Followers

flash

Saturday, March 5, 2011

6 Gadjet baru untuk 2011

Setiap tahun ada saja gajet terbaru yang akan muncul di pasaran. Teknologi sekarang memang kita tak dapat nak kejar..Lagi kita kejar lagi jauh dia tinggalkan kita.Ehh...Betul ke??. Teknologi yang dah ada pun belum lagi kita terpakai lagi..Untuk tahun 2011 ini kita tengok gajet-gajet yang bakal keluar seiring dengan peredaran masa dan zaman..




1. Blackberry Playbook

Tablet keluaran Research in Motion (RIM) ni dikatakan pesaing terdekat bagi iPad. Dikhabarkan bakal menggunakan processor dual-core bagi menyokong ciri pelbagai tugasan aplikasi yang selalunya terdapat pada telefon pintar Blackberry. Mempunyai dua unit kamera berdefinisi tinggi (HD) di bahagian depan dan belakang. Apa yang iPad tak ada berbanding Blackberry Playbook ni adalah connection Bluetooth yang boleh transfer satu fail ke gajet lain yang ada fungsi Bluetooth.




2. Netbook Berkuasa Chrome

Netbook yang akan dilengkapi dengan sistem operasi Chrome yang dibangunkan oleh Googledijangka memasuki pasaran tahun ini. Chrome bakal menyaingi sistem operasi yang sedia ada seperti Windows, Mac OS dan Linux.
  


3. LG Star

LG jugak tak mahu ketinggalan dalam perang gajet. Apa yang menarik, join venture antara LG dengan pengeluar chipset grafik iaitu Nvidia akhirnya berjaya menghasilkan versi Tegra 2 untuk telefon bimbit LG Star yang menjanjikan kualiti grafik yang lebih menarik dan cantik. LG menawarkan sistem operasi Android 2.3 (Gingerbread) dengan kamera lapan megapiksel dan berupaya merakam video berdefinisi tinggi untuk gajet LG Star.


4. Pengecas wayarles ElectroHub

Pengecas tanpa wayar ElectroHub itu membolehkan peranti elektronik dicas tanpa perlu dicucuk sebarang kabel padanya. Kita cuma perlu tukarkan bateri asal gajet tersebut dengan bateri keluaran ElectroHub dan kita boleh mengecasnya dengan hanya perlu meletakkan gajet pada pad pengecas.


5. Tablet Motorola Android 3.0

Motorola bakal memperkenalkan tablet Motorola versi Android terkini yang dikenali sebagai Honeycomb iaitu sistem operasi sumber terbuka yang dibangunkan oleh Google yang lebih fleksible dan menarik.



6. iPhone 5

Apple Inc. bakal mengejutkan pengguna-pengguna iPhone dengan gajet terbaru mereka iaitu kemunculan iPhone 5 yang bakal berada di pasaran tahun depan. Walaupun belum lagi dapat dipastikan tapi penganalisis teknologi berpendapat ianya bakal menjadi kenyataan. Kita tunggu kemunculannya..


Sumber asal: Kosmo! Online

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.