Followers

flash

Monday, September 17, 2012

Kira tarikh bersalin


Tarikh jangkaan kelahiran

“Purata tempoh mengandung adalah selama 280 hari atau bersamaan 40 minggu – dikira dari hari pertama datangnya haid yang terakhir. Hanya 5 peratus sahaja kelahiran berlaku pada tarikh yang dijangkakan.

“Tarikh jangka kelahiran sebenarnya satu panduan kepada doktor untuk memeriksa kemajuan kandungan puan, tumbesaran janin serta umur semasa,’’ kata Dr. Shah Reza Johan Noor.

Menurut Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia itu, kebiasaannya doktor akan menggunakan pelbagai petunjuk untuk mendaftar umur semasa janin serta tarikh kelahirannya.

“Saiz rahim juga dapat memberikan anggaran umur kandungan. Ultrasound yang biasa digunakan di klinik perbidanan juga dapat memberikan umur serta tarikh kelahiran, dengan ralat yang diambil kira mengikut trimester kandungan.

“Ibu-ibu haruslah bergegas untuk pemeriksaan mengandung seawal yang mungkin kerana jika lambat, penentuan tarikh akan menjadi lebih sukar dan mungkin tidak tepat,’’ ujarnya.

Kandungan melebihi penggal

Beliau berkata, kandungan dikatakan melebihi penggal sekiranya ia menjangkau 42 minggu. Berdasarkan kebanyakan amalan perbidanan di Malaysia, ibu-ibu akan didorong untuk menjalani induksi (cetusan) kelahiran sebelum penggal ini berlalu.

“Bila wanita sebenarnya mengandung mungkin tidak diketahui. Justeru, doktor dan jururawat cuba membuat ramalan menggunakan parameter-parameter tertentu.

“Dalam kebanyakan kes, doktor mahupun jururawat meragui akan kesihatan bayi di dalam kandungan sekiranya melebihi penggal 42 minggu,’’ jelas Dr. Shah Reza.

Mengira tarikh kelahiran

Tarikh boleh diramalkan dengan mengira ke hadapan 40 minggu (280 hari) dari hari pertama haid terakhir.

Ini berdasarkan kenyataan bahawa persenyawaan berlaku dua minggu selepas hari pertama haid. Cara begini, anda diramalkan untuk membawa kandungan selama 38 minggu.

Cara lain untuk mengira tarikh kelahiran adalah seperti berikut:

1. Pastikan hari pertama haid puan yang terakhir.

2. Campurkan tujuh hari.

3. Tolak tiga bulan.

4. Campur setahun

Sebagai contohnya:

1. 1 April 2006 + tujuh hari = 8 April 2006

2. 8 April 2006 – tiga bulan = 8 Januari 2006

3. 8 Januari 2006 + setahun = 8 Januari 2007

Sekarang, pengiraan telah meramalkan kelahiran anak puan pada 8 Januari 2007.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.