Followers

flash

Tuesday, June 11, 2013

Makanan Sunnah

Sejak mengamalkan susu kambing segar sebagai salah satu minuman sunnah. Aku meneruskan pencarian terhadap makanan2 sunnah yg lain. Kirim dekat kawan yg baru pulang bercuti ke Malaysia dari Jeddah, aku membeli 2kg kurma ajwa untuk diblend bersama susu kambing sebagai persediaan untuk TTC dan tak lupa juga 1/2kg extra virgin olive oil dan 1kg minyak herbatussauda. Selain itu aku order la 2 bedak Arab... hehe mana tau bleh cantik macam minah2 Arab tu! Mari lihat apa kebaikan makanan2 sunnah tersebut:-

 Susu kambing

  • Kaya dengan protein, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta anti barah.
  • Mengandungi antibodi untuk merawat penyakit demam kuning, lelah, penyakit kulit, gastrik, sakit jantung peringkat awal, ulser perut, memulih tenaga batin dan membantu dalam pembentukan tulang dan gigi.
  • Merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan.
 

 Minyak herbatussauda (kiri)

Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali As-Sam”. Aku bertanya. “Apakah As-Sam itu? Baginda menjawab, “As-Sam itu ialah mati”


Riwayat Imam Bukhari.

  • MEMBERI TENAGA - keletihan, sakit-sakit badan, mudah mengantuk
  • MENINGKATKAN IMUNISASI – mengelakkan dari jangkitan penyakit, meningkatkan sel pembunuh penyakit, sesuai untuk pengidap AIDS, pesakit kanser, penyakit berkenaan ketahanan badan, membantu melawan penyakit
  • ANTI INFLAMASI – mengurangkan bengkak dan radang, sesuai untuk pesakit asma (radang paru-paru), sakit kulit eczema (radang kulit) dan arthritis (bengkak sendi)
  • SALURAN PERNAFASAN – melegakan saluran pernafasan yang membengkak (lihat Anti Inflamasi)
  • ANTI HISTAMIN – mencegah cetusan histamine (punca alahan) dalam badan, sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan kepada makanan (makanan laut dsb) dan debunga, juga asma
  • ANTI BAKTERIA – mengelakkan dari jangkitan E-coli, V cholera dan shigella, mengubati cirit birit, sesuai untuk kesihatan dalam perut dan usus, mengatasi masalah bau mulut, tonsil
  • ANTI ARTHRITIS – lihat Anti Inflamasi
  • PENYAKIT WANITA – membetulkan putaran haid, memperbanyak air susu ibu, meningkatkan tenaga, meningkatkan kesuburan
  • SALURAN PERKUMUHAN – merawat jangkitan pundi kencing, melawaskan perkumuhan
  • ANTI PARASIT - membunuh cacing dalam perut, juga sesuai untuk kanak-kanak (lebih dari 5 tahun)
  • MENINGKATKAN DAYA INGATAN – mempunyai asid omega 6 dan asid omega 3 yang baik untuk otak dan kecerdasan
  • MERAWAT TENAGA BATIN – impotensi, meningkatkan tenaga seksual (untuk lelaki dan wanita)
  • MENGECUTKAN KETUMBUHAN (ANTI –TUMOR) – sesuai untuk mereka yang mempunyai ketumbuhan, kanser, tumor dan lain-lain.
  • MENGAWAL KOLESTROL DAN KADAR GULA

Friday, May 31, 2013

Restok Susu Kambing

Arini aku gi amik susu kambing. Ingatkan bulan 6 ni aku nak mulakan TTC semula. Buah kurma Ajwa aku dah order dekat member yg balik Malaysia dari Jeddah. Dah lengkap 3 cycle period aku selepas gugur aritu. Semoga ada rezeki untuk aku pregnant semula. Sepupu aku tumpang order gak 10 botol susu kambing dan dia pun siap order kurma dkt member dia yg pergi umrah. Kami ber2 pun sedang berTTC dan akan start bulan dpn ni.

Ramai pulak selepas tu yg nak order susu kambing dari aku so kepada sesiapa yang sekitar KL tengah mencari2 susu kambing bolehla dapatkan susu kambing ni dari aku. Aku beli susu kambing ni utk kegunaan sendiri tapi jika ada permintaan aku jual la. Niat utk membantu dapat gak pahala. Susu kambing ni kan minuman sunnah. Mana la tau dengan sedikit  bantuan aku ni dapat memulihkan kesakitan atau memberi zuriat buat yg sedang berTTC.

Boleh dapatkan maklumat tentang susu kambing di page aku di 


atau boleh call atau sms di talian:

Deeda: 017-6671840
Zamri: 019-9231848

Sunday, May 5, 2013

PRU 505 2013

Tempat aku jaga kali ni dekat Sek. Keb. Tmn Maluri. Pagi2 kitorang dah tercongok kat depan sekolah tu. Sampai 3 kali kitorang berpindah khemah sebab khemah yg dorang pasang tu kurang dari 50m dari Barong SPR. Last2 pindah khemah seberang jalan. Pandai2 la dorang tarik wayar utk elektrik. Apa la ketua PDM Titiwangsa kitorang x ukur kot masa pasang khemah tu.

Ni la budak2 IT bahagian PDM Titiwangsa... bukan wat keja apa pun kitorang ramai2 lepak tunggu org datang cek nama dan saluran jer. Itu pun kebanyakan dorang dah cek kat internet dan bleh cek terus kat kaunter Barong SPR dalam sekolah tu. Cuma nak kan berapa % orang yg kuar mengundi je utk pastikan semua yg layak n dah daftar mengundi keluar mengundi waktu tu.

Budak2 lelaki tu bukan IT Puteri kami tau! tapi budak2 tu daripada RELA. Dorang pun duk cari nama budak RELA yg kuar mengundi... ntah buat apa ntah.


Tuesday, April 23, 2013

Lebam dan bengkak.

Kenapa dada dan leher Abah boleh bengkak dan lebam biru macam tu? Doktor kata sepatutnya masa dialisis dekat Harmoni dorang x boleh letak 'Heparin' salah satu ubat utk mencairkan darah selepas operation. Tapi oleh kerana doktor kat HUKM tak tulis surat dekat Harmoni bgtau x leh letak so kesilapan dorang la kiranya. Harmoni gunakan sepenuh Heparin tu macam biasa dan menyebabkan darah Abah cair sbb tu la darah x berhenti2 mengalir. Abah keluar dari HUKM 30/4... so dia kena dialisis kat Harmoni seperti biasa. Harmoni call suruh hantar Abah ke HUKM sebab still bleeding dekat tempat dialisis. Adoyai Abah kena tahan wat lagi. Kalau aku saman HUKM pun bagus... saman RM1juta ke... makcikkk kayooo! hehe

Nasib baik la kali ke2 masuk wad ni x lama dalam 2 hari jer. Kena operation semula untuk betulkan wayar tu dan jahit lubang lama yg keluar darah tu. Aku lepas balik dari jaga kaunter semakan dekat PDM Titiwangsa terus gi HUKM dengan berbaju BIRU nyer... maluuu rasanya! belasah je la... hehe


Saturday, April 20, 2013

Tangan Abah blocked lagi!

Arini penamaan calon utk PRU13 so banyak jalan tutup, aku malas nak join dorang berarak x kuasa berpanas n jalan kaki dari dewan taman maluri tu ke SAB tu. So tido kat rumah je la. Sedap2 tdo Harmoni Dylisis plak call suh amik Abah sebab tangan dia blocked dan x leh wat dylisis kat tgn. Dia kena tebuk kat leher untuk dylisis. 

Bawak Abah gi HUKM terus sebab call Ampang Puteri dan Gleneagles x da doktor sebab ari sabtu. Ingat nak wat kat swasta je cepat ckit tapi dah doktor x da terus la gi HUKM lagipun Abah memang dah ada buku kat HUKM ni.
Tunggu lama sikit sbb ramai pulak orang yg kena wat JC kat leher. Abah giliran no 3 tersengguk2 aku menunggu. Lepas dah siap operation kena bawak Abah gi Harmoni Dylisis semula utk cuci darah sebab kalau nak wat kat HUKM kena tunggu malam la pulak! x larat aku nak menunggu lagi.


Lepas cuci darah dalam 3 jam je buat x sampai 4 jam pun sbb cuma nak tau JC kat leher tu boleh berfungsi atau tak je. Menunggu lagi kat Harmoni tu saambil tersengguk2... adoyaii dah la kerusi menunggu tu x best langsung!

Tuesday, April 16, 2013

Firesale Grafik

Salam sejahtera....

Anda peminat grafik?...Saya ini tawarkan kepada anda satu tawaran yang cukup-cukup istimewa iaitu "FIRESALE GRAFIK"....





Untuk keterangan lanjut layari FIRESALE GRAFIK

Friday, February 15, 2013

Jom Kita Jogging! Panduan dan Rahsia Kejayaan Jogging Anda!

Salam.

Jika anda ingin mendapatkan:

-  Panduan LENGKAP A-Z jogging
-  RAHSIA bagaimana anda boleh BERJOGGING 5km/30minit TANPA HENTI dalam 24 HARI LATIHAN

Inilah jawapannya:

http://goo.gl/o7BIA

Panduan ini lengkap dengan illustrasi, teks penerangan dan gambar sebenar yang menjadikan
pengalaman jogging anda MUDAH, MENARIK dan PRAKTIKAL.

Apa faedahnya berjogging:

1) Membakar lemak degil! satu sesi jogging 5km/30minit boleh membakar dalam 400 kalori, bersamaan dengan sepinggan nasi lemak + sambal!
2) Menurunkan Tekanan Darah, Kolestrol, Diabetes!
3) Membina sistem kardiovaskular yang mantap! menguatkan jantung, paru-paru, dan sistem pernafasan.
4) Memampatkan tulang - merendahkan risiko Osteoporosis

Dan banyak lagi...

Apa kelebihan ebook ini:

1) Senang difahami dan diikuti walaupun anda LANGSUNG TIADA ASAS BERSUKAN
2) Jaminan pulangan wang 100% dalam tempoh 30 hari jika tidak berpuas hati.
3) Menjimatkan kos. Nak fitness trainer ajarkan, mahal tuh.. Kalau salah beli kasut jogging, beratus boleh rugi, cedera lagi...

Harga ebook ini tidak sampai RM100 pun...

Dan banyak lagi kelebihan lain...

JOM KITA JOGGING SEKARANG!! JANGAN TUNGGI LAGi!

Dapatkan ebook ini sekarang daripada wakil sah:
KLIK =====> http://goo.gl/o7BIA

Terima Kasih :-)

KLIK SEKARANG =====> http://goo.gl/o7BIA

Monday, February 11, 2013

Berpantang Cowboy

Arini genap 2 minggu aku berpantang. Berpantang kali ni memang oppa cowboy style sbb dgn x pakai stokin dan bertungkunya... X pantang minum aisnya... X pakai sweater siap tdo mengadap kipas lagi... Adoyai macam mana nak sihat cpt mcm ni... Badan pun dah sakit2 perut rasa kembung masuk angin. Barulah aku tau apa tu GILA MEROYAN. Aku x la sampai tahap tu lagi.. Cuma rasa stress dan x boleh tdo malam. Puas aku lelapkan mata x boleh tdo. Hati rasa panas je rasa macam nak tendang orang! Alhamdulillah la aku masik bleh kawal lagi perasaan tu. Untuk pantang makan aku x kisah memang aku boleh pantang makan benda2 yang berbisa buah2 sejuk atau sayur2 berangin tu cuma kantoi minum ais dan makan buah limau... Raya Cina mest makan buah limau... Kalau x, x rasa la suasana raya turrr...hehe.

Tuesday, February 5, 2013

Upgrade hp

Best2 bila dah upgrade hp aku ke android 4.0.3 abis la segala apa yg aku simpan dkt phone memory sebelum ni sbb aku x sempat simpan wat back up terus aku g factory setting. Bukan penting apa pun lagipun rasa mcm pakai hp baru plak bila dah upgrade ni... Smooth jer. Aku nak upgrade ke Jelly bean tapi x pandai la lagi pulak macam complicated je rasa dia. Kalau ada yg dah upgrade tu boleh la ajar aku, budak yg baru nak belajar ni yek! Dpt apk dia pun cukup baik dah...tapi nak yg stable la...


Saturday, February 2, 2013

Kursus Simulasi Sistem Pilihanraya

Kursus ni bertempat di Bangunan UMNO bahagian titiwangsa di area umah aku je. Start kul 9am sampai pukul 6pm. Berkematu la gak bontot aku... aku ni x sampai pun seminggu berpantang dah g kursus plak. Patutnya 17hb tapi x tau kenapa dorang cepatkan. Sepatutnya pulak 2 ari tapi dorang wat 1 hari je dgn 2 sessi pagi dan petang. Tak susah mana pun cuma dorang nak tgk ada error ke tak nant dlm sistem yg dorang buat ni... kiranya ni eksperimen pertama la. Insya Allah nanti ada kursus ke 2.



Perasmian kursus di rasmikan oleh Datuk Johari. Seramai 75 org puteri zon P119 Titiwangsa hadir pada kursus tersebut. Aku mewakili Pusat Daerah Mengundi (PDM) under Kelab Golf Selangor. 4 orang je pun... Linda x dapat dtg sbb kerja so tempat Linda digantikan oleh Intan so aku, Along, Intan dan Lin. Abg Botak kesian kat umah sorang2 sbb arini dia cuti plak pastu aku x da so x makan la Abg n Abah aku. Kitorang kat cni biasala kalau kursus asyik makan je la... makan pagi, tengahari dan ptg. Setiap PDM diberi sebuah laptop untuk dimasukkan maklumat tentang pengundi. Berpinar gak la bijik mata sbb kena key in banyak sgt no siri dan kalau boleh x nak la buat kesilapan.

Wednesday, January 30, 2013

Kehilangan rakan sekolah


Sedih dan terkejut apabila mendapat berita yg kawan sekolah aku dulu budak SAB (Sekolah Aminuddin Baki, Kg. Pandan KL) telah pergi buat selamanya kerana sakit Asthma. Sebaya dan dia merupakan rakan aku yg pertama meninggal dunia... dlm usia 36 tahun, bujang dan badan yg agak berisi sejak dari sekolah lagi. Erm adakah sbb faktor berat badan berlebihan menyebabkan arwah meninggal dlm usia yg muda? semuanya terletak di tangan yg maha kuasa... jodoh, ajal dan maut adalah rahsia Allah. Selalunya org yg baik memang selalu di ambil cepat oleh Allah... arwah memang seorang yg amat baik walaupun aku x berapa rapat dgn arwah sbb kelas kami berlainan.
Semoga roh Haidir Abd Hai ditempatkan di kalangan org yg beriman... Al Fatihah!

Monday, January 28, 2013

Keguguran kali ke2...

Sedih... sedih... sedih... tu je yang dpt aku cakapkan bila aku gugur kali ke2 ni. Memang x tau nak cakap apa... memang tak tau kenapa boleh berlaku lagi. Kalau sebelum ni baby x da heartbeat aku still bleh terima lagi tapi smlm baru scan dan nampak heartbeat dia berkelip2 kat mesin scan tu... huhu dugaan betul. Aku turun darah dgn amat byk sekali macam paip pecah tu... tu adalah tanda2 keguguran bila turun drh merah x berhenti diikuti darah yg berketul2 macam hati ayam dan akhir sekali kantung baby pun keluar. Syukur dah keluar abis tanpa aku rasa sakit walaupun sakit mcm nak period tu... langsung x da. Erm... mungkin kandungan baru 2 bln kecik lagi kot! Alhamdulillah segalanya dipermudahkan tanpa aku perlu kena buat dnc tu... aku rasa rahim aku lemah kot dan kalau ada rezeki preggy lagi lepas ni memang aku kena betul2 jaga n x boleh langsung buat keja berat. Mayb terlalu awal preggy lepas keguguran yg pertama dulu... sepatutnya 3 bulan kena rehat tapi aku sebulan lepas gugur dah mengandung semula... tapi itukan rezeki! apa2 pun rezeki di tangan tuhan dan insya Allah akan rehat 3 bln lepas ni...

Sunday, January 27, 2013

Bleeding

Pagi ni tiba2 aku bleeding bila aku batuk agak kuat... risaunya rasa hati. Abg dah pergi keja tapi terus balik bila tau aku bleeding... ingatkan x naj la susahkan dia tapi ye la risau gak. Aku rasa mcm x da harapan je utk kandungan aku kali ni... Tapi aku x rasa pun sakit perut macam keguguran yg dulu. Harap2 x da apa2. So aku wat keputusan utk g klinik je utk scan... kalau aku g emergency dkt hospital mesti kena tahan wad punya... takut!

Saturday, January 26, 2013

Kenduri dan Makan dkt Al Rawsha

Harini abg ajak g kenduri rumah kawan dia dkt area Hulu Langat. Kenduri tu dibuat di Dewan Sri Nanding Batu 14. Sebelum tu gi amik member dia dulu dkt Sri Nilam, Ampang. Lama dah aku x lalu dkt Bulit Langat tu... dulu masa belajar keta selalu bawak lalu cni... Sampai dalam kul 2pm ngan2 je masa pengantin nak bersanding. Cantik... tema dia merah hitam... I like! Tak sempat plak nak tangkap gambar pengantin... hehe
 Ni baru lepas makan tgh tggu Abg Botakku berborak ngan membe dia.
 Abg Botak dan membe, Saipul

Friday, January 25, 2013

Kek Coklat

Mood tgh rajin buat kek coklat n kek soya horlicks... nasib baik ada assistant yg rajin nak bantu... Shuha gedik. Si upahnya mestilah dkt separuh kek coklat tu utk dia... hehe.



Monday, January 14, 2013

Krisis Air

Alhamdulillah start tadi semalam kawasan rumah aku dah ada air... bekalan air dah pulih seperti biasa setelah hampir 2 minggu x da air. Teruk jugak la hero2 aku mengangkat air... sapa lagi kalau bukan abang botak dan abah aku. Aku memang x boleh nak tolong la utk angkat air ni... x leh wat keja berat... hehe selamat! Macam mana krisis air ni boleh berlaku ye? ntah la dgr pam air di wangsa maju rosak! dari 5 pam 1 je yg berfungsi itu pun dorang tgh service... gila apa x lojik langsung x kan dah bertahun rosak x bleh nak repair? gaji CEO Syabas hampir setgh juta x kan x da duit nak repair kot? mainan politik semu ni... aku x kisah sapa2 pun yg memerintah tapi kebajikan rakyat kena la jaga. Rakyat marhain mcm kita ni selalu terseksa kalau berlaku krisis mcm ni... x plak dgr org kaya2 tu rumah dorang x da air! ye tak?

Sunday, January 13, 2013

Satu Perkongsian...

Nak upah peguam mahal dan kadang-kadang lambat sebab peguam sentiasa sibuk dan malas nak layan satu surat perjanjian. Nak tulis sendiri pulak tak faham format dan ayat surat perjanjian. Search kat google, ada dalam bahasa Inggeris dan bahasa Indonesia saja. Jangan bimbang kerana dengan Ebook Rahsia Surat Perjanjian, ia akan menyelamatkan anda dari kerugian besar. Semuanya dalam Bahasa Melayu. Mudah difahami dan Mudah diedit semula dalam Microsoft Word. 17 jenis surat perjanjian siap sedia untuk digunakan. Selamatkan hak anda. Dapatkan sekarang di http://goo.gl/Th1gK"

Thursday, January 10, 2013

Scan Ke 2


Scan kali ke2 ni pada 8minggu... tapi baby besar mcm 7minggu. So 2 minggu lagi baru scan utk tgk heartbeat baby. Harap2 dapat la tgk heartbeat baby... risau gak sbb aku ada history keguguran. Tapi apa pun kalau ada rezeki aku kali ini... insya Allah. Semoga baby sehat2 je harapnya.

Wednesday, January 9, 2013

Babymoon di Gold Coast Morib

Konon2nya nak honeymoon la tapi bila tau aku pregnant nak cancel pun x boleh sbb aku dah beli voucher 3 hari 2 malam dkt Gold Coast Morib. So terpaksa pergi jugakla... honeymoon kami kali ni babymoon la nampak gayanya. Elok sgt la pun kami pergi kali ni masa tgh krisis air... huhu rumah setitik air pun x da nasib smlm lori tangki hantar air terpaksa la abang botak angkut air. Cian plak abah tinggal dkt rumah x da air nanti.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.