Followers

flash

Monday, February 7, 2011

Mengidam KEK

Bila je Abang Botak aku cakap dia teringin nak makan kek, tercabar plak bila Mazian buat carrot cake semalam... dengan pantas aku menyahut seruan abang buat kek. Bukan 1 jer aku buat hehe... aku buat 2 kek terus. Mabuk betul aku arini... ingat nak buat 3 tapi memandangkan makan 1 kek pun dah nak muak, esok2 je la buat plak. Kek pertama aku buat nescafe cake, erm sedap la jugak tapi rasa pahit2 sikit... harus aku akan kurangkan nescafe bila buat lagi nanti. Kek kedua plak chocolate cake, bila Acik kata nak datang umah esok boleh la bagi dia rasa. Ini resepi yang sangat mudah dan senang untuk dicuba.

Maaf la mutu gambar kurang memuaskan, tangkap guna hp jer! blur plak gambar dia... dah nak abis baru teringat nak snap gambar dan kek coklat tu pulak masih dalam microwave... belum curah pun sos coklat dia. Nanti kalau dah siap aku update gambar... kalau x lupa la.

Nescafe Cake


1 cawan gula
1 cawan butter
1 biji telur
2 1/2 cawan tepung serbaguna
4 sudu besar nescafe di bancuh dengan air panas

Untuk filling:
1 cawan butter
1 cawan gula
esen vanilla


Moist Chocolate Cake


1 ketul butter
2 cawan gula
6 biji telur
2 cawan tepung serbaguna
1 cawan chocolate serbuk dibancuh dengan
1 cawan air panas

Chocolate sos:
1 ketul Chocolate bar
1/2 cawan susu

Ni gambar selepas siap curahkan coklat atas dia... erm sedap...


2 comments:

Elly said...

hi dda.. bestnye tgk cake2 nie.... cantik chocolate frosting yg dda buat tu,,,

Deeda said...

thanks Elly, nanti Dda nak cuba wat Tiramisu dan Red Velvet plak... adoyai macam mana nak diet macam ni... berminat plak wat kek :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.