Upacara pembersihan dimulakan dengan gabenor Mekah membuka pintu bersepuh emas Kaaba yang seberat 300 KG! Pintu emas ini dibina oleh Ahmad bin Ibrahim Badr pada tahun 1979 bagi menggantikan pintu perak yang dibina oleh bapanya pada tahun 1942. Kunci pintu ini pula dijaga olehBanī Shayba' yang sudah dipertanggungjawabkan memegangnya sejak turun temurun. Bahagian dalaman Kaaba dibersihkan dengan air zam zam, wangian dari air bunga ros dan penyapu.
Antara soalan yang biasa aku dengar ialah;
"Kenapa pintu masuk kedalam Kaaba diletakkan terlalu tinggi dari lantai?"
Good question. Pada tahun 1039 Hijrah (1630 Masehi) berlaku banjir besar ketika zaman pemerintan Sultan Murad Khan. Akibat dari banjir ini tiga daripada empay dinding Kaaba runtuh. Pembinaan semula Kaaba dilakukan dan kaaba asal dirobohkan kesemuanya melaiankan suduh yang mempunya Hajaral Aswad. Pintu dinaikkan 2 meter dari aras lantai Masjidil Haram bagi mengelakkan air masuk kedalam Kaaba jika berlaku lagi bajir dimasa hadapan. Tangga khas yang digunakan untuk memasuki Kaaba sentiasa disimpan didalam Masjidil Haram jika mahu digunakan.
Bercakap pasal pembinaan semula. Mengikut kajian ahli sejarah, adalah dipercayai Kaaba sudah menjalani 12 kali proses renovasi. Kali terakhir ia dilakukan ialah pada tahun 1996. Proses baikpulih ini ialah kali pertama dilakukan sejak zaman Sultan Murad Khan yang aku katakan di dalam perenggan diatas. Atap kaaba juga digantikan pada ketika ini.
So there you go some nice Info tentang Kaaba. Siapa kata Obefiend tak boleh buat entry Syaria compliant?
Bawah : Rekabentuk Kaaba ketika zaman nabi Ibrahim dan bentuknya sekarang. Juga gambar dalaman Kaaba proses ubah suai tahun 1996
Gambar dari atap bumbung kaaba
No comments:
Post a Comment