Followers

flash

Tuesday, June 11, 2013

Makanan Sunnah

Sejak mengamalkan susu kambing segar sebagai salah satu minuman sunnah. Aku meneruskan pencarian terhadap makanan2 sunnah yg lain. Kirim dekat kawan yg baru pulang bercuti ke Malaysia dari Jeddah, aku membeli 2kg kurma ajwa untuk diblend bersama susu kambing sebagai persediaan untuk TTC dan tak lupa juga 1/2kg extra virgin olive oil dan 1kg minyak herbatussauda. Selain itu aku order la 2 bedak Arab... hehe mana tau bleh cantik macam minah2 Arab tu! Mari lihat apa kebaikan makanan2 sunnah tersebut:-

 Susu kambing

  • Kaya dengan protein, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta anti barah.
  • Mengandungi antibodi untuk merawat penyakit demam kuning, lelah, penyakit kulit, gastrik, sakit jantung peringkat awal, ulser perut, memulih tenaga batin dan membantu dalam pembentukan tulang dan gigi.
  • Merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan.
 

 Minyak herbatussauda (kiri)

Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali As-Sam”. Aku bertanya. “Apakah As-Sam itu? Baginda menjawab, “As-Sam itu ialah mati”


Riwayat Imam Bukhari.

  • MEMBERI TENAGA - keletihan, sakit-sakit badan, mudah mengantuk
  • MENINGKATKAN IMUNISASI – mengelakkan dari jangkitan penyakit, meningkatkan sel pembunuh penyakit, sesuai untuk pengidap AIDS, pesakit kanser, penyakit berkenaan ketahanan badan, membantu melawan penyakit
  • ANTI INFLAMASI – mengurangkan bengkak dan radang, sesuai untuk pesakit asma (radang paru-paru), sakit kulit eczema (radang kulit) dan arthritis (bengkak sendi)
  • SALURAN PERNAFASAN – melegakan saluran pernafasan yang membengkak (lihat Anti Inflamasi)
  • ANTI HISTAMIN – mencegah cetusan histamine (punca alahan) dalam badan, sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan kepada makanan (makanan laut dsb) dan debunga, juga asma
  • ANTI BAKTERIA – mengelakkan dari jangkitan E-coli, V cholera dan shigella, mengubati cirit birit, sesuai untuk kesihatan dalam perut dan usus, mengatasi masalah bau mulut, tonsil
  • ANTI ARTHRITIS – lihat Anti Inflamasi
  • PENYAKIT WANITA – membetulkan putaran haid, memperbanyak air susu ibu, meningkatkan tenaga, meningkatkan kesuburan
  • SALURAN PERKUMUHAN – merawat jangkitan pundi kencing, melawaskan perkumuhan
  • ANTI PARASIT - membunuh cacing dalam perut, juga sesuai untuk kanak-kanak (lebih dari 5 tahun)
  • MENINGKATKAN DAYA INGATAN – mempunyai asid omega 6 dan asid omega 3 yang baik untuk otak dan kecerdasan
  • MERAWAT TENAGA BATIN – impotensi, meningkatkan tenaga seksual (untuk lelaki dan wanita)
  • MENGECUTKAN KETUMBUHAN (ANTI –TUMOR) – sesuai untuk mereka yang mempunyai ketumbuhan, kanser, tumor dan lain-lain.
  • MENGAWAL KOLESTROL DAN KADAR GULA

Minyak zaitun (kanan)

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“ Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat.(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah) ”

  • Membantu memberi kesuburan kulit wajah.
  • Membantu mencegah keracunan.
  • Membantu sistem penghadaman.
  • Membantu menyingkir parasit pada usus.
  • Membantu menyihatkan rambut dan menghilangkan kelemumur.
  • Dengan campuran sedikit garam, boleh menjadi ubat mujarab bagi penyakit gigi dan gusi.
  • Mengandungi bahan anti penuaan.
  • Membantu menguatkan tenaga batin.
  • Membantu mengatasi kesan melecur dan parut.
  • Sebagai bahan urutan yang membantu menguatkan organ, sendi dan otot serta melegakan sakit.
  • Membantu melegakan athritis dan sciatica.
  • Membantu menjauhkan kanser usus dan pelbagai kanser lain.
  • Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian.
  • Membantu menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis.
  • Membantu mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone).
  • Membantu sistem penghadaman dan mengurangkan ulser perut.
  • Sebagai Antioksidan dan antikanser semulajadi.
  • Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak).
  • Membekalkan vitamin E.
  • Membantu mengekalkan kecantikan (kulit dan rambut).
  • Membantu menstabilkan asid lemak.
  • Membekalkan pelbagai vitamin untuk antipenuaan.
  • Sebagai kegunaan masaj terapi.
  • Membekalkan omega 9. 

Kurma Ajwa/ Kurma Nabi

1) Paling pantas diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera

Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.

2) Kaya dengan serat dan potassium

Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.

3) Penguat memori

Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin

Buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).

5) Penawar Racun

Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

6) Merawat penyakit

Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

7) Mengubati gangguan usus dan sembelit

Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.

1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum sis, alhamdulillah.Kagum saya dengan sis yang berusaha untuk mengamalkan makanan sunnah, sanggup tempah dari jauh. Sebelum ni saya tak delah kagum sangat dengan manafaat makanan sunnah ni, sejak saya kenal Qaseh, syukur saya kini lebih mengagumkan makanan sunnah. Sakit demam pun saya akan cari makanan sunnah instead of ubat.

sis, saya tak rajin nak amalkan semua makanan sunnah...bagi saya renyuh/susah...alhamdulillah saya jumpa Qaseh Gold,9 makanan sunnah dalam 1. sis pernah dengar tak? Kalau sis nak tau lanjut, boleh contact saya ---> Wanna sms/whatsapp 016 441 5473.
Saya share dengan sis pasal Qaseh Gold ni. :)
Moga dapat jumpa sis lagi. in shaa Allah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.