Followers

flash

Thursday, February 10, 2011

Semburan Fogging



Arini kesakitan keperutan plak sebab senggugut datang menyerang... mungkin sebab hormon x berapa nak betul lately. Aku nak cerita tentang 'fogging' iaitu semburan asap macam kita sembur ridsect tu tapi semburan fogging pula dilakukan apabila sesebuah lokaliti itu terdapat kes demam denggi. Tujuan semburan fogging dilakukan adalah untuk memutuskan rangkaian penyakit  demam denggi dengan membunuh nyamuk – nyamuk dewasa yang mungkin terdapat virus denggi didalam badannya. (Semburan fogging juga dilakukan ditempat yang tiada kes sekiranya kepadatan nyamuk dikawasan tersebut sangat tinggi.)


Bila time fogging kat kawasan umah aku ni mesti teringat satu peristiwa lucu masa kat kolej dulu. Sekarang ni fogging dah x banyak asap macam dulu cuma bau dia jer busuk gile! pastu sebab semburan berminyak, lantai dan baju jadi busuk la. Dulu member aku dia study mesti nak pakai earphone so masa fogging dibuat dia x sedar... selalunya kalau orang wat fogging tu semua student akan turun. Membe aku ni duk sorang dalam bilik tiba2 dia nampak asap jer masuk celah pintu dia, punya la dia lari turun sambil jerit,"apiiiiiiiii.... apiiiiiiiiiiiiii". Kitorang ramai2 kat bawah ni terkejut la apahal plak minah ni. Bila dia turun bawah baru dia tau bukan nya terbakar tapi orang fogging sebab ada kes denggi. Kitorang bantai gelakkan dia kat bawah tu... malu minah ni 7 keturunan. Kalau pasal fogging jer jadi bahan la dia... hehe


Kawasan aku duduk ni banyak kes denggi dan dulu jiran aku anak dia meninggal pun disebabkan denggi berdarah. Mari lah kita mengelak dan mencegah daripada terkena penyakit demam denggi


MENCEGAH
Mencegah ialah cara paling berkesan untuk menjauhkan penyakit ini. Hal ini dilakukan dengan mengawal pembiakan nyamuk aedes. Untuk tujuan itu, kita perlu mengenali nyamuk yang menyebabkan denggi.

Berikut ialah panduan untuk mengenalpasti nyamuk aedes:

· Berbelang hitam dan putih di badan dan kaki.
· Aedes lazimnya menggigit pada awal pagi dan di awal senja.
· Ia membiak di dalam takungan air jernih sama ada di dalam ataupun di luar rumah, dan
· Kitaran hidup nyamuk Aedes dari telur hingga menjadi dewasa mengambil masa kira-kira satu minggu.

Tempat nyamuk aedes membiak pula ialah:

· Dalam kolah bilik mandi.
· Dalam tempayan.
· Pada pengalas pasu bunga.
· Di dalam tangki septik.
· Peti sejuk yang menempatkan bekas tadahan air.
· Di dalam tayar buruk.
· Tong atau deram berisi air.
· Di dalam tempurung, buluh, botol dan apa-apa yang boleh menyimpan air.
· Di dalam tempurung kelapa yang terbelah.
· Di atas genting rumah.
· Di dalam buluh yang terbelah.



Cara mengelakkan demam denggi:


1. Hapuskan nyamuk aedes dewasa. Gunakan racun penyembur serangga di rumah.
2. Semburan kabus (fogging) untuk semburan kabus yang berkesan. Orang ramai perlu memberi kerjasama dan membenarkan petugas menyembur kabus di dalam rumah.
3. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik seperti Abate ke dalam semua bekas menyimpan air tiga bulan sekali. (satu sudu = 10 gram untuk 20 gelen air) 
4. Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur.
5. Salin air dalam tempayan, jambangan bunga dan kolah mandi setiap minggu dan cuci serta berus sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru.
6. Buang air dari piring alas pasu dari masa ke semasa dan berus piring itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk.
7. Tanam semula semua benda atau bekas yang boleh menakung air hujan seperti botol, tin kosong, tempurung kelapa, kulit buah koko dan lain-lain.
8. Bersihkan saluran air hujan (saluran bumbung).
9. Pastikan tayar-tayar buruk atau tak terpakai tidak menakung air.

Wednesday, February 9, 2011

Teka Gambar Bogel

Hik hik! mesti korang ngeri dgr tajuk di atas kan? Korang akan lebih ngeri bila tgk gambar di bawah. Korang agak2 mamat bawah ni bergambar bogel ke? Iskh dia ni pelakon baru tapi aku x tau la nama dia plak! berani mati mamat ni kalau betui dia bergambar bogel. Tapi kalau dia tutup... sarung apa yang dia pakai tuk tutup ****** dia tu kan? korang nilai la sendiri... anak melayu islam jadi model dah x tau batas. AMERIKA sangat la turrr... hampeh!  

^
|
6 pack turr, ahaks!

Tuesday, February 8, 2011

Check out #PizzaHut


1300-88-2525 , that jingle will never part our ears! Check out #PizzaHut 's themes! Eat, Laugh, Share at Pizza Hut!



Sedapnya PIZZA yang baru ni... sekarang Pizza ada tema baru iaitu EAT, LAUGH and SHARE. So apa lagi kalau nak meet kawan2 atau bawak family bleh la pergi ke mana2 PIZZA HUT yang berdekatan korang bleh makan kenyang2, ketawa puas2 dan kongsi segalanya bersama rakan dan family. Pizza baru kat atas ni, aku tak pernah makan lagi... jom Pizza! sapa nak belanja ni?

Join #ChurpChurp

Korang dah join ke Churp2? try la sebab dia adalah baby baru Nuffnag. Mana tau bleh dapat earning tambah2 pendapatan. Mula sikit2 dulu... lama2 jadi bukit. Just click kat bawah dan daftar... CUBA lah

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Monday, February 7, 2011

Mengidam KEK

Bila je Abang Botak aku cakap dia teringin nak makan kek, tercabar plak bila Mazian buat carrot cake semalam... dengan pantas aku menyahut seruan abang buat kek. Bukan 1 jer aku buat hehe... aku buat 2 kek terus. Mabuk betul aku arini... ingat nak buat 3 tapi memandangkan makan 1 kek pun dah nak muak, esok2 je la buat plak. Kek pertama aku buat nescafe cake, erm sedap la jugak tapi rasa pahit2 sikit... harus aku akan kurangkan nescafe bila buat lagi nanti. Kek kedua plak chocolate cake, bila Acik kata nak datang umah esok boleh la bagi dia rasa. Ini resepi yang sangat mudah dan senang untuk dicuba.

Maaf la mutu gambar kurang memuaskan, tangkap guna hp jer! blur plak gambar dia... dah nak abis baru teringat nak snap gambar dan kek coklat tu pulak masih dalam microwave... belum curah pun sos coklat dia. Nanti kalau dah siap aku update gambar... kalau x lupa la.

Nescafe Cake


1 cawan gula
1 cawan butter
1 biji telur
2 1/2 cawan tepung serbaguna
4 sudu besar nescafe di bancuh dengan air panas

Untuk filling:
1 cawan butter
1 cawan gula
esen vanilla


Moist Chocolate Cake


1 ketul butter
2 cawan gula
6 biji telur
2 cawan tepung serbaguna
1 cawan chocolate serbuk dibancuh dengan
1 cawan air panas

Chocolate sos:
1 ketul Chocolate bar
1/2 cawan susu

Ni gambar selepas siap curahkan coklat atas dia... erm sedap...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.