Saja nak kongsi dari email yang di hantar oleh seorang pembaca di blog gossip artis Beautifulnara... Alhamdulillah apabila seorang anak muda yang bergelar artis pulak tu telah di beri hidayah oleh Allah... Cuba baca artikel ini
Followers
flash
Saturday, April 9, 2011
Friday, April 8, 2011
Mahalnya makan kat Bentong
Percaya tak aku dan Abang Botak makan makanan yg sama dekat Bentong dan Taman Tenaga, Cheras tapi harga yang berbeza. Bukan sikit2 beza harga 2 tempat makan ni tapi jauh lebih murah kitorang makan kat Cheras berbanding makan kat Bentong. Hampeh betui! Cekik darah betui peniaga medan selera Bentong tu. Masa aku singgah makan kat Bentong dalam perjalanan balik dari kampung aritu, aku amik seketul ikan patin masak gulai tempoyak dan sedikit sayur. Abang Botak aku plak makan rendang daging dan sayur campur. Aku minum ABC tapi dah bayar sebab order kedai sebelah. Abang minum air nescafe. Harga utk semua makanan kami tak termasuk ABC RM22! bayangkan... betapa mahalnya!
Thursday, April 7, 2011
Time tengah rajin
Bila mood baik dan time tgh rajin2 tu ni la yang aku buat... cuba resepi2 dan yang best kalau ada plak orang makan dan cakap sedap... lenkali buat lagi! rasa gak la usaha kita di hargai, ye tak? ni gambar2 masakan yang aku masak dan aku kumpulkan sekali. (mana yang sempat aku snap la) Aku wat puding roti dengan kuah kastard. Erm sedap dan repeat buat atas permintaan Abang Botak... kali ke2 aku letak kurma utk gantikan kismis yang x da.
Wednesday, April 6, 2011
Kedai makan kegemaran
Kalau kat area umah... tempat makan ni la yang paling aku suka. Dia betul2 depan McDonalds Desa Pandan, nama gerai dia Western Food rasanya. Memang mabeles la dengan air jug besar dia... hummm... dan yang paling best ada air kasturi asam boi faveret aku tu. Susah gak nak cari air yang sedap tu kat mana2 kedai lain. Kalau aku gi makan kat ctu aku mesti amik Nasi goreng Ayam berlada... sedap dan pastinya Abang Botak aku kalau gi makan kat mana2 mesti nak order nasi goreng USA. Amerikaaaa la sangat!
Tuesday, April 5, 2011
Nasi Dagang Ibu Mertuaku
Balik kampung kali ni sempat la belajar lebih detail mcm mana nak masak nasi dagang... aritu tgk jer. Kiranya kalau ada beras nasi dagang tu dan herba2 dia aku dah boleh masak la. Tapi nasi dagang ni bukan bleh makan selalu, pulut ma... cepat kenyang! Dulu aku x suka langsung makan nasi dagang ni... hehe semenjak 2 menjak dah kawen ngan orang "Ganu"... Abang Botak terautomatik suka la plak. Durian pun aku dah makan sekarang ni, dulu tak makan langsung cuma makan tempoyak jer, lagi masam tempoyak tu lagi sedap! Dah siap nasi dagang sume, kitorang makan ramai2 dengan saudara mara suamiku yang tinggal berhampiran. Kiranya dalam masak nasi dagang ni... Ma adalah chef terbaik turr...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Setiap wanita itu cantik……
Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”