Percaya tak aku dan Abang Botak makan makanan yg sama dekat Bentong dan Taman Tenaga, Cheras tapi harga yang berbeza. Bukan sikit2 beza harga 2 tempat makan ni tapi jauh lebih murah kitorang makan kat Cheras berbanding makan kat Bentong. Hampeh betui! Cekik darah betui peniaga medan selera Bentong tu. Masa aku singgah makan kat Bentong dalam perjalanan balik dari kampung aritu, aku amik seketul ikan patin masak gulai tempoyak dan sedikit sayur. Abang Botak aku plak makan rendang daging dan sayur campur. Aku minum ABC tapi dah bayar sebab order kedai sebelah. Abang minum air nescafe. Harga utk semua makanan kami tak termasuk ABC RM22! bayangkan... betapa mahalnya!
Bila dah sampai KL, kitorang saja test makan kat kedai faberet kat Taman Tenaga, Cheras tu. Amik menu yang seakan2 sama malahan aku tambah lauk hati masak kicap lagi. Total semua yang kitorang makan hanya RM15 termasuk ABC yang aku order. Punyala murah makan kat KL berbanding dengan kampung macam tu. Nak kata ikan patin mahal tak jugak sebab Temerloh adalah negeri yang banyak jual ikan patin... Erm jangan harap la kitorang nak singgah makan kat ctu lagi lepas ni...
No comments:
Post a Comment