Followers

flash

Saturday, May 28, 2011

Pengarah Melayu pun dah macam omputeh!

Best tak korang rasa video klip ni? Erm... nasib yang pompuan tu bukan Melayu jer... kalau Melayu yang buat macam tu memang hampeh la... lelaki tu memang la hampeh pun!


Lisa v/s Erra... Lisa more better


Nampak gayanya memang sah yang Yusry KRU dan Lisa Surihani sedang hangat bercinta. Aku suka kalau Yusry dengan Lisa ni yang berganda2 lagi better perangai dari Erra dulu tu. Sebab Erra tu terlalu banyak coverline... rupa je cantik tapi korang pikir sendiri la. Hopefully hubungan dorang berdua kekal hingga ke hujung nyawa. Cuba korang baca ayat yang diberi oleh Yusry semasa diinterview oleh GUA.

Memang kita berkawan rapat, sebenarnya lebih dari kawan rapat. Saya tak berselindung dan cakap hal yang betul. Kita dalam perhubungan yang matang. Tak ada istilah cinta monyet dan cintan-cintun.

Friday, May 27, 2011

From Cameron with LOVE

Gambar sekitar Cameron Highland aritu... Insya Allah kalau ada rezeki tahun depan Family day kitorang nak gi Langkawi plak. Kena la kumpul duit dari sekarang kalau nak cuti2 Malaysia lagik!

Sedondon plak dengan Abang Botak

Ni kat Ladang teh Bharat tu, tapi aku suka lagi Ladang teh Palas

Thursday, May 26, 2011

Family Day dari Besut --> Cameron Highlands


Bertolak dari Besut dalam pukul 8am, kitorang singgah dekat R & R gua Musang untuk merehatkan badan dan melonggarkan otot (driver je la kan, hehe). Sampai Cameron dalam pukul 2pm, apartment yang kitorang tinggal ialah Apartment Anthurium, okey la jugak tempat dia, selesa dan betul2 terletak di tengah antara Brinchang dan Tanah Rata. Kitorang stay situ 3 hari 2 malam. Ambik 2 apartment.



Wednesday, May 25, 2011

Malam sebelum berangkat

Hari sebelum bertolak ke Cameron tu, kitorang pergi pasar beli lauk2 untuk di masak. Mak mertua aku masakkan aku ketupat sotong ( aku ingatkan ketupat yang letak sotong dalam dia... hehe x pernah makan kan! ). Sedap... rupanya pulut sumbat dalam sotong tu... Nanti boleh la try masak bila balik rumah nanti. 


Malam tu apa lagi sibuk la kitorang memasak untuk bawak bekal ke Cameron, bayangkan la ada 3 family yang berjumlah 23 orang pumye perut untuk di isi. Faham2 je la cuti sekolah, makan kat sana pun mahal so masak sendiri lagi jimat. Adik ipar aku Kak Na (gambar atas), Dik Na (gambar bawah).



Sunday, May 22, 2011

Sham Kamikazi yang makin bercahaya wajahnya


Alhamdulillah Sham kamikazi dah mendapat hidayah dari Allah... untungnya dapat bersalam dengan Imam besar Mekah kan? kalau Allah nak beri hidayah tu, bermacam2 cara dan kadang2 x terpikir dik akal kita. Sebelum ni Bob Lokman dan Irma Hasmi berhijrah... dan harap lebih ramai lagi artis kita yang menuju ke arah kebaikan supaya menjadi icon pada anak2 muda kita. Patut la AF9 Sham dah x da jadi band pengiring dorang. Semoga aku dan suamiku mendapat hidayah Allah juga... amin

Thursday, May 19, 2011

Qaseh Ranea Adelia


Tahniah kepada sepupuku Intan Marzuis & suami for their 3.6kg newborn Baby Girl yesterday (18/5 - 7.24pm) at Pusrawi, KL. 

Orang baru dalam family kami... setelah 3 tahun menunggu akhirnya sepupuku selamat melahirkan baby girl yang x nangis bila dilahirkan. Lahir2 je sedap je dia tgh isap ibu jari... bila doktor tarik ibu jari dia baru la dia menangis... diceritakan oleh pakcik Ranea, Shapiq... hehe. Tgk mata dia bulat jer kan? setengah jam lepas tu terus celik mata. Bijak la budak2 sekarang ni... x sabar nak tgk baby...

Sunday, May 15, 2011

10 Galaxy Indah Ciptaan Tuhan

Teleskop HubbleSpace adalah kolaborasi antara NASA dengan European Space Agency yang sudah beroperasi selama 20 tahun tidak henti-hentinya mengambil foto-foto luar angkasa. HubbleSpace merupakan salah satu teleskop terbagus NASA. Para astronom pun memilih 10 foto galaksi terindah dari sekian banyak foto galaksi yang pernah diambil oleh teleskopo HubbleSpace ini.

Berikut adalah 10 foto Galaksi terindah di Jagad raya yang fotonya pernah diambil oleh Teleskop HubbleSpace :


1. The Sombrero Galaxy


http://mycoolpix.com/files/funzug/imgs/technology/hubble_space_pictures_02.jpg


2. The Ant Nebula


http://mycoolpix.com/files/funzug/imgs/technology/hubble_space_pictures_03.jpg

Wednesday, May 11, 2011

Rahsia Kejayaan Pengasas Secret Recipe

Korang suka makan kek secret recipe tak? rasanya faberet sume orang kan... meh kita tgk sapa pengasas dia...
MENAUNGI kira-kira 3000 pekerja di seluruh negara - 95 peratus rakyat tempatan, selebihnya dari negara jiran. Lebih menarik lagi 98 peratus daripada keseluruhan pekerjanya Melayu beragama Islam. Angka itu membuatkan keterujaan mahu menyelongkar di sebalik nama Datuk Steven Sim meluap-luap. Tidak banyak tulisan mengenainya sedangkan jenama Secret Recipe yang diasaskan beliau membina nama ke peringkat antarabangsa. Secret Recipe lebih menonjol daripada tuannya - kesempatan bersembang dua jam dengan Steven cukup untuk menjawab perbandingan tersebut.
Anak kelahiran Kota Baharu, Kelantan itu hakikatnya amat merendah diri. Prinsip hidupnya antara lain jangan tamak. ''Kita dilahirkan kosong, bila mati pun tak bawa apa-apa,'' kata anak bongsu lapan beradik yang mengkategorikan kehidupan masa kecilnya susah. Suasana kampung sarat dengan kekurangan menjadikan Steven manusia kreatif. Semua permainan dibuat sendiri. Jika budak-budak lain membuat wau biasa, Steven menambah nilai misalnya memastikan wau hasil tangannya mempunyai bunyi berdengung. Untuk bermain hoki pelepah kelapa 'dikemaskan' manakala biji getah digosok hingga licin sehingga ada rakan tertarik lalu membelinya selain aktiviti menangkap ikan yang kemudiannya juga menjadi hasil jualan.

Tuesday, May 10, 2011

1st time makan Mee Kolok


Hari ke 2 menempuh hari yang panjang gak! penat makcik ikut si Nini ni menyongkit ( kuar dah bahasa perak aku... hehe ). Lepas abis kelas make up dalam kul 3 petang tu kitorang gi teman Wilma gi amik barang area Taman Melawati tu. Dah sampai sana member2 dia yang shooting tu dah gerak gi Damansara plak. So kitorang dan plan nak makan mee kolok ( gara2 laki si Nini ni la baru balik Serawak mabuk asyik nak makan mee kolok jer)... di sebabkan aku x pernah rasa, teringin gak la nak cuba.

Monday, May 9, 2011

Hari yang panjang


Hari ni aku temankan kazen aku Nini belajar makeup dekat Ampang... Dia belajar ari isnin, selasa dan rabu so aku ni jadi model untuk dia la. Lepas abis belajar dalam pukul 3 ptg kitorang gi Jalan TAR jap cari barang2 untuk kedai pengantin. Lepas gi Jalan TAR kitorang terus ke Gombak untuk amik baju pengantin dan lepas tu gi Bangi. Gi Bangi tak de plak org yang kitorang cari tu so terus gi Bandar Baru Bangi cari barang2 untuk buat coklat. Banyak barang untuk dibeli tu... berkotak2 barang untuk buat 2000 tempahan coklat. Sampai sana tutup pulak kedai tu... maknanya esok kena datang lagi la.

Saturday, May 7, 2011

Ngeri betul tajuk entry ni


Terkejut aku tgk entry blog Siti ni... hehe jauh lagi nak bergelar jutawan tu. Kalau pengasas dia mungkin la kot bakal jutawan tapi kalau kuli macam aku ni tak tau la... bleh ke cecah ratus ribuan? kalau dapat puluhan ribuan pun dah cukup bersyukur. Sekarang aku dah pandai buat coklat dan insya Allah banyak plak tempahan dah waiting list sampai hujung tahun... tempahan dari jiran2 dan kawan2 yang nak kawen la apa lagi. Meh tgk sikit entry blog Siti ni...

@shocolats pada hari ini menerima kehadiran peserta yang insyallah bakal menjadi jutawan dalam bisnes produk kecantikan, Puan Norhuda dan rakan seperniagaan, Puan Deeda. Beliau banyak berkongsi pengalamannya dlm perniagaan kepada Siti. Terima kasih Siti ucapkan dan Siti berdoa kejayaan kepada Puan dalam memartabatkan ekonomi wanita...Amin

Friday, May 6, 2011

Buat Coklat


Aktiviti hujung minggu aku dan Abang Botak minggu ni ye la belajar dan menambah ilmu... hehe. Aku belajar buat coklat dan Cik Abang aku belajar website dan marketing. Aku belajar dengan member aku, Kak Huda. Kitorang belajar dari pukul 10 pagi hingga pukul 4 petang. Macam2 la bentuk dan cara coklat yang kitorang belajar. Lepas ni bleh amik tempahan dan jual coklat.

Tuesday, May 3, 2011

Cara memilih berlian


y, April 18, 2011 8:19 AM

http://hermawayne.blogspot.com

Berlian selalu menjadi daya tarikan setiap wanita. Harganya yang mahal dan berkilau membuatnya sangat berisiko untuk membelinya di tempat2 yang sebarangan selain dari kedai barang kemas. Batu berlian yang asli dan tiruan sangat sukar untuk dibezakan. Tetapi jika mengetahui bagaimana cara membezakannya maka akan lebih memudahkan anda untuk mendapatkan berlian yang disukai. Bagi para wanita yang tidak biasa membezakan mana berlian asli dan mana berlian tiruan, maka ikuti beberapa tips berikut:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.