Followers

flash

Wednesday, August 31, 2011

Cerpen- Aku sudah bertunang


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Tuesday, August 30, 2011

Gambar 1st Raya

Gambar waktu wancu Yan, adik Abah dan anak2 datang beraya kat umah. Masa ni Abang Botak aku baru balik keja so dia dah tido awal, dorang pun datang dah lewat pukul 10 malam. X da apa pun aku buat just rendang, lemang, nasi impit dan keropok2 n kacang2. Tahun ni memang x buat kueh raya dan tak beli pun. 

Raya 1st aku tinggal sorang kat umah sebab Abang keja dan abah plak gi dialisis so tgk tb dan tido je la... hehe. Kalau abang cuti baru aku nak gi ziarah kubur arwah mak... rindu kat mak.

Saturday, August 27, 2011

Rendang Daging Rusa

Arini berbuka best sikit, aku wat rendang daging rusa. Beli dekat sepupu aku dia jual macam2 daging termasuklah daging landak. Arini aku ngan Abang Botak bawak abah sekali gi beli barang2 raya. Mula2 gi pasar beli daging, ayam, ikan dan sotong... beli bahan2 utk wat rendang, halia, serai, kunyit, lengkuas, daun kunyit, santan, kerisik dll. Lepas gi pasar gerak gi Tesco sebab nak bagi coklat yang member aku Kak Suzie tempah. Lama la pulak menunggu dia ye la jem kan dari Selayang. Orang dah ramai gerak nak balik kampung.

Wednesday, August 24, 2011

Peringatan Utk Pompuan2 GATAL diluar sana

Kalau la semua isteri ganas macam ni... padan muka pompuan2 gatal yang duk skandal ngan laki orang tu... baru kena buku ngan ruas.

GOMBAK: Tangannya digari, kepalanya dibotakkan manakala sebatang gigi depan dicabut dengan playar ketika dikurung selama empat hari di sebuah rumah di Taman Saga, Ampang, di sini, sejak Jumaat lalu.
Itu nasib seorang wanita berusia 31 tahun yang diculik isteri kekasihnya yang berang dengan tindakan mangsa menjalin hubungan sulit dengan suaminya.

Buka posa makan SEAFOOD


Semua menu buka posa kitorang arini ala2 seafood... yummy! ketam masal cili, ketam masak cili berkuah, udang butter cheese, sotong sambal, ikan kerapu masak stim. Sepatutnya nak berbuka posa dengan membe2 redglow tapi ramai yg x dapat datang sudahnya kitorang 3 orang jer, Shah bawak plak sorang membe dia so sume 4 orangnya la makan. Mewah giler makan kat Restoran Stadium Negara kat depan Restoran Kg Pandan.

Thursday, August 18, 2011

Pengangkatan de Facto

Ini info yang saya dapat dari website Jabatan Pendaftaran.. harap sedikit sebanyak memberi info kepada individu yang mahu membela anak angkat mengikut undang2 Malaysia.. demi kepentingan anak angkat.. keterangan lanjut boleh lah layari website JPN... http://www.jpn.gov.my/

Apakah syarat untuk saya mendaftar pengangkatan de facto?
Anda perlu mendaftar kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun, belum pernah berkahwin dan telah dijaga, sedang dibesarkan, ditanggung dan dididik oleh ibu bapa angkat bagi tempoh tidak kurang 2 tahun yang berterusan pada tarikh permohonan. Ibu bapa angkat dan kanak-kanak dikehendaki hadir semasa prosiding dijalankan. Anda juga perlu mengisi borang JPN.AA01 dengan lengkap dan disertakan dengan dokumen sokongan.

Info Anak Angkat


selama saya mencari baby nie byk info yg saya dpt dan boleh dikongsi bersama.... Mengambil anak angkat nie banyak risikonya dan kita perlu bersedia dari segi mental, emosi dan kewangan.

Anak Sah Taraf ( Ada bapa dan mempunyai adik beradik )
Nak ambil anak yg ada mak bapak nie pun ada masalah jugak..
1. Mak tak nak bagi bapa yg nak bagi - masalahnya mak tak nak sign surat a/sumpah
2. Mak tension sebab bercerai ngan bapak atau bapak tinggalkan - bila bapak balik atau depa berbaik semula depa nak balik anak depa
3. Keluarga susah ayah dah meninggal ( anak yatim ) - yg nie ok
4. Bapa ada agenda tersendiri nak bagi. - kita dah bela dlm sebulan dua dia asyik2 call minta duit...paling bahaya !!!

Petua Wardina mendidik anak solat 5 waktu


Note yang ditulis oleh Wardina :   

BERBALOI PENAT LELAH KU…   Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…   I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she ...was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…   tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-  

10 sahabat yang telah dijamin masuk syurga oleh Allah S.W.T dan RasulNya S.A.W


Siapakah dia sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W yang telah pun dijamin syurga oleh Allah S.W.T dan RasulNya S.A.W sejak mereka masih di dunia lagi? Sama-samalah kita mengenali diri mereka yang amat bertuah ini.

Sahabat Rasulullah S.A.W yang dijamin masuk syurga berdasarkan hadis berikut: Tercatat dalam “ARRIYADH ANNADHIRAH FI MANAQIBIL ASYARAH“ dari sahabat Abu Dzar r.a, bahawa Rasulullah S.A.W masuk ke rumah Aisyah r.a dan bersabda: “Wahai Aisyah, inginkah engkau mendengar khabar gembira?” Aisyah menjawab : “Tentu, ya Rasulullah.” Lalu Nabi S.A.W bersabda, ”Ada sepuluh orang yang mendapat khabar gembira masuk syurga, iaitu : Ayahmu masuk syurga dan kawannya adalah Ibrahim, Umar masuk syurga dan kawannya Nuh, Utsman masuk syurga dan kawannya adalah Aku, Ali masuk syurga dan kawannya adalah Yahya bin Zakaria, Talhah masuk syurga dan kawannya adalah Daud, Azzubair masuk syurga dan kawannya adalah Ismail, Sa’ad masuk syurga dan kawannya adalah Sulaiman, Said bin Zaid masuk syurga dan kawannya adalah Musa bin Imran, Abdul Rahman bin Auf masuk syurga dan kawannya adalah Isa bin Maryam, Abu Ubaidah ibnu Jarrah masuk syurga dan kawannya adalah Idris Alaihissalam.”

Pedophile

Pernahkah anda mendengar perkataan pedophile ? Apa yang anda tahu tentang pedophile ? Berdasarkan pengalaman saya, tidak ramai penduduk Malaysia yang tahu apa itu pedophile. Jadi, didalam “post” kali ini, saya akan bercerita tentang “apa itu pedophile”.


Pedophile mengumpan kanak-kanak
Maksud Pedophile

Pedophile bermaksud seseorang yang mempunyai keinginan seks terhadap kanak-kanak (tidak kira kanak-kanak tersebut adalah lelaki atau perempuan). Biasanya, golongan pedophile adalah dari kaum lelaki, terdapat juga pedophile dari golongan perempuan, tetapi ianya adalah amat jarang. Jika seseorang lelaki tertarik kepada kanak-kanak lelaki, mereka bukanlah seorang gaytetapi mereka adalah seorangpedophile.

Cara mudah hafal Al-Quran




Oleh: Asy-Seikh Dr. Abdul Muhsin Muhammad Al-Qasim, imam dan khatib Masjid Nabawi.
Segala pujian hanya milik Allah, selawat dan salam semoga dilimpahkan kepada Nabi kita Muhammad, keluarganya, dan para sahabat seluruhnya.
Keistimewaan metode ini adalah seseorang akan memperolehi kekuatan dan kemantapan hafalan serta akan cepat menghafal dalam waktu yang singkat dan akan khatam Al-Quran. Berikut kami akan paparkan metodenya beserta contoh dalam menghafal surah Al-Jumuah:
  1. Bacalah ayat pertama sebanyak 20 kali.
  2. Bacalah ayat kedua sebanyak 20 kali.
  3. Bacalah ayat ketiga sebanyak 20 kali.
  4. Bacalah ayat keempat sebanyak 20 kali
  5. Keempat ayat di atas dari awal hingga akhir digabungkan dan dibaca ulang sebanyak 20 kali.
  6. Bacalah ayat kelima sebanyak 20 kali.
  7. Bacalah ayat keenam sebanyak 20 kali.
  8. Bacalah ayat ketujuh sebanyak 20 kali.
  9. Bacalah ayat kedelapan sebanyak 20 kali.
  10. Keempat ayat (ayat 5-8) di atas dari awal hingga akhir digabungkan dan dibaca ulang sebanyak 20 kali.
  11. Bacalah ayat pertama hingga ayat ke 8 sebanyak 20 kali untuk memantapkan hafalannya.

7 Sunah Penting



Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Wednesday, August 17, 2011

Khasiat Kurma/ Tamar


Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Ianya dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan ianya amat sinonim dengan kisah sirah baginda.
Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan
Al-Mukminah ayat 19
Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“.
Sabda Rasulullah SAW

Selautan manusia

(30,000 berjaya berkumpul di depan menara Maybank, Pudu sebelum dipecahkan melalui gas pemedih mata dan water canon polis)
KUALA LUMPUR, 9 Julai: Pasukan terbesar yang berjaya bergabung sebelum disuraikan polis berlaku di Jalan Pudu berhampiran Menara Maybank apabila pasukan dari Jalan Pasar bertemu dengan dari Masjid Jamek dan Central Market di situ.

Baby.. baby... baby..ooo

Tahniah kepada sepupu2 dan kawan2 aku yang telah selamat melahirkan baby dorang dalam bulan ni. Aku kumpulkan semua dalam satu pos. Jeles betul bila tengok orang bawak baby balik dari hospital. Bila la agaknya rezeki aku nak dapat baby, kalau dapat sepasang pun jadi la... Doakan aku ye kawan2... amin

Ni anak kawan aku, Yati. 

Mari mengenal AIR


Memandangkan masih ramai lagi remaja lelaki yang masih terpinga-pinga bila di soalkan tentang apa perbezaan ketiga-tiga air berkenaan maka saya terpanggil untuk mencatat post terbaru ini..
 

http://drzubaidi.com/blog/wp-content/uploads/2011/01/18.jpg

Air Mani
Air mani ialah cecair yang keluar ketika mencapai kemuncak syahwat ketika berjimak atau bermimpi hingga mengeluarkan mani. Hukum air mani adalah suci. Walau bagaimanapun apabila keluar air mani, maka seseorang itu wajib mengangkat hadas besar iaitu mandi wajib.

Gambaran Kiamat


*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.

Gambaran Hari Kiamat
...
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.