Sekarang ni macam2 benda tiruan yang dorang buat untuk mendapat keuntungan dari menipu pembeli2. Sekarang ni heboh tentang telur tiruan! Macam mana dorang boleh buat telur tiruan tu kan? Nanti saya akan wat entry tentang telur tiruan tu... sekarang saya nak bgtau macam mana cara nak bezakan kicap kipas udang yang tiruan.
Rasa produk tiruan adalah sangat berbeza dari produk asli. Produk tiruan mempunyai rasa kurang MANIS, BERBAU MAUNG DAN DIPEKATKAN DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN PEMEKAT(TEPUNG) DAN WARNA YANG AGAK CERAH.
98% peniruan sama dengan yang asli menjadikan pengguna susah untuk melihat perbezaan. Dari segi rasa memang tidak sama kerana produk tiruan banyak mengunakan air biasa, pewarna dan bahan pemekat , gula serta garam dan tiada rasa lemak (Umami). Berbanding produk asli yang menggunakan peraman ekstrak kacang soya yang mempunyai rasa lemak(umami) seakan rasa monosodium glutamate(ajinomoto).
So, berhati2 kepada penggemar kicap kipas udang supaya membeli produk yang tulen dan katakan TIDAK kepada produk2 yang tiruan ini...
No comments:
Post a Comment