Followers

flash

Thursday, August 18, 2011

Info Anak Angkat


selama saya mencari baby nie byk info yg saya dpt dan boleh dikongsi bersama.... Mengambil anak angkat nie banyak risikonya dan kita perlu bersedia dari segi mental, emosi dan kewangan.

Anak Sah Taraf ( Ada bapa dan mempunyai adik beradik )
Nak ambil anak yg ada mak bapak nie pun ada masalah jugak..
1. Mak tak nak bagi bapa yg nak bagi - masalahnya mak tak nak sign surat a/sumpah
2. Mak tension sebab bercerai ngan bapak atau bapak tinggalkan - bila bapak balik atau depa berbaik semula depa nak balik anak depa
3. Keluarga susah ayah dah meninggal ( anak yatim ) - yg nie ok
4. Bapa ada agenda tersendiri nak bagi. - kita dah bela dlm sebulan dua dia asyik2 call minta duit...paling bahaya !!!


Anak Tak Sah Taraf ( Luar Nikah )
1. Keluarga buang si mak - bila cucu dah kuar jadi jatuh cinta dia minta balik dari kita
2. Keluarga tak tau si mak dah ngandung - nak kuar spital sangkut pasai dah jadi kes kebajikan spital..mak ayah kena dtg sign surat..kita yg nak amek tak boleh..kebajikan spital akan tahan dlm sebulan pass tu jadi kes Kebajikan Masyarakat
3. Terjumpa kat tempat awam - sah2 kita tak boleh ambil..kes JKM. Kalau nak kena register dgn depa tunggu giliran yg keberapa ratus ntah la..
4. Pihak lelaki tak ngaku anak dia - Kita akan menghadapi masalah bila dia jadi kawin ngan mak tu..depa nak bali anak depa..huhhhh....

Nasihat saya sesiapa yang nak ambil anak angkat :-
1. Minta ayah dan ibu anak itu menandatangani surat akuan penyerahan anak mereka di depan Pesuruhjaya Sumpah. ( mereka tak boleh fight balik nak anak depa ). Jangan main janji mulut saja, zaman la tak boleh percaya.
2. Selepas 2 thn buat sijil anak angkat.

Prosedur A-Z
1. Booking dari dlm perut
2. Ikut bersama/hadir masa mak dia lahirkan dia
3. Kita ambil bebi lepas kuar dari bilik salin - qamat @ azankan
4. Biarkan dia nyusu ngan mak dia dlm 2-3 hari..sian dia kan..lagipun susu ibu untuk antibodi dia jugak...tawakal saja pd Allah dgn tindakan kita walau ramai yg kata nanti mak tu tak jadi bagi bebi dia.
5. Dah boleh keluar spital minta ayah bebi tu buat surat branak atau kita tolng si mak buat surat beranak. Dah siap surat branak tu minta kat org JPN borang untuk angkat sumpah anak angkat.
6. Isi borang tu apa yg patut..bawa mak bapak bebi tu ke persuruhjaya sumpah dan sign borang tu kat dpn pesuruh jaya sumpah tu.
7. Penyerahan bebi dah boleh buat....minta halal lah kat si mak diatas susunya itu kepada anaknya..beri lah kata2 semangat kat mak tu kesian dia..penat2 dah lahirkan ikhlas nak bagi kat kita..janjilah berapa tahun sekali ka..gambar ka untuk dia jumpa atau tgk..macam saya 2 bulan sekali hantar MMS foto bebi bg mak dia tgk...tawakal saja..Allah maha mengetahui
8. Selepas 2 thn pi JPN bawak sekali foto bebi yg dah umur 2 thn tu ..ambil foto bagi nampak dari kepala sampai ujung kaki. Isi borang dan attachkan foto tu...selepas selesai bebi tu dpt surat/sijil anak angkat...Sah dia jadi anak angkat kita.
9. Untuk makluman bebi kita tak akan ada surat beranak cam org lainlah pasai surat beranak asal aka di ambil oleh JPN dan diganti sijil anak angkat tu..tak pe lahh..bila dia dah besar sikit terangkanlah pelan2...mulai sekarang rajin2lah minta doa semoga anak dpt terima dgn hati yg terbuka..

INSYAALLAH.....................AMINNN
Sumber - http://mimieziss.multiply.com/

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.