Followers
flash
Friday, June 25, 2010
@$^@^#$^*$&($&
Wednesday, June 23, 2010
Pertemuan pertama...
Sama tapi x serupa... aku tau dia rindu...
Makcik masak nasi dagang fuhhh! sedap giler... aku nak kena belaja ni... nanti boleh buat pulak... alhamdulillah nampaknyer aku di terima oleh seluruh ahli keluarga dia... hampir semua saudara mara dia aku dah jumpa. Kami dah settlekan borang nikah dan segala urusan lain. Hampir seminggu aku di Trengganu, x dapat la nak jalan2 mana sebab kitorang balik pun atas urusan yang nak di selesaikan...
Pergi Kota Bahru, Kelantan pun sebab ada benda nak buat... abang bawak gi makan nasi air, x pernah makan sebelum ni... makan nasi kukus, nasi kerabu, makan macam2... tapi cuaca agak panas dari KL la aku rasa... pagi pun x la sesejuk dkt kampung aku... yang pasti aku nak datang lagi setelah aku bergelar isteri nanti...
Dekat umah Abang... tgh layan budak2 ni main...
Mat( anak Na ) dan Arman... comel kan?
Thursday, June 17, 2010
Balik kampung...
Wednesday, June 16, 2010
aku kah yang bersalah?
susah nak memenuhi kehendak semua pihak... so jalan terbaik kita buat apa yg kita rasa baik buat diri kita dan masa depan kita. jgn peduli apa org nak cakap, apa orang nak pikir dan berpikir dulu sebelum bertindak. Kalau nak ikutkan sakit hati kita jer mana boleh... pikirkan la perasaan orang lain jugak... kalau kita rasa sakit hati jika kehendak kita x di penuhi begitu gak dgn org lain.
erm...
Monday, June 14, 2010
Akhirnya dapat jugak barang aku!
Barang yang aku nanti2 kan tiba jua... customer dah order dah bayar duit tapi barang x sampai2 lagi... kalau akupun bengang! dah dapat ni lega ckit... malam nanti aku pun dah boleh cucuk Vit. C ni... hehe
Vitamin C Laroscorbine, Injection
Penerangan Produk:
Vitamin C Laroscorbine berasal daripada France. Setiap kotak mengandungi 6 x 1g/5ml suntikan vitamin C.
Kebaikan:
1)Membantu dalam pembentukan kollagen, yang merupakan tisu penghubung antara kulit(paling penting), tulang, ligament, tendon, tulang cantuman dan organ-organ dalaman.
2) Mengurangkan pembentukan bintik hitam, akibat pendedahan kepada sinaran matahari UVA/UVB secara berpanjangan.
3) Mengurangkan kedut dan garisan pada muka, ataupun kulit. Ini disebabkan kehilangan kekenyalan kulit apabila umur meningkat. Pembentukan kollagen akan berkurangan justeru dengan peningkatan umur.
4) Megurangkan kelihatan jerawat dan juga meminimumkan liang pori-pori pada muka. Juga mempertingkatkan kelicinan kulit.
5) Menghindar skurvi, yang merupakan salah satu jenis penyakit-kekurangan-vitamin C.
6) Meningkatkan sistem keimunan badan terhadap jangkitan. Dos vitamin C yang tinggi dapat dijadikan sebagai antihistamine/anti-allergy.
Dos yang disyorkan:
1 tiub/suntikan setiap minggu berlarutan selama 1 bulan.
1 tiub/suntikan setiap 2 minggu setelah 1 bulan yang bertama. Pengambilan vitamin C dengan kollagen dapat memberikan kesan yang lebih implak terhadap tekstur kulit.
Cara Pengambilan:
Produk diambil dengan suntikan IV/intravenous, dengan menggunakan sejenis jarum (Butterfuly Needle) yang tidak akan memberikan kesakitan kepada pengguna.
Kesan sampingan:
Tidak direkemen mengambil lebih drpd 1g setiap hari. Jika terdapat penurunan pH air kencing, sakit perut, cirit birit, penyakit allergy kulit, sila jumpa doktor dgn segera.
Bagi golongan wanita mengandung dan yang menyusu, tidak disyorkan dan hanya dibenarkan mengambil 1g setiap satu bulan selama 2 bulan. Pegambilan yg berlarutan akan mengakibatkan pembentukan crystal/batu karang pada ginjal, dan mengakibatkan fetus/bayi mengalami skurvi.
Nationwide yang hampeh...
Aku dah call banyak kali dekat HQ Shah Alam, dia suh call Ampang, bila call Ampang dia suh call HQ... sioot betui... bila jadi macam ni rasa malas nak guna nationwide... Tapi puas gak la hati aku dapat maki operator yang angkat tepon nationwide tur... terketar2 menjawab... bukan nak marah sangat pun... hehe gertak je lebih. Bukan salah dia pun salah lori yang hantar tu la... malas buat kejer... makan gaji buta aper...
Saturday, June 12, 2010
Apa yang ku rasa?
Segala macam perasaan yang aku rasa saat ni... tetiba plak rasa macam sedih, susah hati dan takut pun ada... hehe macam2 ada. naper yek? biarlah rahsia... x penting pun tu sumer.
Aku nak citer pasal kambing la... x sangka plak kambing ni banyak khasiaatnyer. Sejak 2 3 ari ni aku asyik dgr org citer pasal kambing jer. Kawan sekolah aku dulu dah berjaya jadi tokey kambing, tak sangka beratus2 ekor kambing dia, ada kandang kambing, buat katering dan BBQ daging kambing lagi... semalam pergi hantar barang kat Putrajaya, akak ni promote plak susu kambing HiGoat tu... x la mahal sangat berbanding susu lembu IGG yang beratus2 sekotak tur. Khasiat dia bagus gak yek... dia kata boleh utk kurus... erm itu yang nak dgr turr... menarik2, akan difikirkan kemudian... hehe. Pagi tadi ada member call ajak datang kenduri dia dekat Selayang... dia siap kata, "kitorang ada buat kambing panggang, jangan x datang tau!" iskh~ kambing lagi... adoyai! hidupku di kelilingi cerita pasal kambing jer... meh kita tgk apa agaknyer khasiat haiwan yang bernama KAMBING ni yek!
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana . Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun.
Sejarah di sebalik Susu Kambing
Nabi Adam
Bermulanya ‘Human Civilization’ (tamadun manusia) Habil dan Qabil menternak kambing dan ianya merupakan haiwan ternakan pertama di dunia.
Nabi Ibrahim
Merupakan penternak kambing yang agong. Terdapat 12,000 ekor anjing yang menjaga kambing2nya. Berlaku peristiwa sedekah (kambing) yang terbesar dalam sejarah Islam.
Nabi Isa
Juga menternak kambing. Wujudnya Bani Israel - bangsa Yahudi (satu bangsa yang dikenali cerdik). Mengamalkan minuman susu kambing sehingga ke hari ini.
Nabi Muhammad SAW
Diantara jenis minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah SAW adalah susu kambing segar, yakni diperah dari kambing (kisah Abdullah bin Mas’ud pada masa remaja, mengembala kambing milik uqbah Mu’aith
(Dipetik dr Tulisan Dr. Indah Kristanti-Alhikmah.com)
Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW: Telah disediakan 3 jenis minuman oleh Jibrail iaitu Arak, Madu dan Susu Kambing. Baginda memilih susu kambing (”minuman yang terbaik di dunia selepas susu ibu”)
Dinasti China
Tahukah anda Dinasti China semenjak 2,500 tahun dahulu Puteri-Puteri Maharaja China mengamalkan minum susu kambing dan berendam dalam susu kambing? Manakala masyarakat India dan penganut agama Hindu juga mengamalkan minum susu kambing bertujuan Meningkatkan Daya Ingatan, Ketahanan Badan dan Amalan Perubatan.
Susu kambing adalah satu pengeluaran biologikal yang unik. Khasiatnya memang tidak dapat nafikan. Sudah menjadi satu tanggapan umum di seluruh dunia bahawa masalah kesihatan manusia boleh dibantu dengan khasiat penghadaman dan pemulihan dari susu kambing yang luar biasa.
Cleopatra & Mahatma Gandhi
Tokoh seperti Cleopatra dengan sejarah mandian susu kambing dan Mahatma Gandhi memulakan hari dengan segelas susu kambing yang segar diikuti dengan segelas sebelum masuk tidur.
Hempedu kambingBerkhasiat tapi siapa yang suka menelan hempedu kambing yang besarnya hampir segenggam? Orang pasti jijik menelannya, belum lagi bau hamisnya yang menyengat. Tapi bagi yang suka dan sudah merasakan khasiatnya, hempedu kambing menjadi menu utama menjaga kesehatan termasuk menjaga keupayaan lelaki.
Bahkan, makan hempedu kambing bisa menyembuhkan penyakit malaria yg sering kali demam dan pesakit diabetes, khasiatnya sama seperti hempedu ular.
So, mulai hari ni marilah kita bertukar daripada daging lembu kepada daging kambing dan daripada susu lembu lebih baik la minum susu kambing... apa2 pun pinjam ayat Nabil " lu pikir la sendiri"
Setiap wanita itu cantik……
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”