Arini kesakitan keperutan plak sebab senggugut datang menyerang... mungkin sebab hormon x berapa nak betul lately. Aku nak cerita tentang 'fogging' iaitu semburan asap macam kita sembur ridsect tu tapi semburan fogging pula dilakukan apabila sesebuah lokaliti itu terdapat kes demam denggi. Tujuan semburan fogging dilakukan adalah untuk memutuskan rangkaian penyakit demam denggi dengan membunuh nyamuk – nyamuk dewasa yang mungkin terdapat virus denggi didalam badannya. (Semburan fogging juga dilakukan ditempat yang tiada kes sekiranya kepadatan nyamuk dikawasan tersebut sangat tinggi.)
Bila time fogging kat kawasan umah aku ni mesti teringat satu peristiwa lucu masa kat kolej dulu. Sekarang ni fogging dah x banyak asap macam dulu cuma bau dia jer busuk gile! pastu sebab semburan berminyak, lantai dan baju jadi busuk la. Dulu member aku dia study mesti nak pakai earphone so masa fogging dibuat dia x sedar... selalunya kalau orang wat fogging tu semua student akan turun. Membe aku ni duk sorang dalam bilik tiba2 dia nampak asap jer masuk celah pintu dia, punya la dia lari turun sambil jerit,"apiiiiiiiii.... apiiiiiiiiiiiiii". Kitorang ramai2 kat bawah ni terkejut la apahal plak minah ni. Bila dia turun bawah baru dia tau bukan nya terbakar tapi orang fogging sebab ada kes denggi. Kitorang bantai gelakkan dia kat bawah tu... malu minah ni 7 keturunan. Kalau pasal fogging jer jadi bahan la dia... hehe
Kawasan aku duduk ni banyak kes denggi dan dulu jiran aku anak dia meninggal pun disebabkan denggi berdarah. Mari lah kita mengelak dan mencegah daripada terkena penyakit demam denggi
MENCEGAH

Berikut ialah panduan untuk mengenalpasti nyamuk aedes:
· Berbelang hitam dan putih di badan dan kaki.
· Aedes lazimnya menggigit pada awal pagi dan di awal senja.
· Ia membiak di dalam takungan air jernih sama ada di dalam ataupun di luar rumah, dan
· Kitaran hidup nyamuk Aedes dari telur hingga menjadi dewasa mengambil masa kira-kira satu minggu.
Tempat nyamuk aedes membiak pula ialah:
· Dalam kolah bilik mandi.
· Dalam tempayan.
· Pada pengalas pasu bunga.
· Di dalam tangki septik.
· Peti sejuk yang menempatkan bekas tadahan air.
· Di dalam tayar buruk.
· Tong atau deram berisi air.
· Di dalam tempurung, buluh, botol dan apa-apa yang boleh menyimpan air.
· Di dalam tempurung kelapa yang terbelah.
· Di atas genting rumah.
· Di dalam buluh yang terbelah.
Cara mengelakkan demam denggi:
No comments:
Post a Comment