Followers

flash

Saturday, March 17, 2012

Kad Pengenalan PM

1. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah
Perdana menteri Malaysia yang pertama ini dilahirkan pada 8 Februari 1903. Beliau memegang tampuk pemerintahan negara sejak negara merdeka pada 1957 sehingga tahun 1970. Beliau mendapat Gelaran Bapa kemerdekaan


2. Tun Abdul Razak bin Hussein
Beliau adalah perdana menteri kedua Malaysia. Beliau memegang tampuk pemerintahan negara pada tahun 1970 sehingga tahun 1976. Beliau dikenali perdana menteri Malaysia paling banyak berjasa kepada negara terutama kepada bangsa Bumiputera dan Melayu dengan pengenalan Dasar Ekonomi Baru, Rancangan Buku Hijau dan banyak lagi. Sepertimana perdana menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak juga daripada keturunan ‘Orang-Orang Kaya’ daripada Pahang. Salur galurnya sampai kepada bangsa Bugis di kepulauan Indonesia.Beliau mendapat Gelaran Bapa Pembangunan.

3. Tun Hussein bin Dato’ Onn
Beliau adalah perdana menteri Malaysia yang ketiga selepas Tun Abdul Razak kembali ke rahmatullah pada tahun 1976. Beliau memegang tampuk pemerintahan secara rasmi pada tahun 1976 sehingga 1981. Tun Hussein dikenali sebagai Bapa Perpaduan kerana tegasnya beliau menangani isu-isu perpaduan kaum selepas tercetusnya insiden berdarah 13 Mei. Tun Hussein adalah adalah anak kepada pengasas UMNO, Dato’ Onn bin Jaafar.

4. Tun Mahathir bin Mohamad
Tun Mahathir Mohamad atau lebih dikenali dengan nama penanya, Che Det adalah perdana menteri Malaysia ke-4 selepas Tun Hussein Onn meletak jawatan pada tahun 1981. Beliau dikenali sebagai perdana yang paling berjasa dan berjaya kepada bangsa Malaysia kerana ideologi pembangunan dan pemodenannya yang jauh ke depan. Walaupun dikritik sebagai seorang yang autokratik, diktatorisme, dan kronisme, ia tidak menghalang Tun Mahathir daripada menjadi perdana menteri paling lama memerintah di Asia Tenggara.Beliau mendapat gelaran Bapa Pemodenan.

5. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-lima pada 31 Oktober 2003. Tun Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang.Beliau memperkenalkan Pendekatan pembangunan bersepadu Islam Hadari. Beliau juga memperkenalkan koridor ekonimi dalam rancangan Malaysia ke-sembilan. Sempat menjawat pengerusi persidangan Islam OIC.Bapa Pembangunan Modal Insan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.