Followers

flash

Thursday, April 7, 2011

Time tengah rajin

Bila mood baik dan time tgh rajin2 tu ni la yang aku buat... cuba resepi2 dan yang best kalau ada plak orang makan dan cakap sedap... lenkali buat lagi! rasa gak la usaha kita di hargai, ye tak? ni gambar2 masakan yang aku masak dan aku kumpulkan sekali. (mana yang sempat aku snap la) Aku wat puding roti dengan kuah kastard. Erm sedap dan repeat buat atas permintaan Abang Botak... kali ke2 aku letak kurma utk gantikan kismis yang x da.




Gambar bawah plak red velvet cake dan cream frosting yang masa ni tak berapa nak jadi sebab buat pun dah pagi kul 3 pagi dalam keadaan ngantuk main campak jer sume bahan masa buat frosting so tak la naik gebu cream tu tapi rasa dia still sedap la. Buat kali ke2 tanpa cream frosting tapi cake dia aku letak asam duit syiling tu... lagi sedap rasa cake tu ( thanks mak Masri yang bagi idea)


Teringin nak makan mushroom soup, lama x makan... memang sedap macam kat pizza hut kalau letak susu segar tu sikit tapi kalau x letak pun soup ni tetap jadi gak... resepi aku belajar dari bekas adik ipar, Fizah yang amik class masak2 masa dia belajar kat Uitm dulu. Senang sangat buat benda ni dan yang paling penting buat rhu dia (campuran tepung dan butter; utk pekatkan soup) dan jangan bagi soup ni berketul bila dah tambahkan rhu tu ke dalam soup.


Faveret Abang Botak aku dan mintak buat roti lasagna ni sampai 3 kali... ni actually aku reka amik dari resepi lasagna tapi memandangkan aku tak de lasagna pasta tu jadi aku gantikan dengan roti biasa jer... aku layer2kan dengan daging cincang with tomato sauce dan cheesy sauce. Bila bakar dan dah masak memang rasa dia tak lari sangat dengan lasagna yang biasa makan tu... boleh la gunakan bahan apa yang ada je kat umah... yang penting Cik Abang aku kata sedap! lulus la turr

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.