Followers

flash

Thursday, August 18, 2011

Pengangkatan de Facto

Ini info yang saya dapat dari website Jabatan Pendaftaran.. harap sedikit sebanyak memberi info kepada individu yang mahu membela anak angkat mengikut undang2 Malaysia.. demi kepentingan anak angkat.. keterangan lanjut boleh lah layari website JPN... http://www.jpn.gov.my/

Apakah syarat untuk saya mendaftar pengangkatan de facto?
Anda perlu mendaftar kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun, belum pernah berkahwin dan telah dijaga, sedang dibesarkan, ditanggung dan dididik oleh ibu bapa angkat bagi tempoh tidak kurang 2 tahun yang berterusan pada tarikh permohonan. Ibu bapa angkat dan kanak-kanak dikehendaki hadir semasa prosiding dijalankan. Anda juga perlu mengisi borang JPN.AA01 dengan lengkap dan disertakan dengan dokumen sokongan.

Apakah prosedur yang perlu saya lakukan untuk mendaftar pengangkatan de facto?
Anda dikehendaki datang ke kaunter JPN dan membawa dokumen sokongan iaitu:
Sijil Kelahiran asal kanak-kanak
* Surat keizinan pengangkatan (akuan berkanun) oleh ibu bapa kandung (atau ibu kandung, jika kanak-kanak adalah anak luar nikah)
Nota * : Jika tiada surat keizinan pengangkatan oleh ibu bapa kandung (atau ibu kandung bagi anak luar nikah), kes akan dirujukkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk ulasan.
Sijil Perkahwinan/Sijil Nikah ibu bapa angkat
Salinan Kad Pengenalan ibu bapa angkat
Salinan Sijil Kelahiran kanak-kanak (jika ada)
Salinan Sijil Pengangkatan yang lain (jika ada)
Akuan Sumpah ibu bapa angkat jika tiada surat keizinan ibu bapa kandung

Berapakah bayaran yang perlu dilakukan?
Bayaran : RM 30.00 jika permohonan diluluskan.

[Seksyen 6, Akta 253]
Soalan dan Jawapan.
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Pengangkatan De Facto?
De Facto bermaksud seseorang kanak-kanak itu berada dalam jagaan, sedang dibesarkan, ditanggung dan dididik oleh mana-mana orang atau pasangan suami isteri bersama tidak kurang dari dua (2) tahun.

2. Bolehkah kanak-kanak yang tiada Sijil Kelahiran dianakangkatkan?
Salah satu keperluan utama untuk Permohonan Pengangkatan ialah Sijil Kelahiran. Jika kanak-kanak lahir di negara ini tetapi tidak mempunyai Sijil Kelahiran, Permohonan Daftar Lewat Kelahiran hendaklah dibuat terlebih dahulu.

3. Berapakah had umur kanak-kanak untuk Permohonan Pengangkatan De Facto?
Had umur kanak-kanak yang boleh dianakangkatkan adalah di bawah umur 18 tahun.

4. Berapakah syarat umur ibu atau bapa angkat bagi Permohonan Pengangkatan De Facto?
Syarat umur ibu atau bapa angkat ialah 25 tahun ke atas dan jarak umur dengan anak angkat ialah 18 tahun. Bagi ibu atau bapa angkat yang mempunyai tali persaudaraan dengan ibubapa kandung kanak-kanak, syarat umur ibubapa angkat ialah 21 tahun.

5. Di manakah Permohonan Pengangkatan boleh dibuat?
Permohonan Pengangkatan boleh dibuat di mana-mana kaunter JPN berhampiran dengan kawasan kediaman ibu bapa angkat.
6. Perlukah Permohonan Pengangkatan dibuat di tempat/negeri kelahiran kanak-kanak?
Tidak perlu

7. Perlukah kanak-kanak hadir semasa perbicaraan (Prosiding) dibuat untuk proses pengangkatan?
Kanak-kanak WAJIB hadir bersama-sama ibu bapa angkat untuk proses pengangkatan.

8. Perlukah ibu bapa kandung hadir bersama semasa pengangkatan dibuat?
Kehadiran ibu bapa kandung tidak diwajibkan jika Surat Keizinan Berkanun dikemukakan.

9. Bagaimanakah ibu bapa angkat boleh membuktikan bahawa mereka telah menjaga kanak-kanak tersebut selama 2 tahun seperti yang ditetapkan oleh Akta?
Pembuktian boleh dibuat melalui Surat Keizinan ibu bapa kandung iaitu Akuan Berkanun yang dibuat oleh ibu bapa kandung semasa proses penyerahan kanak-kanak tersebut kepada ibu bapa angkat. Tempoh 2 tahun dikira dari tarikh penyerahan dan bukan dari tarikh Akuan Berkanun dibuat.

10. Bolehkah tempoh penjagaan oleh ibu bapa angkat dikurangkan atas budi bicara Pendaftar Pengangkatan?
Tidak, kerana tempoh penjagaan selama 2 tahun itu telah ditetapkan oleh Akta 253.

11. Bolehkah perjanjian secara tidak formal antara ibu bapa kandung dengan ibu bapa angkat dibuat?
Tidak. Surat Akuan Berkanun antara kedua-dua pihak adalah keperluan undang-undang.

12. Bolehkah saudara (relative) kanak-kanak memohon untuk pengangkatan kanak-kanak tersebut?
Boleh. Syaratnya salah seorang pasangan suami isteri hendaklah mencapai umur 25 tahun dan mereka adalah saudara lelaki atau perempuan, bapa saudara atau ibu saudara, samada melalui pertalian darah atau pertalian kahwin kanak-kanak tersebut .
13. Bolehkah ibu bapa kandung membuat Permohonan Pengangkatan bagi anak kandung mereka?
Tiada halangan dari segi Akta.

14. Bolehkah ibu tunggal membuat Permohonan Pengangkatan?
Tiada sekatan dalam Akta 253 mengenai perkara ini.

15. Bolehkah bapa tunggal membuat Permohonan Pengangkatan?
Walaupun dalam Akta 253 tidak menyekat mana-mana individu untuk memohon pengangkatan, permohonan adalah TIDAK DIGALAKKAN dari bapa tunggal sekiranya kanak-kanak tersebut adalah perempuan. Untuk kes-kes seperti ini, rujukan akan dibuat kepada Pendaftar Besar Kelahiran dan Kematian dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

16. Bolehkah kanak-kanak Islam dianakangkatkan oleh ibu bapa bukan Islam?
Walaupun dalam Akta 253 tidak menyebut tentang perkara ini Buku Arahan Pendaftaran Pengangkatan 1952 menyatakan bahawa kanak-kanak beragama Islam tidak boleh dianakangkatkan oleh ibu bapa angkat yang bukan beragama Islam.

17. Bolehkah kanak-kanak bukan beragama Islam dianakangkatkan oleh bapa angkat yang beragama Islam?
Kanak-kanak yang bukan beragama Islam boleh dianakangkatkan oleh ibu bapa angkat yang beragama Islam.

18. Bolehkah pemohon beragama Islam memohon pengangkatan melalui Perintah Mahkamah (Akta 257)?
Pengangkatan melalui Perintah Mahkamah (Akta 257) hanya untuk pemohon-pemohon yang bukan beragama Islam. Manakala pengangkatan melalui Akta Pendaftaran Pengangkatan (Akta 253) adalah terbuka kepada semua yang layak.

19. Bilakah Permohonan Pengangkatan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat?
Permohonan pengangkatan hanya dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat jika tiada keizinan dari ibu bapa / ibu / bapa kandung kanak-kanak untuk pengangkatan tersebut. Walau bagaimanapun tiada halangan untuk Pendaftar merujuk kes kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut keperluan.

20. Adakah kes di mana selepas permohonan pengangkatan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, kanak-kanak ditarik dan diletakkan di bawah jagaan JKM?
Tiada.

21. Bolehkah kanak-kanak yang lahir di luar negeri dianakangkatkan oleh pasangan suami isteri di Malaysia?
Boleh, dengan syarat kanak-kanak menyempurnakan tempoh pemastautin biasa seperti diwajibkan oleh Akta dan mempunyai surat perjalanan yang sah sebelum layak untuk Permohonan Pengangkatan.

22. Bolehkah pasangan suami isteri yang tinggal di luar negera membuat Permohonan Pengangkatan untuk kanak-kanak tempatan?
Di bawah Akta 253, kedua-dua ibu bapa angkat dan kanak-kanak hendaklah tinggal bersama di negara ini selama 2 tahun berterusan sebelum layak untuk membuat Permohonan Pengangkatan.

23. Bolehkah dengan proses pengangkatan, warganegara kanak-kanak ditentukan?
Tidak

24. Bolehkah kanak-kanak yang telah dianakangkatkan dikeluarkan dengan Sijil Kelahiran dan bukan Sijil Anak Angkat?
Pengangkatan yang dibuat di bawah Aka 253 hanya boleh dikeluarkan dengan Sijil Pengangkatan dan bukan Sijil Kelahiran.

25. Bolehkah Sijil Pengangkatan digunakan untuk urusan rasmi?
Sijil Pengangkatan mempunyai taraf kesahihannya sama seperti Sijil Kelahiran dan boleh digunakan untuk Pendaftaran Sekolah, Permohonan Kad Pengenalan, Permohonan Pasport dan lain-lain urusan rasmi.

26. Berapa bayaran dikenakan untuk Permohonan Pengangkatan?
RM 30.00 dikutip sebagai bayaran pendaftaran setelah permohonan diluluskan.

27. Bolehkah kanak-kanak yang telah dianakangkatkan dipulangkan kembali kepada ibu bapa kandung atau diberikan kepada pasangan suami isteri yang lain?
Pemulangan dan pengangkatan semula De Facto tidak dibenarkan, tetapi pengangkatan tersebut boleh dibatalkan dengan Perintah Mahkamah mengikut Sek. 13(2) Akta 253.

28. Bolehkah ibu bapa kandung mengambil kembali kanak-kanak selepas pengangkatan De Facto diluluskan?
Tidak. Dari segi undang-undang sivil, pengangkatan tersebut adalah muktamad.

29. Bolehkah seorang kanak-kanak yang telah dianakangkatkan melalui Akta Pendaftaran Pengangkatan (Akta 253) iaitu secara De Facto dianakangkatkan semula di bawah Akta Pengangkatan (Akta 257) iaitu melalui Perintah Mahkamah?
Boleh. Tetapi bagi kanak-kanak yang dianakangkatkan melalui Perintah Mahkamah TIDAK BOLEH dianakangkatkan semula melalui proses Pengangkatan De Facto.

30. Adakah wajib untuk membuat pendaftaran anak angkat?

Mengambil anak angkat tanpa didaftarkan adalah tidak melanggar mana-mana undang-undang negara tetapi jika didaftarkan ianya dapat memberi perlindungan kepada anak angkat dan ibu bapa angkat kerana ia diiktiraf dari segi undang-undang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.