) dengannya, ada pendapat yang bukan jumhur hanya mengharamkan jima' sahaja.

5. Termasuk juga perkara yang diharamkan bagi orang yang berjunub (berhadas besar):


i) Sembahyang sunat dan fardhu atau qadha'.

ii) Baca Quran, tiada diharamkan kerana diniatkan zikir dan bukan tilawah (membaca), ada pendapat yang mengatakan tiada diharamkan kerana belajar.

iii) Menanggung mush-haf (kitab Quran) termasuk juga menyentuh Quran, termasuk barang- barang yang berkait secara langsung dengan Quran itu seperti rehal, penunjuk Quran, dan beg Quran yang tiada diguna untuk perkara lain. Menanggung Quran bersama kitab-kitab lain adalah diharuskan jika tidak diqashadkan (diniatkan) menanggung Quran.

iv) Membaca khutbah Jumaat atau khutbah dua hari raya. (lelaki)

v) Sujud tilawah dan sujud syukur


vi) Tawaf di Baitullah (kaabah)

Wallhua'lam - Harap memberi komen jika terdapat kesalahan atau khilaf.

Ibnu Hamzah

Rujukan: Kitab 'Wisyahul Afrah Wa Ishbahul Falah' yg dikarang oleh Al 'Abidul

Fani Muhammad bin Isma'il Daud al Fathani.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.