Followers

flash

Wednesday, September 26, 2012

Kenali Bayi Anda


kepala
biasanya kepala bayi yang baru lahir akan kelihatan sedikit lonjong akibat proses kelahirannya. ini disebabkan semasa proses tersebut bayi terpaksa melalui ruang yang terhad bukaannya. tidak dapat dinafikan juga mungkin pada masa itu, pintu serviks ibu masih belum terbuka sepenuhnya. oleh itu, kepala bayi akan mengikut saiz serviks pada ketika itu. selain itu, ada sesetengah bayi yang benjol kepalanya. keadaan ini biasa terjadi sekiranya bayi lahir dengan menggunakan bantuan vakum. bahagian kepala yang disedut itulah yang akan benjol sedikit

vernix
jangan terperanjat jika anda mendapati semasa dilahirkan anak penuh dengan salutan bahan berwarna putih yang berminyak. bahan tersebut dikenali sebagai vernix yang berfungsi melindungi kulit bayi daripada cecair amnion ketika berada dalam kandungan ibu. jangan risau, bahan ini boleh dihilangkan dengan hanya mencuci badan bayi dengan air.

mata

jika dilihat pada matanya pula, biasanya berwarna sedikit kebiru-biruan kerana proses pigmentasi masih belum berlaku. proses ini hanya akan mengambil tempat setelah bayi berusia kira-kira enam minggu. matanya juga kelihatan bengkak. bengkak ini akan surut selepas dua atau tiga hari. usah terkejut dan risau bila mendapati mata anak anda kelihatan sedikit juling. ini adalah perkara biasa untuk tempoh lapan minggu pertama kerana mereka masih dalam proses untuk menyeragamkan pergerakan mata. jangan hairan jika bayi anda tidak menunjukkan sebarang tindak balas sekiranya anda berdiri di depannya. untuk pengetahuan anda, penglihatan bayi pada minggu pertama kelahirannya hanyalah kira-kira 25 cm jaraknya. ini bermakna, dia hanya boleh melihat benda-benda yang dekat dengannya

Monday, September 24, 2012

1st Check Up

Arini gi Klinik Ibu dan Anak dekat area umah aku... cek2 BP plak tinggi pastu dia transfer aku gi Klinik Kesihatan Kg Pandan... betul2 dpn umah. Doktor cek manual pun tinggi gak.. lepas dah rehat dia repeat cek BP pun still tinggi... lepas bagi makan ubat darah tinggi pun BP pun still tinggi lagi BP aku. Sudah! kena transfer gi Hospital Ampang. Siap naik ambulas lagi tu... Abang Botak pun ikut aku. 


Punyalah aku berdoa jangan kena tahan wad... sampai je hospital Ampang tu siap dowang bawak wheel chair lagi... hehe macam sakit teruk je... dorang takut aku kalau jalan darah naik lagi. Masuk je emergency tu   , aku baring2 kat katil pastu doktor datang cek nasib baik la darah aku turun... aku boleh balik yeahhh!!! dia bagi ubat darah tinggi utk makan selama seminggu dan kena gi Klinik kesihatan selang sehari untuk cek BP aku. Dari hospital tu balik naik teksi sebab abang parking keta kat klinik depan umah aku... Yang best tu aku dah wat buku merah macam kat bawah ni...


Sunday, September 23, 2012

Bayi dalam Kandungan

Suka tgk clips "Pengorbanan Seorang Ibu" ni... mengalir gak airmata walaupun dah tgk sebelum ni... dulu perasaan aku lain sgt... nak sangat2 ada baby dalam perut ni. Alhamdulillah Allah makbulkan jugak doa aku untuk bergelar seorang IBU. Bila tgk kali ni... memberontak perasaan ni nak rasa baby gerak2 dlm perut... Tak sabar nak rasa pergerakan bayi aku ni. Semoga baby sehat dan sempurna di dalam ye Sayang...

 

Saturday, September 22, 2012

Mengapa Yahudi Bijak


(Petikan Tesis Dr. Stephen Carr Leon)

Antara bangsa yg cerdik di dunia ini ialah yahudi( walaupun pahit hendak kita akui),tp itu lah hakikat nya.bukti nya:Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.


Mengapa Yahudi Bijak?


Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Friday, September 21, 2012

1st time scan



Semalam, aku gi scan dekat Klinik Kita area rumah... malam sebelum tu punyalah aku x boleh nak tido... takut sangat sebenarnya nak gi scan ni... macam2 aku pikirkan betulke ada ni... ker UPT +ve tapi x da. Abang botak ambik cuti semata2 nak temankan aku gi klinik, tapi aku x bagi dia masuk dalam bilik Dr. tu... bukan apa next2 scan memang dia wajib ada la cuma scan yg pertama ni aku masih keliru lagi... takut kecewa sebenarnya.

Monday, September 17, 2012

Kira tarikh bersalin


Tarikh jangkaan kelahiran

“Purata tempoh mengandung adalah selama 280 hari atau bersamaan 40 minggu – dikira dari hari pertama datangnya haid yang terakhir. Hanya 5 peratus sahaja kelahiran berlaku pada tarikh yang dijangkakan.

“Tarikh jangka kelahiran sebenarnya satu panduan kepada doktor untuk memeriksa kemajuan kandungan puan, tumbesaran janin serta umur semasa,’’ kata Dr. Shah Reza Johan Noor.

Menurut Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia itu, kebiasaannya doktor akan menggunakan pelbagai petunjuk untuk mendaftar umur semasa janin serta tarikh kelahirannya.

“Saiz rahim juga dapat memberikan anggaran umur kandungan. Ultrasound yang biasa digunakan di klinik perbidanan juga dapat memberikan umur serta tarikh kelahiran, dengan ralat yang diambil kira mengikut trimester kandungan.

“Ibu-ibu haruslah bergegas untuk pemeriksaan mengandung seawal yang mungkin kerana jika lambat, penentuan tarikh akan menjadi lebih sukar dan mungkin tidak tepat,’’ ujarnya.

Saturday, September 15, 2012

Makanan Sunnah untuk Wanita Hamil


Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

Kurma juga ada banyak kelebihan, antaranya:

1. Kaya dengan zat besi — sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

Friday, September 14, 2012

UPT Test

Terkejut, takut, gembira, terkedu, x tentu arah.... hehe perasan menjadi satu. Betul ke apa yg aku nampak ni? Nak kejutkan Abang Botak yg tgh tido x sampai hati la pulak! simpan good news ni pagi nanti je la. Alhamdulillah! aku bersyukur atas rezekimu ya Allah setelah 2 tahun kami menunggu.

Wednesday, September 12, 2012

"Mengapa Hawa Tercipta Saat Adam Tertidur"

Lirik Lagu: Muara Hati - Hafiz ft. Siti Nurhaliza 

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

Korus:
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Hoo uuu..

Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali

[Ulang Korus]

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta..



Tuesday, September 11, 2012

Hadiah Hari Jadi

Tahun ni 2012... suami aku, Abang Botak hadiah kan handphone... memandangkan hp kami ber2 asyik rosak je so dia pun belikan hp untuk aku dan diri dia gak... hehe. Kiranya hadiah birthday untuk kami ber2 la. Abang belikan aku Samsung Galaxy Note dan belikan diri dia Blackberry Torch. Aku kalau ikutkan nak la Galaxy Note 2 tapi bulan depan baru kua... dah alang2 orang nak belikan rembat je la GNote 1 ni... S3 tu aku x minat sebab kecik. Abang plak tak suka hp yg fully touch screen... dia nak yg ada keyboard senang utk dia type. Cari HTC Desire tapi x da stok plak so Blackberry je la pilihan terakhir.


Monday, September 10, 2012

Harga handphone terkini

Wah... tgh survey2 harga hp, terjengah blog adik ni... best betul blog dia banyak info tentang hp. Muda lagi adik ni tapi boleh review mcm2 tentang dunia gadjet... bagus2 anak muda yg berwawasan.

RRP: Singkatan daripada Retail Recommended Price (Harga Official) atau istilah lain yang orang selalu dok sebut ialah harga untuk handphone Original Set.

AP: Singkatan daripada Approved Product atau istilah yang biasa kita dengar ialah harga untuk handphone AP set.

Perbezaan ketara handphone AP set dan Original set ialah perbezaan pengedar dan waranti jea. Arib ambil contoh kat sini, handphone Nokia Lumia 800. Untuk makluman, Nokia Lumia 800 AP set juga dibuat di kilang Nokia. Cuma semasa diedarkan, ia tidak melalui pengedar yang diiktiraf oleh Nokia. Kalau handphone itu diedar melalui pengedar yang diiktiraf Nokia, ia akan bertukar menjadi set Original dan sudah tentu harganya lebih mahal. Untuk waranti pulak, AP set selalunya memberi servis waranti selama 15 bulan berbanding Original set yang menetapkan hanya selama 12 bulan dari tarikh pembelian sahaja. Cuma apa yang menarik tentang Original set ni, tempat nak tuntut waranti ni banyak cawangannya. So kalau korang suka travel, ambik Original set. Kalau korang punya rumah dekat dengan kedai handphone yang korang beli tuu, better beli AP set jea.


Satu lagi, apa yang membuatkan handphone Original set mahal, waranti 12 bulan itu akan recover untuk semua kerosakan manakala waranti 15 bulan AP set hanya recover certain kerosakan sahaja. Untuk aksesori pembelian, ia lengkap sama seperti Original set jika korang memilih untuk membeli handphone AP set dalam keadaan Full Set. Ya, AP set membenarkan pembeli untuk membeli sama ada handphone sahaja atau Full Set yang lengkap dengan kotak dan aksesori sama seperti Original set.


Saturday, September 8, 2012

Doa untuk Hamil


Sekadar berkongsi info yang saya dapat 


Ingin berkongsi pengalaman seorang kawan yang 7 tahun berkahwin tapi tiada zuriat. Selepas mengamalkan apa yg diberikan oleh seorang Ustaz Mekah selama 10minggu berturut2 beliau pun hamil. Amalan ini hendaklah dilakukan 10minggu berturut2 tanpa selang, jika tertinggal kena ulang balik dari minggu pertama:-

1) Baca AL-...BARI'U & AL-MUSAWWIR sebanyak 1000 kali

2) Dilakukan setiap hari jumaat

3) Selepas selesai Solat Isyak bagi yg boleh solat terus baca al-fatihah 1x, selawat tafrijiyah 1x, selawat syifa 7x dan AL-BARI'U & AL-MUSAWWIR 1000x. Kalau tak boleh solat kena buat gak amalan zikir ni dalam waktu isyak sebelum jam 12malam. Solat tu memang la xboleh tapi amalan2 zikir tu boleh je:)

4) Amalan di atas dilakukan selama 10minggu berturut2 tanpa selang.

Amalan ini mmg sangat2 mencabar dan perlukan kesabaran yg tinggi ^_^.

Friday, September 7, 2012

Doa Untuk Mendapatkan Anak

Perkongsian dari website Ust Muhamad Bin Abdullah Al-Amin.


Bicara Ilmu 84 – “Doa Untuk Mendapatkan Anak – Amalan Dari Ulama’ Mekah” iaitu Habib Muhammad Jamallullail. Beliau memberikan amalan untuk mendapat cahayamata bagi sesiapa yang susah atau belum mendapat cahaya mata.

Amalan ini boleh dibuat dengan dua keadaan:-

1. Jika kita ditempat kita

2. Jika kita datang menunaikan Umrah

Keadaan satu (Jika Kita Berada di Tempat Kita)

1. Jika kita ditempat kita, bacakan setiap kali waktu solat 7 kali dua doa di bawah diiringi dengan istigfar seperti di bawah 100 kali


رَبِّيْ لاَ تَذَرْنِيْ فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِيْنَ

maksudnya : Ya Tuhanku, janganlah biarkan aku keseorangan dan Engkaulah sebaik-baik yang mewarisi

رَبِّيْ إِنِّيْ لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيْرٍ

Tuhanku sesungguhnya aku adalah dari apa yang telah Engkau tetapkan padaku dan sebaik-baik orang yang faqir

Baca istigfar banyak2

أََسْتَغْفِرُاللهَ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا

Aku minta ampun pada Allah dan sesungguhnya Dia yang maha memberi taubat.

Keadaan dua (Jika Kita Menunaikan Umrah)

Jika menunaikan umrah, setiap kali tawaf baca kedua-dua doa di atas, semasa di Mekah, baca Istighfar di atas banyak-banyak.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.