Pedophile mengumpan kanak-kanak
Maksud Pedophile
Pedophile bermaksud seseorang yang mempunyai keinginan seks terhadap kanak-kanak (tidak kira kanak-kanak tersebut adalah lelaki atau perempuan). Biasanya, golongan pedophile adalah dari kaum lelaki, terdapat juga pedophile dari golongan perempuan, tetapi ianya adalah amat jarang. Jika seseorang lelaki tertarik kepada kanak-kanak lelaki, mereka bukanlah seorang gay, tetapi mereka adalah seorangpedophile.
Golongan pedophile akan terangsang hanya dengan melihat gambar kanak-kanak seperti ini
Kenapa seseorang itu menjadi pedophile ?
Faktor seseorang menjadi pedophile sebenarnya adalah masih tidak diketahui. Tetapimenurut kajian pada masa kini, golongan pedophile adalah terdiri dari golongan yang mempunyai sejenis penyakit mental. Mereka juga mungkin mengalami trauma semasa kecil, seperti dicabul semasa usia kecil. Kekurangan sejenis bahan kimia didalam otak juga mungkin menyebabkan seseorang itu menjadi pedophile.
Didera atau dicabul sewaktu masih kecil
Semulajadi atau penyakit mental
Kenapa pedophile tertarik kepada kanak-kanak ?
Sesetengah daripada mereka dilahirkan dengan nafsu tersebut. Sama seperti seorang manusia normal, manusia normal mempunyai hawa nafsu terhadap kaum yang berlawanan (perempuan dengan lelaki dan lelaki dengan perempuan).
Golongan yang normal
Nafsu normal dan semulajadi lelaki dan perempuan
Cara mengenali pedophile
Melalui senyuman, anda mungkin boleh mengenali seseorang pedophile. Tetapi keputusannya bukanlah sentiasa tepat, adalah amat sukar untuk mengenali seseorang pedophile melainkan jika dia memberitahu anda dengan sendiri.
Senyuman seorang pedophile
Bagaimana cara pedophile mencari mangsa ?
Dengan perkembangan dunia internet, pedophile boleh mencari mangsa denganmudah, contohnya melalui laman sosial Facebook dan sebagainya. Mangsa selalunyadiperdaya oleh pedophile, seperti disuruh beraksi bogel dan sebagainya. Jadi oleh itu, jika anda adalah seorang ibu-bapa atau penjaga kanak-kanak, amatlah penting bagi anda untuk mengawasi gerak-geri mereka supaya tidak menjadi mangsa kepada golongan ini.
Salah satu cara pedophile untuk mencari mangsa
Rawatan
Buat masa sekarang, tiada lagi rawatan untuk penyakit ini. Yang ada hanyalah cara untukmengurangkan perasaan hawa nafsu terhadap kanak-kanak. Cara yang biasa digunakan adalah melalui ubat-ubatan.
Ubat-ubatan yang bertujuan untuk mengurangkan keinginan seks terhadap kanak-kanak
Siapa yang harus dipersalahkan ?
Kita boleh menyalahkan pedophile (walaupun bukan secara keseluruhan) jika mereka mencabul kanak-kanak, sama seperti seseorang lelaki yang mencabul perempuan.Kenapa kita tidak boleh menyalahkan pedophile secara keseluruhan ? Perludiingatkan, golongan pedophile adalah terdiri daripada golongan yang menghidapi sejenis penyakit mental. Pada pendapat saya, golongan yang harus dipersalahkan adalahmasyarakat. Contohnya, jika kita kenal seorang pedophile, tidak kira jika ahli keluarga atau kawan, kita mesti menolong mereka dan bukan hanya berdiam diri agar merekatidak akan melakukan perkara-perkara yang tidak diingini.
Jangan terlalu mudah percaya kepada orang yang menjaga anak anda
Kesimpulan
Pedophile adalah sejenis penyakit. Tidak kurang juga yang menjadi pedophile disebabkantrauma pada masa kecil. Seorang pedophile tidak memilih untuk mempunyai hawa nafsu terhadap kanak-kanak dan mereka tidak boleh disalahkan kerana memiliki nafsu tersebut, sama juga seperti seseorang lelaki yang normal, mereka tidak memilih untuk mempunyai nafsu terhadap perempuan, adakah anda menyalahkan mereka kerana memiliki nafsu terhadap perempuan ? Perkara inipatut dibincangkan secara meluas supaya kita sebagai masyarakat tahu tentang kewujudannya sekaligus dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku
1 comment:
info yg sangat menarik. Adalah baiknya masyarakat awam tahu benda2 mcm ni utk lebih bhati2 :)
Post a Comment