Seperti yang dah sedia maklum, keputusan AJL dah pun diketahui semalam... dan rasanyer ada keputusan yang seperti diramal dan ada pula keputusan yang x disangka2. Nama pun Juara Lagu berdasarkan lagu terbaik iaitu lirik dan melodi yang bagus, bukan kerana populariti lagu tersebut. Apa2 pun aku suka Ana Rafali yang berimej sopan tu menang sekurang2nya dia menjadi idola utk remaja supaya berpakaian yang menutup aurat dan sopan sikit walaupun x bertudung ( tapi bertudung lebih baik la dari nama je pakai tudung tapi nampak rambut... opss). Gambar2 kat bawah di ambik dari redmummny.
Inilah keputusan penuh/senarai pemenang Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25).
Persembahan Terbaik: Hanyut, Faizal Tahir
Vokal Terbaik: Noktah Cinta, Hafiz AF
Tempat Ketiga AJL25: Noktah Cinta, Hafiz AF
Naib Juara AJL25; Drama King, Meet Uncle Hussain dan Black
Juara AJL25: Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali
Tolong Ingatkan Aku – Ana Rafalli
Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku
Kisah kita
Suka la tgk adik Mya ni... comel sangat! aritu dkt anugerah skrin pun dia ada
